Kuala Sungai Punang mulai keruh
Dalam senyap-senyap Punang Gemilang (PG)memulakan latihan. Mengikut Saudara Sulaiman, latihan kali ini lebih kepada latihan 'integrated' dan strategik. Latihan Integrated bermaksud menggambungkan latihan kekuatan mental dan stamina dalam 3 fasa, manakala latihan strategik bermaksud teknik kayuhan, mengharungi ombak atau olak, arus dan tahap pecutan yang berkesan.
Mengukit beliau lagi, latihan cara begini terbukti berkesan semasa Pesta Limbang 2010 dimana PG dinobatkan Raja Batang Limbang dan juga menjuarai acara Marathon Regatta Negara Brunei pada November lepas.
Sebagai rekod, PG telah dinobakkan Raja Batang Limbang sebanyak dua kali ialitu pada tahun 2007 dan 2010 dan menjadi Raja Batang Lawas pada tahun 2008.
Gambar-gambar ini dipetik dari Galeri Punang (Klik di sini)
|
Dari laut selepas menjinakan ombak |
|
Mengharungi Arus surut |
|
Teknik memberi pelayang dan membubut |
|
Teknik menyesuaikan pekayuh |
Tiada ulasan: