Putera Kuala Lawas bersemangat!
Awang Damit yakin pasukannya mampu menyapu bersih kesemua acara pada Regata Lawas
LAWAS: Meskipun tinggal empat hari lagi, pasukan Putera Kuala Lawas sudah cukup bersedia untuk melakar sejarah tersendiri dalam acara lumba perahu sempena Pesta Lawas pada hujung minggu ini. Ketua kontinjen Putera Kuala Lawas, Awang Damit Ali Hasan berkata mereka optimis untuk menyapu bersih kesemua acara yang bakal dipertandingkan nanti. Beliau berkata kontinjennya dengan kekuatan 155 orang termasuk pengayuh wanita bersemangat untuk mempamerkan prestasi c eme r l ang pada perlumbaan itu nanti. “Para pengayuh sudah menunjukkan persediaan rapi dari segi fi zikal, mental, emosi dan stamina.
“Dalam mood bertanding sekarang, Putera Kuala Lawas turut mendominasi perang psikologi sebagai salah satu strategi atas kertas untuk mencipta kejuaraan dalam setiap kategori yang dipertandingkan,” katanya ketika menghubungi Utusan Borneo di sini semalam. Beliau yang menyifatkan regata kali ini sebagai amat mencabar dengan kehadiran pasukan luar, tetap yakin pasukannya berupaya mempamer aksi yang tidak mengecewakan berdasarkan semangat juang yang ditunjukkan anak-anak buahnya.
Buat pertama kalinya, katanya, pasukan wanita yang diberi nama pasukan Puteri Sulu turut diperkenalkan bagi mempertahankan gelaran Raja Sungai Lawas dan johan keseluruhan pada regata itu nanti. “Pengayuh wanita ini datang dari Kampung Surabaya, Luagan, Lukutan dan Pengalih dari Lawas,” jelasnya.
Awang Damit berkata walaupun sesi latihan sedikit terjejas akibat musim hujan terutama setiap petang, ia tidak mematahkan mood dan semangat para pengayuh yang terdiri daripada golongan muda,
wanita dan juga veteran. Katanya setiap pengayuh juga sudah serasi dengan teknik kayuhan yang merupakan antara faktor penentu untuk mencipta rentak kelajuan pada perlumbaan itu nanti. Jelasnya lagi, aspek dan teknik kayuhan tersebut turut didedahkan kepada setiap pengayuh pada sesi latihan yang dijalankan sebagai persediaan awal untuk menyertai mana-mana pertandingan terutamanya penyertaan saban tahun pada Regata Lawas.
“Misi kita adalah untuk mencipta kemenangan, justeru ia bukannya mudah, semua aspek perlu diambil kira untuk menjadikan pasukan Putera Kuala Lawas terus cemerlang,” katanya lagi. Jelasnya lagi, mereka akan berusaha untuk mempertahankan kejuaraan berdasarkan pencapaian membanggakan mereka dalam arenalumba perahu di Borneo.
Pasukan Putera Kuala Lawas sebelum ini pernah menggenggam kejuaraan Raja Sungai Lawas sebanyak lima kali dan juara keseluruhan sebanyak dua kali pada acara sama.
Selain itu, pasukan itu juga hampir menguasai semua acara lumba perahu pada Pesta Limbang yang lalu dan akan terus berusaha meneruskan penguasaan dalam semua acara yang dipertandingkan dalam Regata Lawas kelak.
Justeru beliau mahu anakanak buahnya terus bersemangat untuk memburu kejuaraan sekali gus mengharumkan nama Kuala Lawas bukan sahaja di atas kertas tetapi juga di medan sebenar pertarungan. Dengan penuh bersemangat beliau berkata: “Detik dan saat makin dekat, ayuh Putera, kaulah harapan ibu dan bapa, mengharumkan nama Kuala Lawas. Jangan ‘dipelinga’ orang nak kata apa, yang penting kita pertahankan kejuaraan.”
Borneo Post by Mastura Ismail. Posted on February 9, 2011, Wednesday
Tiada ulasan: