HONOURED: Awang Tengah (second left) and Henry Sum (fourth left) were given a rousing welcome by a multiracial dance troupe on arrival at the Lawas Festival’s appreciation night.

LAWAS: The successful Lawas Festival 2012 held recently has created a big impact on the district especially in terms of economy, promotion and strengthening of racial harmony.

Minister of Resource Planning and Environment, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan said the thousands of people who came to the festival have proven that Lawas District is a one of the premier event destinations in the country.

“What is very commendable is that the sea of people who came to the festival surprised many. Even Datuk Sri Shafie Apdal (Minister of Rural and Regional Development) and Datuk Abdul Rashid Khan (CEO of the Sarawak Tourism Board) phoned me when they saw the festival shown on television.

“Datuk Abdul Rashid also wants his board to be directly involved in the future organisation of the Festival,” said Awang Tengah during the appreciation night for the Festival on Wednesday.

Awang Tengah thanked all those involved including sponsors for making the festival a success, benefiting people of all strata including hoteliers and other service providers.

The Lawas Regata recorded its biggest ever participation with 115 boats and almost 3,000 paddlers.

Among the activities organised for the festival were lantern and floats procession, ‘Gegar Olimpik’ and a RTM roadshow.

Earlier in his speech, Lawas Parliamentarian Dato Henry Sum Agong said the success of the festival this year should be treasured and continued in years to come.

“The people in Lawas were very receptive to new ideas and able to organise successfully all the new events introduced to the district. Keep up that excellent performance,” he urged.

Among those present were the Resident of Limbang Division, Maria Hasman, Resident of Lawas District Mohd Supaih Hamdan and heads of the various government departments and agencies.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/15/festivals-success-has-impacted-lawas-tremendously-for-good-awang-tengah/#ixzz1xy2VgwJj
Posted on June 15, 2012, Friday


LAWAS: Head of State Tun Datuk Patinggi Abang Mohamad Salahuddin and his wife Toh Puan Norkiah had breakfast at Perkim Lawas stall of Lawas Kitchen during Pesta Lawas and visited the community expo stalls yesterday.

The head of state and wife spent over an hour to tour the respective stalls displaying the community’s heirlooms, culture, traditions and history apart from local delicacies and products.

Among the items displayed was a 200-year-old keris, Ming dynasty ceramics, ancient canons and jars.

The communities included Brunei Malays, Kedayan, Lun Bawang, Tagal and Iban.

The couple also enjoyed local traditional food ‘ Ambuyat’ (sago) which came with healthy helpings of tasty sauces at one of the stall.

Accompanying them were Second Minister of Resource Planning and Environment Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan and his wife Datuk Dayang Morliah Awang Daud, Assistant Minister in attendance Datuk Mohd Naroden Majais, Lawas MP Datuk Henry Sum Agong, Limbang Resident Maria Hasman, Lawas District officer Mohd Supaih Hamdan and local community leaders.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/05/28/head-of-state-wife-visit-lawas-festival/#ixzz1wiYPBJDz
27 Mei 2012: Jika disebut Pesta Lawas maka apa yang berlegar di dalam benak kita ialah acara Regatta. Bererti Regatta tidak dapat dipisahkan dengan Regatta. Memang betul, sejak dulu lagi Sungai Lawas adalah medan pertarungan yang paling sebuk kerana semua aktiviti tertumpu ditebingan sungai. Begitu juga pentas VIP dan gerai-gerai semuanya didirikan ditebingan sungai.



LAWAS: ‘Maitah ke Lawas, bisai hantap, mataga’ yang bermaksud ‘mari berkunjung ke Lawas, ia sangat cantik’ dari dialek etnik Lun Bawang dan Kedayan menjadi ucapan wajib bagi mengalu-alukan tetamu yang berkunjung ke Pesta Lawas yang dianjurkan setiap Mei.

Penduduk negeri ini, termasuk Brunei dan Sabah, berkumpul di tebingan Lawas untuk menyaksikan acara tradisi Pesta Lawas iaitu lumba perahu panjang di Sungai Batang Lawas bagi merebut gelaran Raja Batang Lawas.


Acara yang dulunya dikenali sebagai ‘Berjanuari’ ketika zaman penjajah sebelum ditukar kepada Lumba Perahu Hari Berjaya menjadi acara yang ditunggu-tunggu pelancong yang datang ke daerah ini.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata, sejak diperkenalkan pada 1980-an, acara lumba perahu panjang kekal menjadi aktiviti wajib penganjuran pesta itu.


“Lebih 150,00 pengunjung menyaksikan acara lumba perahu dan Pesta Lawas yang bermula sejak kelmarin, sekali gus kedatangan pelancong luar ini menjadi landasan terbaik meningkatkan ekonomi penduduk di daerah itu.


“Bagi acara perahu panjang, seramai 3,000 peserta mengambil bahagian membabitkan 100 perahu panjang dalam acara yang dilangsungkan selama dua hari itu,” katanya.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang bertanggungjawab mempromosikan Pesta Lawas berkata, penganjuran acara itu memberi pulangan baik kepada penduduk Lawas.


“Pesta itu dapat menjana ekonomi golongan peniaga, menggalakkan kegiatan sukan, kesenian dan juga hiburan, malah setiap tahun ketibaan Pesta Lawas dinantikan dengan pelbagai aktiviti ditawarkan, walaupun kos meningkat namun ia berjaya juga dianjurkan dengan lancar,” katanya.

Bermula pada 2007, Pesta Lawas mengorak langkah menjadi temasya gemilang dan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pementasan kebudayaan, sukan rakyat, jualan produk, pameran, kereta berhias dan tanglung.
26 Mei 2012: Berbeza dengan pesta lampau, Pesta Lawas 2012 mempunyai banyak kelainan terutama sekali dari segi cara sembutan dan pendekatan masyarakat Lawas tentang Pesta ini.

Sebagai contoh, segelintir penyokong Putera dengan memeriahkan suasana dengan membunyikan trumpet. Kebiasaannya trumpet in digunakan oleh penyokong-penyokong bolasepak tetapi Putera Kuala Lawas membawanya ke tepi sungai untuk membina semangat pekayuh mereka.

Tabik kepada Putera dan bossnya, Awang damit Ali Hassan dan diharap inovasi begini akan berterusan.




LAWAS (borneo post): Pesta Lawas 2012 has brought much excitement and colour to Lawas town over the last two days. Adding to the excitement is the Marketing Expo Roadshow and RTM’s Gegar Olimpik.

Festival-goers thronged the riverbank to watch the Lawas Regatta where the teams clash to win the title of Raja Sungai Lawas. The finals will be held today.

All the top paddling powerhouses – former Sungai Sarawak champion Pusaka and perennial champion Landas, defending champion Citra Alti, the Sabah champion and Brunei Regatta champion are competing.

With 600 stalls selling an assortment of goods, Lawas Kitchen, concerts, floats and lantern procession, all hotel rooms here were snapped up two months ago.

Some visitors and media representatives were even forced to stay in Beaufort, Sabah, as all the accommodation in neighbouring Sipitang have also been fully booked.
LET THE SHOW BEGIN: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud fitting the oar into the picture to declare open Pesta Lawas 2012 as other dignitaries look on.

OVER TO YOU: Dyg Morliah (left) presents a souvenir to Ragad while being watched by (from left) Henry, Taib and Awg Tengah.





Read more: http://www.theborneopost.com/2012/05/27/a-riot-of-colour-at-pesta-lawas/#ixzz1wiPdC2Po
by Philip Kiew. Posted on May 27, 2012, Sunday
KUCHING: Pesta Lawas yang diadakan 25 hingga 27 Julai akan datang dijangka mampu menarik kehadiran 150,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia berikutan pelbagai pembaharuan dilaksanakan untuk pesta berkenaan.

Menurutnya, pada tahun lepas sekitar 130,000 pengunjung hadir untuk menyaksikan dan menyertai pelbagai aktiviti.

“Pada kali ini Pesta Lawas diadakan bersama RTM bagi melaksanakan acara penting seperti Jelajah Pemasaran Ekspo dan Gegar Olimpik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1 di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam memberitahu, acara kemuncak pesta masih lagi tertumpu kepada Regata Lawas memandangkan pada kali ini lumba kerbau tidak diadakan.

“Kita tidak dapat mengadakan lumba kerbau kerana program terlalu padat namun acara yang tidak diadakan semasa Pesta Lawas mungkin dilaksanakan pada masa lain.

“Saya sudah mengarahkan Pejabat Daerah Lawas untuk menganjurkan aktiviti yang tidak tersenarai semasa Pesta Lawas pada setiap bulan,” ujarnya.

Menurutnya, pesta tersebut diadakan untuk mempromosi Lawas yang merupakan daerah yang mempunyai banyak kelainan seperti pertuturan.

“Kita di Lawas makan ‘dadah’ namun tidak mengkhayalkan kerana ia merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan aur-aur atau tamban kemudiannya disalai untuk dijadikan tahai,” jelasnya.

Malah katanya, Lawas juga mempunyai banyak destinasi menarik seperti kolam air panas, Gunung Murut dan kawasan pergunungan yang bersesuaian dengan aktiviti pengembaraan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bakal merasmikan Pesta Lawas pada 26 Mei manakala Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin menyempurnakan upacara penutupan pada keesokan harinya.

Antara artis terkenal yang bakal membuat persembahan termasuk Hafiz dan Adira AF8, Jacklyn Victor, Jimmy Palikat, Saiful Apek dan Mas Idayu.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/05/14/pesta-lawas-dijangka-tarik-150000-pengunjung/#ixzz1vP9xYjE0
Posted on May 14, 2012, Monday
Putera FC tetap yakin beraksi cemerlang di Liga Limbang sebelum turun berkayuh

LIMBANG: Regata Lawas yang bakal ‘menggocak’ Sungai Lawas pada 25 hingga 27 Mei depan sama sekali tidak akan menjejaskan tumpuan Putera FC untuk beraksi cemerlang pada Liga Limbang yang sedang berlangsung rancak sekarang ini.

Malah penganjuran Liga Limbang 2012 disifatkan sebagai pentas untuk pemain memanaskan badan agar mampu beraksi gah bukan sahaja di padang malah di Sungai Lawas pada pesta itu nanti.

Penaung Putera FC, Awang Damit Ali Hasan tetap optimis anak-anak buahnya mampu memberikan yang terbaik untuk menjadi kumpulan teratas di tangga Liga Premier.

“Regata Lawas tidak sesekali menjejaskan tumpuan dan prestasi Putera FC untuk melakar kejayaan pada Liga Limbang ini.

“Malah ia merupakan indikator terbaik kepada Putera FC sebagai latihan pemanasan badan sebelum turun berkayuh di Sungai Lawas hujung Mei depan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo pada perlawanan Putera FC menentang Gabungan Awat-Awat (Liga Premier) di Komplek Sukan petang kelmarin.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan dari Lawas itu terikat 1-1. Hadir sama pada perlawanan itu ialah Pengerusi Liga Limbang. Alidin @ Brahim Tawar.

Awang Damit turut memuji usaha Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) yang mengadakan Liga Limbang setiap tahun untuk mengasah bakat di kalangan pemain.

“Kita bersyukur dengan adanya Liga Limbang ini, kita dapat mengenalpasti pemain terbaik dari daerah Lawas untuk diketengahkan.

“Selain mewujudkan persaingan sengit, ia juga dapat memeriahkan lagi perjalanan Liga Limbang yang turut menjadi pentas buat pasukan dari daerah Lawas untuk menyerlah,” katanya.

Sementara itu, Tiger FC dan Sesco kini mendahului senarai Liga Super manakala Landas diikuti utera FC dan Gabungan Awat-Awat turut mengungguli carta Liga Premier.

BERSAING: Putera FC dan Gabungan Awat-Awat bergambar bersama sebelum berlangsungnya perlawanan di Kompleks Sukan Limbang petang kelmarin.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/04/13/regata-lawas-tidak-jejas-fokus/#ixzz1txNJiSrt by Mastura Ismail. Posted on April 13, 2012, Friday
Tarik 10,000 pengunjung untuk saksi pelbagai acara menarik terutama regata

LAWAS: Lebih 10,000 pengun-jung dijangka akan membanjiri bandar Lawas bagi menyaksikan pelbagai acara hebat dan menarik terutama acara regata bagi merebut mahkota kejuaraan sekali gus dinobatkan sebagai Raja Sungai pada penganjuran Pesta Lawas 2012 pada 25 hingga 27 Mei akan datang.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, acara tersebut bakal disertai beberapa pasukan handalan dari Brunei, Sabah dan Sarawak untuk berentap bagi merebut gelaran. Katanya beberapa pasukan tempatan sudah mengesahkan penyertaan termasuk juara Raja Sungai Lawas tahun lalu pasukan Saratok untuk mengekalkan gelaran juara pada Pesta Lawas kali ini.

“Selain regata, pelbagai acara sampingan turut diadakan bagi memeriahkan lagi Pesta Lawas, antaranya perarakan kereta berhias dan tanglung, pementasan kebudayaan, pertandingan bola keranjang, sukan rakyat, pameran pembangunan dan acara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat jawatankuasa Pesta Lawas yang diadakan di sini kelmarin.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong selaku penasihat Pesta Lawas, Pegawai Daerah Lawas merangkap Pengerusi Pesta Lawas Mohd Supaih Hamdan, Pengurus Pasukan Putera Kuala Lawas dan jemputan lain.

Awang Tengah berkata, Pesta Lawas merupakan satu lagi produk pelancongan domestik yang berjaya menarik kemasukan ramai pegunjung sekali gus memperkenalkan bandar ini kepada pihak luar.

Pada masa sama katanya, pesta ini juga menjadi indikator kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan keupayaan diri, memperkenalkan produk, makanan dan budaya tempatan melalui aktiviti yang bakal diadakan.

“Pada kali ini juga rakyat disajikan dengan pelbagai maklumat untuk meningkatkan serta mempersiapkan diri dengan memanfaatkan segala peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk membangunkan negeri ini secara bersama,” jelasnya.

Rakyat katanya perlu bersedia menerima pembangunan termasuk melengkapkan diri dengan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran dalam pelbagai bidang khususnya bidang perindustrian yang akan banyak disediakan oleh SCORE.

“Walaupun kita jauh di hujung negeri tetapi percayalah bahawa Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) adalah untuk seluruh rakyat di negeri ini dan kita mahu semua rakyat bersedia untuk menerima limpahan pembangunan ini.

“Ia termasuk di Lawas sendiri mahupun di kawasan nadi SCORE di Samalaju,” tambahnya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/28/pesta-lawas-dijangka-penuh-meriah/#ixzz1rMOXtJ00
Ikan tahai, dadah tahai mendapat sambutan hebat daripada pengunjung, kata Awang Tengah

LAWAS: Keunikan produk makanan tempatan yang sinonim dengan masyarakat Lawas seperti ikan tahai dan dadah tahai mendapat sambutan hebat daripada pengunjung yang datang menyaksikan Pesta Lawas dan Lawas Kitchen.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Lawas Kitchen mampu mengetengahkan keunikan dan kepelbagaian produk makanan yang terkenal di daerah ini.

Beliau berkata selain menjadi tumpuan dan memenuhi selera orang ramai dan pengunjung, masyarakat tempatan berpeluang mempromosikan masakan mereka.

“Penganjuran Lawas Kitchen merupakan wadah penting dalam usaha mengetengahkan keunikan masakan tempatan dan tradisi yang sukar diperolehi di tempat lain di negeri dan negara ini.

“Justeru pengunjung yang hadir ke daerah ini untuk memeriahkan Program Sejiwa Senada dan Pesta Lawas dijemput untuk mencuba keenakan resipi tempatan,” katanya ketika merasmikan Program Lawas Kitchen di sini kelmarin.

Hadir sama ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Muda Perancangan Sumber Mohd Naroden Majais, Pengerusi Perkim Cawangan Lawas Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Ba’kelalan, Nelson Balang Rining, Pegawai Daerah Lawas Mohd Supaih Hamdan dan Pegawai Pertanian Daerah Zulkifli Sahari.

Awang Tengah berkata selain Lawas Kitchen pelbagai program lain turut menjadi tumpuan termasuk Regata Lawas, pertandingan bot laju kawalan jauh, karaoke, poco-poco dan cabutan bertuah yang menawarkan sebuah motosikal.

Beliau turut memuji usaha pelbagai pihak yang berjaya menganjurkan program berkenaan bagi memeriahkan Pesta Lawas yang diadakan serentak dengan Sejiwa Senada.

Beliau yakin melalui pendekatan ini akan lebih merapatkan hubungan antara rakyat dengan parti dalam satu semangat kerjasama yang jitu yang menjadi amalam sebelum ini.

Sementara itu Mohd Naroden Majais berkata Lawas Kitchen berjaya mempromosikan masakan terkenal daerah Lawas kepada orang luar khususnya pelawat dari Kuching, Brunei dan Sabah.

Pada masa yang sama beliau optimis, masakan tradisional daerah ini berpotensi dikembangkan jika dipromosikan dengan sempurna.

Naroden yang Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera terus memberi galakan kepada penduduk tempatan untuk melibatkan diri dalam sektor ini bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

Beliau turut berterima kasih dengan Kementerian Pembangunan Usahawan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian dalam menjayakan Program Lawas Kitchen.

by Mastura Ismail. Posted on February 14, 2011, Monday
Budaya politik pembangkang boleh gugat kerjasama dan kestabilan: KM

KENANGAN MANIS: Taib girang melihat potret lama yang diabadikan kepada beliau pada Program Sejiwa Senada di Lawas, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) ialah Henry, Jabu, Ragad, Hasbi, Morshidi dan Awang Tengah.

LAWAS: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu rakyat di negeri ini menolak budaya politik pembangkang yang suka merepek dan memperbesarkan isu-isu remeh.

Beliau berkata, Sarawak akan rosak sekiranya pemikiran negatif pembangkang menular di kalangan rakyat.

Katanya, pembangkang gemar mengajar orang untuk bergaduh, dengki, mencaci, bersikap malas, gemar bercakap tetapi tidak bekerja sehingga boleh menggugat kestabilan dan keharmonian yang dikecapi rakyat.

“Rakyat seharusnya sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan menghapuskan pemikiran negatif yang boleh menggugat kerjasama dan kestabilan.

“Jika sikap berkenaan dikikis, dasar pembangunan merangkumi pendidikan dan pekerjaan yang dibawa kerajaan akan membawa manfaat kepada rakyat demi mencapai kehidupan lebih sempurna,” ujarnya pada Program Sejiwa Senada di sini, semalam.

Hadir sama ialah isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Morshidi Ghani, menterimenteri muda dan kenamaan lain.

Taib berkata, kerajaan sentiasa fokus untuk memperkenalkan dasar-dasar pembangunan bermula dari Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi.

“Kita mahu melahirkan pekerja tempatan yang mempunyai gaji tinggi dan boleh bersaing dengan negara lain,” ujar beliau.

“Bagi mencapai hasrat itu negara perlu mempunyai kestabilan dan mengangkat matlamat negara untuk melahirkan lebih ramai anak-anak yang berkemahiran tinggi, bukan sahaja dalam akademik tetapi juga pekerjaan.

“Kita mesti mengangkat tujuan kita untuk melahirkan rakyat yang pandai dengan 25 hingga 27 peratus anak-anak mempunyai kemahiran dan ijazah serta menberpendapadapat gaji tinggi dalam bidang pekerjaan.

“Justeru, berilah galakan kepada anak-anak untuk menjadi lebih pandai dan mengubah pemikiran negatif. Ia termasuk meningkatkan keupayaan dan kerjasama dengan pelbagai masyarakat yang berlainan agama dan keturunan.”

Sementara itu, Taib menjelaskan konsep 1Malaysia telah berjaya menyatupadukan rakyat terutama masyarakat di negeri ini yang sudah lama hidup penuh harmoni dan stabil.

Pada masa sama, jelasnya, perubahan yang berlaku hari ini tidak dapat dicapai tanpa perancangan teliti dan kerjasama jitu di antara kerajaan negeri dan pusat.

Posted on February 13, 2011, Sunday
LAWAS: The Lawas Kitchen exhibition, which is organised as a precursor to the Limbang Division Sejiwa Senada programme, here serves as a good platform to showcase unique local cuisines to visitors.

Second Minister of Planning and Resource Management Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan said this during his visit to the Sejiwa Senada exhibition booths yesterday.

He was referring to the wide variety of dishes available, from the local ‘Tahai’ (smoked fish) to ‘Dadah’, a tasty soup.

Also present were Assistant Minister of Planning and Resource Management Naroden Majais, Lawas Perkim branch chairperson Datuk Dayang Morliah Awang Daud and Lawas MP Datuk Henry Sum Agong.

Tengah also commended PBB Bukit Sari Youth for organising the remote control speedboat race and their involvement in poco-poco, karaoke contest and lucky draw for Pesta Lawas.

“This event brings the rakyat and the party (PBB) together, further strengthening the prevailing spirit of co-operation and rapport,” he said.

Meanwhile, Naroden thanked the Entreprenuership Development Unit, FAMA and Agriculture Department for coordinating of the Lawas Kitchen for the very first time here.

Naroden, who is also in charge of Bumiputera Entreprenuership Development, said he believed the local cuisines would be an attraction to visitors from Sabah, Brunei and Kuching who are in Lawas for the Sejiwa Senada programme.

He said with right promotion these products could fare well, and this would indirectly raise the quality of life of the rural community in the long run.

Meanwhile, Pesta Lawas kicked off yesterday with a series of preliminary events which drew packed crowd to the Lawas Esplanade.

It will be officiated by Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud today after the opening ceremony of Sejiwa Senada.

Thousands of people are expected to turn up for the adrenaline pumping boat race.

by Philip Kiew. Posted on February 12, 2011, Saturday
LAWAS: Two teams from Citra Alti monopolised the boat race at Lawas River yesterday, dashing the ambitions of favourites Putera Sungai Lawas.

Citra Alti 1 emerged champions while the Citra Alti 2 team finished second.A team owned by Dato Henry Sum, Tabuan, ended up in third place.

The strength and endurance of the two teams from Citra Alti thwarted the ambitions of Putera Sungai Lawasa who were champions in 2008.

Punang Gemilang, who had bought new boats, were definitely downcast after failing to stop Citra Alti.

This year’s event saw an increase in the number of teams taking part, from 44 to 61, making it a grander affair yesterday.

To put the icing on the cake, Sarawak Second Mi n i s t e r for Planning and Resources Management Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan also announced that the Lawas Festival had been included as one of the events in the calendar of the Sarawak Ministry of Tourism and Heritage.

About 70,000 people thronged the sites at several districts in Lawas, including the ones at Taman Awam Lawas and Tebingan Lawas to watch the Sejiwa Senada event and the boat races.

Awang Tengah, in congratulating the winners, said he hoped the competitors had made new friends and forged lasting friendships during the races.


Monday, 14 February 2011 11:37 | postauthoriconWritten by Adeng Idrus
Ikan tahai, dadah tahai mendapat sambutan hebat daripada pengunjung, kata Awang Tengah

LAWAS: Keunikan produk makanan tempatan yang sinonim dengan masyarakat Lawas seperti ikan tahai dan dadah tahai mendapat sambutan hebat daripada pengunjung yang datang menyaksikan Pesta Lawas dan Lawas Kitchen.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Lawas Kitchen mampu mengetengahkan keunikan dan kepelbagaian produk makanan yang terkenal di daerah ini.

Beliau berkata selain menjadi tumpuan dan memenuhi selera orang ramai dan pengunjung, masyarakat tempatan berpeluang mempromosikan masakan mereka.

“Penganjuran Lawas Kitchen merupakan wadah penting dalam usaha mengetengahkan keunikan masakan tempatan dan tradisi yang sukar diperolehi di tempat lain di negeri dan negara ini.

“Justeru pengunjung yang hadir ke daerah ini untuk memeriahkan Program Sejiwa Senada dan Pesta Lawas dijemput untuk mencuba keenakan resipi tempatan,” katanya ketika merasmikan Program Lawas Kitchen di sini kelmarin.

Hadir sama ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Muda Perancangan Sumber Mohd Naroden Majais, Pengerusi Perkim Cawangan Lawas Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Ba’kelalan, Nelson Balang Rining, Pegawai Daerah Lawas Mohd Supaih Hamdan dan Pegawai Pertanian Daerah Zulkifli Sahari.

Awang Tengah berkata selain Lawas Kitchen pelbagai program lain turut menjadi tumpuan termasuk Regata Lawas, pertandingan bot laju kawalan jauh, karaoke, poco-poco dan cabutan bertuah yang menawarkan sebuah motosikal.

Beliau turut memuji usaha pelbagai pihak yang berjaya menganjurkan program berkenaan bagi memeriahkan Pesta Lawas yang diadakan serentak dengan Sejiwa Senada.

Beliau yakin melalui pendekatan ini akan lebih merapatkan hubungan antara rakyat dengan parti dalam satu semangat kerjasama yang jitu yang menjadi amalam sebelum ini.

Sementara itu Mohd Naroden Majais berkata Lawas Kitchen berjaya mempromosikan masakan terkenal daerah Lawas kepada orang luar khususnya pelawat dari Kuching, Brunei dan Sabah.

Pada masa yang sama beliau optimis, masakan tradisional daerah ini berpotensi dikembangkan jika dipromosikan dengan sempurna.

Naroden yang Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera terus memberi galakan kepada penduduk tempatan untuk melibatkan diri dalam sektor ini bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

Beliau turut berterima kasih dengan Kementerian Pembangunan Usahawan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian dalam menjayakan Program Lawas Kitchen.

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/02/14/produk-tempatan-tarik-pengunjung-ke-lawas/#ixzz1xy7cYuc8
by Mastura Ismail. Posted on February 14, 2011, Monday
Awang Damit yakin pasukannya mampu menyapu bersih kesemua acara pada Regata Lawas

LAWAS: Meskipun tinggal empat hari lagi, pasukan Putera Kuala Lawas sudah cukup bersedia untuk melakar sejarah tersendiri dalam acara lumba perahu sempena Pesta Lawas pada hujung minggu ini. Ketua kontinjen Putera Kuala Lawas, Awang Damit Ali Hasan berkata mereka optimis untuk menyapu bersih kesemua acara yang bakal dipertandingkan nanti. Beliau berkata kontinjennya dengan kekuatan 155 orang termasuk pengayuh wanita bersemangat untuk mempamerkan prestasi c eme r l ang pada perlumbaan itu nanti. “Para pengayuh sudah menunjukkan persediaan rapi dari segi fi zikal, mental, emosi dan stamina.

“Dalam mood bertanding sekarang, Putera Kuala Lawas turut mendominasi perang psikologi sebagai salah satu strategi atas kertas untuk mencipta kejuaraan dalam setiap kategori yang dipertandingkan,” katanya ketika menghubungi Utusan Borneo di sini semalam. Beliau yang menyifatkan regata kali ini sebagai amat mencabar dengan kehadiran pasukan luar, tetap yakin pasukannya berupaya mempamer aksi yang tidak mengecewakan berdasarkan semangat juang yang ditunjukkan anak-anak buahnya.

Buat pertama kalinya, katanya, pasukan wanita yang diberi nama pasukan Puteri Sulu turut diperkenalkan bagi mempertahankan gelaran Raja Sungai Lawas dan johan keseluruhan pada regata itu nanti. “Pengayuh wanita ini datang dari Kampung Surabaya, Luagan, Lukutan dan Pengalih dari Lawas,” jelasnya.

Awang Damit berkata walaupun sesi latihan sedikit terjejas akibat musim hujan terutama setiap petang, ia tidak mematahkan mood dan semangat para pengayuh yang terdiri daripada golongan muda,

wanita dan juga veteran. Katanya setiap pengayuh juga sudah serasi dengan teknik kayuhan yang merupakan antara faktor penentu untuk mencipta rentak kelajuan pada perlumbaan itu nanti. Jelasnya lagi, aspek dan teknik kayuhan tersebut turut didedahkan kepada setiap pengayuh pada sesi latihan yang dijalankan sebagai persediaan awal untuk menyertai mana-mana pertandingan terutamanya penyertaan saban tahun pada Regata Lawas.

“Misi kita adalah untuk mencipta kemenangan, justeru ia bukannya mudah, semua aspek perlu diambil kira untuk menjadikan pasukan Putera Kuala Lawas terus cemerlang,” katanya lagi. Jelasnya lagi, mereka akan berusaha untuk mempertahankan kejuaraan berdasarkan pencapaian membanggakan mereka dalam arenalumba perahu di Borneo.

Pasukan Putera Kuala Lawas sebelum ini pernah menggenggam kejuaraan Raja Sungai Lawas sebanyak lima kali dan juara keseluruhan sebanyak dua kali pada acara sama.

Selain itu, pasukan itu juga hampir menguasai semua acara lumba perahu pada Pesta Limbang yang lalu dan akan terus berusaha meneruskan penguasaan dalam semua acara yang dipertandingkan dalam Regata Lawas kelak.

Justeru beliau mahu anakanak buahnya terus bersemangat untuk memburu kejuaraan sekali gus mengharumkan nama Kuala Lawas bukan sahaja di atas kertas tetapi juga di medan sebenar pertarungan. Dengan penuh bersemangat beliau berkata: “Detik dan saat makin dekat, ayuh Putera, kaulah harapan ibu dan bapa, mengharumkan nama Kuala Lawas. Jangan ‘dipelinga’ orang nak kata apa, yang penting kita pertahankan kejuaraan.”

Borneo Post by Mastura Ismail. Posted on February 9, 2011, Wednesday
Artikel ini dipetik daripada Punang.com:

Selepas semusim berlalu, Sungai Lawas yang senantiasa tenang dan mengalir membelah daratan antara bandar Lawas dan Kampung Melayu tempatan akan kembali berkocak serta bergelora mulai 11 hingga 13 Februari 2011

Ini kerana di Sungai ini, akan berlaku pertarungan yang dijangka sengit bagi menentukan Juara Piala Sejiwa Senada,  Juara Marathon dan Raja Batang Lawas 2011.

Juara Sungai tahun 2009, pasukan Putera Kuala Lawas sudah pasti berusaha keras mempertahankan kejuaraan sekali gus menambah koleksi kemenangan secara berturut-turut, namun ia bukan tugas yang mudah kerana ramai pasukan akan turut bersaing kali ini. Pasukan yang akan menghadirkan saingan bukan hanya datang dari Negara Brunei tetapi juga dari Selatan Negeri Sarawak.

Tiga buah pasukan iaitu Demak, Muara Tabuan dan Gedong Gemilang telah didatangkan dari Bandaraya Kuching. Mereka pastinya akan meningkatkan tahap persaingan kali ini.

Kemunculan pasukan Sundar juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka telah membuktikan peningkatan mereka walaupun hanya memenangi tempat kedua dalam acara Raja Batang Limbang tahun lepas. Sundar dengan konsisten telah berjaya meninggalkan Putera dan hanya 'setengah perahu' jarak dibelakang Punang Gemilang.

Dalam keadaan Sundar bersiap sedia dan penuh yakin, Putera masih tercari-cari teknik kayuhan yang berkesan. Kali ini Putera tidak akan mengunakan teknik kayuhan popular yang dipanggil 'Tinting Pengalu' kerana dianggap sudah kurang sesuai.

Manakala, PG lebih memfokus kepada teknikaliti iaitu perahu dan 'pengayuh'. Mengikut Pengurus Pasukan, pekayuh mesti ada 'chemistry' dengan perahu dan 'pengayuh'. Kalau perkara ini tidak lahir, jangan harapkan keserasian akan menjelma.

Bagi Tim Punang Gemilang dan Putera, Pesta Lawas versi 2011 kali ini penuh bermakna kerana masing-masing mengejar Juara Berganda Raja Batang Lawas. Lebih sensasi, kejuaraan Raja Batang Lawas kali ini akan melonjakkan Tim Punang Gemilang (PG) sebagai tim yang pertama dinobatkan Raja Batang Berganda yang kedua kali. PG telah mencapai impian mereka sebagai Juara Berganda apabila dinobatkan sebagai Raja Batang Limbang bagi kali yang kedua Oktober tahun lepas.

Sememangnya Pasukan Putera, amat terdesak untuk menjuarai Raja Batang Lawas kali ini bukan sahaja untuk merapatkan jurang kejuaraan dengan PG tetapi untuk mengekalkan kesetiaan peminat mereka. Berbeza dengan PG, Putera tidak pernah dinobatkan sebagai Raja Batang di luar tebing Batang Lawas.

Dalam setiap Pesta pasukan Putera lebih menonjol dibandingkan mana-mana pasukan kerana meraka bukan saja melibatkan diri dalam banyak acara tetapi muncul sebagai pasukan yang warna-warni dengan jersi yang beranika, banner yang bertata, dan punya penyokong yang berkota.

Berbeza dengan pasukan Putera, PG turun sebagai underdog. Mereka akan hanya menghantar separuh daripada jumlah peserta Putera dan memberi tumpuan kepada acara 20,25 dan 30 pekayuh.


Walaubagaimanapun, Punang mempunyai semangat serta nyanyian “inilah pasukan kita’ yang kosisten sejak mereka menjuarai Raja Sungai Limbang pada tahun 2007. Semangat yang sama juga yang membawa pasukan mereka sebagai pekayuh terbaik pasukan Sri Lawas semasa Regatta Sarawak pada tahun 2008. Mereka berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik seluruh Negeri Sarawak setelah berjaya ke final.

Raja Batang Limbang 2010
Putera, Kuala Lawas yang melabelkan diri mereka sebagai GAGAK HITAM, sudah memulakan perang mental dengan menyiarkan dalam Facebook mereka  acara-acara yang akan mereka sertai. Lebih cantik mereka paparkan 5 buat perahu dengan warna yang menarik lagi trendy.


Putera telah dinobatkan Raja Batang Lawas pada tahun 2009 yang sebelum ini dimenangi oleh HARIMAU Punang Gemilang. Pada Pesta Limbang 2010, Tim Putera menduduki tempat ke 3 dalam acara Batang Limbang.

'Pengiklanan' Putera dipaparkan sejak 12 Januari dengan tulisan "Demam lumba perahu kembali lagi.Putera Kuala Lawas telahpun membuat persediaan awal dengan merekrut 190 pakayuh (termasuk wanita) dan pegawai dalam usaha mempertahankan galaran Raja Batang Lawas dan Juara Keseluruhan yang di menengi mereka pada Pesta Lawas yang lalu.

Menurut pengasas dan juga org kuat Putera...Awang Damit Ali Hassan,Putera akan ikut semua acara termasuk acara wanita. Bagi wanita, akan di wakili dari kampung Luagan, Karangan dan Lukutan.
Acara yang akan disertai oleh Putera..
  1. 30 pakayuh terbuka......4 buah
  2. 30 pakayuh tertutup......4buah
  3. 25 pakayuh terbuka.......4 buah
  4. 25 pakayuh tertutup.......4buah
  5. 20 pakayuh terbuka........4buah
  6. 20 pakayuh tertutup.......4buah
  7. 15 pakayuh terbuka.......4buah
  8. 15 pakayuh tertutup.......4buah
  9. 10 pakayuh terbuka.......4buah
  10. 10 pakayuh tertutup.......4buah.
  11. Marathon 4 buah(kalau di Benarkan penyertaan)
  12. 15 pakayuh wanita terbuka ....2 buah
  13. 15 pakayuh wanita tertutup.....2 buah
  14. 10 pakayuh wanita terbuka....3 buah
  15. 10 pakayuh wanita tertutup....3 buah.
Pasukan Punang Gemilang, walaupun mempunyai Facebook tersendiri 'Punang Gemilang' masih belum menampakkan riak untuk mengegar pasukan lain. Yang dipaparkan hanya sessi latihan dalam keadaan datang 'mengisis' dari laut/kuala sungai. Taktik PG memang susah dibaca oleh pihak lawan.

Seperti biasa PG, Sundar, Awat-Awat dan Trusan tidak akan menyertai banyak acara disebabkan oleh tenaga yang tidak mencukupi dan bilangan perahu yang terhad.
Dalam senyap-senyap Punang Gemilang (PG)memulakan latihan. Mengikut Saudara Sulaiman, latihan kali ini lebih kepada latihan 'integrated' dan strategik. Latihan Integrated bermaksud menggambungkan latihan kekuatan mental dan stamina dalam 3 fasa, manakala latihan strategik bermaksud teknik kayuhan, mengharungi ombak atau olak, arus dan tahap pecutan yang berkesan.

Mengukit beliau lagi, latihan cara begini terbukti berkesan semasa Pesta Limbang 2010 dimana PG dinobatkan Raja Batang Limbang dan juga menjuarai acara Marathon Regatta Negara Brunei pada November lepas.

Sebagai rekod, PG telah dinobakkan Raja Batang Limbang sebanyak dua kali ialitu pada tahun 2007 dan 2010 dan menjadi Raja Batang Lawas pada tahun 2008.

Gambar-gambar ini dipetik dari Galeri Punang (Klik di sini)
Dari laut selepas menjinakan ombak

Mengharungi Arus surut

Teknik memberi pelayang dan membubut

Teknik menyesuaikan pekayuh
Seperti biasa, Pasukan Putera telah memulakan latihan 'memanaskan badan' bagi tujuan untuk menyertai Pesta Lawas yang akan berlangsung pada 11 - 13 Februari 2011.

Kuala Sungai Lawas riuh-rendah kerana Putera mempunyai perahu yang banyak dan pekayuh yang ramai.

Sebagai rekod, Putera dinobatkan Raja Batang Lawas pada tahun 2009 yang mana sebelum ini telah disandang oleh Punaang Gemilang.

Pada Pesta Limbang yang lalu, Putera telah mengetengahkan 6 buah perahu dan seramai 120 pekayuh. Walaupun hanya menduduki tempat ke tiga dalam pertarungan Juara Batang Limbang, Putera muncul sebagai juara keseluruhan.

Pertarungan kali ini dijangka sengit kerana beberapa faktor yang dikira munasabah. Pertama, Putera pastinya bermatiu-matian akan  mempertahankan takhta, manakala PG akan merebut kembali takhta yang terlepas.

Dalam keadaan Putera dan PG menghitung percaturan,  1Malaysai dari Sundar dijangkan berhasrat besar akan menempatkan diri bersama pasukan elit. Peluang 1Malaysia dinobatkan Raja batang lawas juga cerah setelah membuktikan kemampuan mereka semasa Pesta Limbang Oktober lalu dimana mereka menduduki naib Juara di hadapan Putera.

Acara Regatta berjalan selama tiga hari dimana, persaingan peringkat saringan akan bermula pada 11 Februari @ Jumaat dan acara Raja Sungai akan diketahui pada jam 4.00 petang pada 13 Februari.

Pada malam Pesta, penduduk Lawas akan dihiburkan oleh Jamal Abdillah.