Kuala Sungai Lawas mulai riuh
Seperti biasa, Pasukan Putera telah memulakan latihan 'memanaskan badan' bagi tujuan untuk menyertai Pesta Lawas yang akan berlangsung pada 11 - 13 Februari 2011.
Kuala Sungai Lawas riuh-rendah kerana Putera mempunyai perahu yang banyak dan pekayuh yang ramai.
Sebagai rekod, Putera dinobatkan Raja Batang Lawas pada tahun 2009 yang mana sebelum ini telah disandang oleh Punaang Gemilang.
Pada Pesta Limbang yang lalu, Putera telah mengetengahkan 6 buah perahu dan seramai 120 pekayuh. Walaupun hanya menduduki tempat ke tiga dalam pertarungan Juara Batang Limbang, Putera muncul sebagai juara keseluruhan.
Pertarungan kali ini dijangka sengit kerana beberapa faktor yang dikira munasabah. Pertama, Putera pastinya bermatiu-matian akan mempertahankan takhta, manakala PG akan merebut kembali takhta yang terlepas.
Dalam keadaan Putera dan PG menghitung percaturan, 1Malaysai dari Sundar dijangkan berhasrat besar akan menempatkan diri bersama pasukan elit. Peluang 1Malaysia dinobatkan Raja batang lawas juga cerah setelah membuktikan kemampuan mereka semasa Pesta Limbang Oktober lalu dimana mereka menduduki naib Juara di hadapan Putera.
Acara Regatta berjalan selama tiga hari dimana, persaingan peringkat saringan akan bermula pada 11 Februari @ Jumaat dan acara Raja Sungai akan diketahui pada jam 4.00 petang pada 13 Februari.
Pada malam Pesta, penduduk Lawas akan dihiburkan oleh Jamal Abdillah.
Tiada ulasan: