Saya salin semula komen dalam artikel oleh seorang pembaca yang juga berasal dari Lawas

Syukur, TPM baru saja balik dari Lawas dan mengumumkan akan memberi agihan peruntukan yang besar. Pendidikan iaitu membaikpulih sekolah yang daif dan mungkin wajar juga diganti atau SMK yang baru bagi SMK Lawas kerana kedudukan yang diatas bukit mungkin tidak sesuai lagi sekarang tambahan bangunan itu mungkin sudah menjangkau usia 45 tahun. Selain daripada itu pertumbuhan penduduk di Lawas amat memerlukan sekolah menengah yang baru.

Selain itu banyak sekolah yang perlu dibaikpulih.Dengan ini akan melonjakkan pencapaian akademik di daerah Lawas. Kesihatan, akan dibina sebuah hospital 1Malaysia, semoga dilaksanakan dalam kadar yang segera. Kesian dengan warga Lawas yang terpaksa dibawa ke Kota Kinabalu @ Miri untuk rawatan lanjut. Ada yang malang itu ajalnya hanya ditengah jalan, tidak sampai ke destinasi oleh sistem pengangkutan jalanraya yang masih ditahap yang kurang memuaskan.

Namun tambah sedih lagi bila sampai ke Kota Kinabalu pelbagai alasan diberikan pihak hospital untuk menerima pesakit yang tidak sedar apa-apa lagi dengan menyatakan bahawa mereka tidak menerima pesakit dari Sarawak seolah-olah dari luar negara. Orang sudah nazak pun dijadikan bola ditendang kesana sini. Tidak perlulah diceritakan kalau perjalanan ke Miri. Bila di negeri orang masalah pula bagi keluarga yang tidak mampu tidak tahu dimana hendak menginap. Fikir-fikirlah.

Perkhidmatan Penerbangan, semoga pembinaan Lapangan Terbang dipercepatkan dan mampu menampung pendaratan sekurang-kurangnya Fokker ATR, kalau dapat boeing lagi bagus. Dengan adanya Lapangan Terbang ini nanti akan menyemarakkan lagi ekonomi penduduk Lawas. Maka akan dapatlah digunakan sepenuhnya Hotel Seri Malaysia. Jika tidak terpaksa terbang ke Kota Kinabalu,dan naik bas 3 jam ke Lawas, membuang masa. Bukan apa kadangkala penerbangan dari Miri ke Lawas dibatalkan oleh kerana hujan, sudah nampak ekor kapal terbang (Twin Otter) lepas itu berpatah balik ke Miri, bayangkan keperitan penumpang yang hendak balik.

Percepatkanlah pembinaannya, jangan tunggu lama-lama. Tahniah dan syabas kepada Datuk Amar Awg Tengah kerana dapat membawa pemimpin-pemimpin besar ke Lawas, semoga ini akan membuka mata dan minda orang-orang yang tidak pandai bersyukur atas usaha beliau. Pemimpin seperti inilah yang kita mahu, bukannya duduk tersandar saja dikerusi empuk tanpa memikirkan apa yang perlu dibawa untuk orang Lawas. Lagi kerap pemimpin turun padang lagi bagus, maka akan nampak pembangunan di sesebuah daerah yang ditadbir.

By Anonymous on Timbalan Perdana menteri akan melawat Lawas on 12/24/10
Satu demi satu wakil rakyat SUPP dari etnik Cina jatuh ditangan DAP dan yang terakhir semasa pilihanraya kecil Bandar Sibu pada Mei lalu setelah 46 tahun memerintah.

Ho Leng mengalahkan wakil SUPP, Robert Lau Hui Yew dan wakil Bebas, Narwawi Haron dengan majority 398 undi. Wong Ho leng mendapat 18,845 undi mengalahkan Robert Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Narwawi Haron mendapat 232 undi dan hilang wang pertaruhan sebanyak RM10,000.

Pihak DAP mengakui yang SUPP sudah tidak efektif untuk memerintah Sibu. Tetapi SUPP tidak mahu mengaku kesalahan sendiri malah dengan berani menyalahkan YAB Pehin Sri dan gaya pemerintahannya.

SUPP mengadakan mesyuarat tergempar di KL yang antara lain membincangkan isu keluar dari BN Sarawak. Apabila YAB Pehin Sri megumumkan hasrat mahu berundur semua komponen parti lain dalam BN kecoh dan merakamkan sokongan padu agar YAB Pehin Sri kekal sebagai Ketua Menteri. Tetapi SUPP senyap tanpa bahasa. Mereka tidak dapat menyembunyikan kebencian mereka terhadap KM dan mahukan YAB berundur.

Minggu lepas YAB Pehin Sri mengumumkan untuk terus menerajui BN Negeri sehingga selesai pilihanraya akan datang. SUPP harus membaca dari langkah YAB Pehin Sri yang mereka benci. Mesej yang dihantar ialah "Jika KM tidak undur maka SUPP mesti undur dan keluar dari BN'

Saya tidak percaya George Chan dan kuncu-kuncunya tidak faham kunci kira-kira ini. Kalau tidak faham, biarlah saya katakan terus-terang: "SUPP boleh berambus dan keluar BN"

Faham?!!
RM33 BILLION? Billion dan bukan Million! Mengapa kerajaan harus membayar begitu mahal hanya mahu memberi keselesaan kepada rakyat daripada musibah Tuhan? Sebagai contoh, Bandar Sibu terletak di lembah sungai yang ke 3 terpanjang di dunia dan sudah pasti hambatan banjir tidak dapat dielakkan.

Banjir di negara kita bukan baru berlaku sejak dua atau 30 puluh tahun kebelakangan ini tetapi sudah berkurun-kurun sebelum James Brook datang ke Sarawak. Sejak ribuan tahun, penduduk asal tempatan menghadapi musibah banjir dengan membina rumah yang bertiang. Seperti musin salji di negara-negara sejuk, musim banjir adalah masa untuk mereka berehat dan berpesta pada ketika itu.

Tetapi sekarang penduduk kita melawan kehendak Tuhan dengan membina rumah-kedai tanpa bertiang dan lepas itu menyalahkan kerajaan atas perbuatan yang tidak selari dengan kehendak alam.

Saya cadangkan kerajaan jangan membelanjakan wang sebanyak itu kerana tiada siapa dengan jumlah wang ringgit boleh melawan kehendak Tuhan.

Pendapat peribadi penulis

Lapuran Bernama"
SIBU, Sept 3 (Bernama) — RM33 billion. That’s the staggerring sum the natural resources and environment ministry needs to alleviate flood problems nationwide under the 10th Malaysia Plan.

Admitting it would not be easy for the government to come up with such huge amount at one go, minister Datuk Seri Douglas Uggah Embas said the flood mitigation programmes would be carried out in stages.

“The programmes would be based on the ministry’s capability and financial resources, including those in opposition-controlled states,” he told reporters here today.

Uggah said that according to a 2003 study, about nine per cent of the nation’s land area were prone to floods.

“We are talking about 28,000 sq km where almost five million people are affected. Thus, we need to look at the overall national flood mitigation programme.

“So, our strategy is, we do whatever we can, including in opposition- controlled states, based on our financial capability,” he said, quoting an example where the federal government had allocated RM40 million to Selangor for dredging works in Sungai Langat near Sijangkang.

Earlier, Uggah and state minister of environment and local government Datuk Sri Wong Soon Koh had waited for 10 minutes at the drainage and irrigation department office here, for state DAP chairman Wong Ho Leng to show up with proof of his own flood mitigation programme which he had claimed was done by his consultants from China and the US.

Ho Leng, who is also Sibu member of parliament and Bukit Assek state assemblyman, had failed to turn up.
Selalu sahaja kitani berkata; 'nasib baik anak kena buang atu inda mati; nasib baik inda hujan ari ani' dan seumpamanya. Kata-kata ini tidak memberi apa-apa makna kepada orang kitani kerana itulah bahasa orang kitani yang dipakai hari-hari. Itulah lidah dan budaya kebanyakan orang Melayu.

Namun apabila diperhalusi, ada sesuatu yang tertinggal pada ungkapan kata seperti itu. Ia seakan menghilangkan 'kuasa Allah', Tuhan yang menentukan qada dan qadar alam buana ini. Kita percaya bahawa semua ketetapan, perlakuan dan peristiwa berlaku dengan izin-Nya jua.

"Tidaklah kamu merejam (atau melontar) ketika berlakunya perejamam itu, melainkan Akulah (Allah) yang merejamnya." (Al-Anfal: 17)

Perlakuan makhluk diizinkan berlaku atas ketetapan Pencipta. Namun manusia perlu bertindak, perlu berusaha untuk menentukan kejayaan dalam tindakannya. Mengatakan 'bernasib baik' atau seumpamanya perlu dinisbahkan dengan Allah SWT; maka tentulah yang terlebih baik digantikan dengan kalimah; ALHAMDULILLAH.

"ALHAMDULILLAH inda karam, Alhamdulillah inda hujan, ataupun memadai dengan Alhamdulillah sahaja! Alhamdulillah pada takdir Allah begitu dan begini.

Baibun Bah
Komunikasi amat penting. Manusia tidak boleh hidup tanpa berkomunikasi. Orang babau berkomunikasi mengunakan isyarat dan orang inda babau mengunakan mulut dan juga isyarat lebih-lebih lagi orang gigiran. Anak yang baru lahir berkomunikasi dengan cara menangis. Orang mati memberi isyarat orang hidup yang dia perlu dimandikan, dikapankan dan dikebumikan setelah dia berhenti bernafas. Sungguh berjalur dan lebar definisi komunikasi.

Sebagai orang yang tempat merujuk dan mengadu, pemimpin Masyarakat bukan hanya perlu tangkas berkomunikasi tetapi perlu pandai mengunakan saluran yang selari dengan kehendak masyarakat. Sudah tiba masanya golongan ini mempunyai Facebook, Blog ataupun Twitter.

Mesti ingat PM Najib Razak, selain mempunyai blog juga mempunyai saluran seperti ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mempunyai facebook untuk memberi dan mendapatkan maklumat. Cuba lihat betapa hebatnya informasi yang ada pada www.Trusankitani.com dan www.punang.com . Begitu juga blog-blog kepunyaan sekolah-sekolah di sekitar Lawas? Sepatutnya dan sekurang-kurangnya pemimpin masyarakat melayari saluran begini dan memupul informasi-informasi releven sebagai maklumbalas kepada kepimpinan mereka kearah memenuhi hasrat dan keperluan anak buah di kawasan mereka.

Rakyat berhak menyuarakan masalah dan rakyat berhak berkomunikasi dengan pemimpin dengan licin. Adalah tanggungjawab pemimpin untuk menyediakan infra komunikasi yang berkesan lagi efektif. Rakyat berhak untuk didengar keluhan dan sindiran mereka dan adalah tanggungjawab pemimpin untuk mendengar dan menyelesaikan masalah mereka.

Memetik kata-kata Menteri seperti yang dilapurkan dalam akhbar-akhbar:

Pada 1 Mei 2010, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dilapurkan meresmikan permulaan Broadband' di Kuala Lawas dan beliau menyeru agar ketua-ketua masyarakat belajar dan memperkayakan pengetahuan agar sejajar dengan perubahan masa.

He urged the community and villager leaders to learn to use such facilities in their area to keep up with the changes and enhance their knowledge which were available at the click of the button.
Pada 30 April, Steve Annuar melapurkan dari Miri bahwa menteri yang sama menyeru golongan pendidik agar melahirkan Generasi Revolusi IT"

Datuk Amar Abang Johari dalam Utusan Borneo pada 21 March 2010, dilapurkan berkata:

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, menerusi Facebook, mereka secara tidak langsung dapat berdialog dan mengetahui masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya, dalam era globalisasi, wakil rakyat harus menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memudahkan mereka berko-munikasi dengan rakyat.

“Kalau pemimpin tidak tahu menggunakan Facebook, matilah…, kerana orang lain sudah menggunakan Facebook sedangkan kita masih pakai exercise book (buku latihan) atau buku tiga 5,” katanya.
“Walaupun tidak semua, namun pemimpin kita harus ada kesedaran menggunakan sepenuhnya Facebook, kita tiada pilihan. Sudah sampai masanya mereka melakukan transformasi demi kebaikan parti,” katanya.

Memang ada segelintir yang menyalahgunakan saluran begini untuk mengelimut tetapi bilangannya tidak seberapa dan isu yang dibawa terlalu terhad.

Baibun bah!
PS DAP, David Wong bukan saja pandai bercakap tapi handal berdalih. Seolah olah dia menuduh pegawai pembanci terlalu banyak soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Semua rakyat Malaysia ditanya soalan yang sama. Kalau orang lain boleh jawab mengapa kaum cina susah hendak jawab.

Kedua, nampaknya dia sendiri kurang faham bahasa akhbar yang melapurkan isu ini. Akhbar cakap ada segelintir kaum cina yang tidak faham bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Apa kena-mengena dengan nombor Kad pengenalan atau umor.

Kalau betulpun pembanci tanya perkara-perkara begini, mereka bukan tanya dengan specifik tetapi secara julat (range). Semua negara di dunia tanya soalan yang sama dan hanya di Malaysia kita ada masalah begini.



SIBU: State Democratic Action Party (DAP) publicity secretary David Wong said yesterday the National Census Board should do some soul searching as to why the Chinese community was non-responsive to the census drive from July 6 to Aug 23.He described it as unfair for the board to blame the Chinese community for showing ineptitude and lack of commitment to support the enumerators during the census drive.

“The Chinese community must have their reasons to reject the enumerators and this is the area which the National Census Board needs to look into seriously,” he said at a press conference held yesterday.

Wong was commenting on a statement by Chief Statistician and Census Commissioner Datuk Wan Ramlah Wan Abd Raof that 70 per cent of the Chinese community was non-responsive to the census because of communication breakdown.

Wong said the National Census Board should make a review as to whether they were demanding too much from the people or asking too many unnecessary questions.

Questions like people’s income, their identity card numbers and their age were unnecessary, he said. [ Philip Wong @ August 18, 2010]
Tatkala masyarakat hebuh mengenai hukuman berat akan dikenakan keatas sesiapa yang melakukan tentang pembuangan bayi, negara dikejutkan dengan satu lagi mayat bayi perempuan yang dibuang ditemui dalam sebuah beg galas di tebing sungai dekat Kota Damansara.

Dan akhbar-akhbar Indonesia juga tidak ketinggalan melapurkan tragis yang menimpa berita seperti ini.
Di Malaysia sekarang ada yang luar biasa, hampir setiap hari koran koran memberitaka ada yang buang bayi. Ada yang diketemukan sudah mati, ada yang diketemukan masih hidup, ada yang diketemukan sudah sempat di makan binatang, ada yang diketemukan dihujan deras ada yang diletakan di pinggi rel, sedih sekali.

Mengikut berita terakhir, kes buang bayi hingga menyebabkan kematian akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala jika bayi berkenaan masih hidup, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 307 kanun sama atas cubaan membunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis sedia bertindak mengikut klasifikasi berkenaan bagi kes pembuangan bayi sekiranya ia merupakan langkah terbaik dalam membendung jenayah kejam itu.

Mohd Bakri berkata polis bimbang kes pembuangan bayi akan meningkat tahun ini berbanding tahun lepas, ter-utamanya melibatkan warga tempatan.

Setakat ini pada tahun ini sahaja seramai 65 bayi dilaporkan dibuang iaitu 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 24 janin yang tidak diketahui jantinanya. Sepanjang tahun lepas sebanyak 79 kes dicatat iaitu 25 lelaki, 29 perempuan dan 25 janin yang tidak dikenal pasti jantina.

Orang kitani di Lawas, memang tidak buang kerana nak pegangpun tidak mahu kerana sentuh bayie hukumnya haram. Dulu apabila mula-mula dengar iklan dalam radio ‘Bedak Johnson Untuk Bayie’ semua orang kitani terpaku. “Gila bayie pakah radio atu eh!” kata indung kitani marahkan radio. Mujur ada cikgu sekolah yang beritahu bahawa ‘bayie’ bermaksud budak kecil (bayi) dan bukan membawa makna ‘babi’ dalam bahasa lokal Brunei. Nenek saya sampai dia meninggal tidak tahu yang perkataan ‘bayi’ itu merujuk kepada budak baru lahir.

Baibun bah!
Ramai orang belatir mengenai sebilangan pemimpin masyarakat dan gaya kepimpinan mereka. Memang saya setuju - golongan ini MESTI berubah mengikut perubahan masa. Mereka tidak boleh ikut cara lama. Anak-anak buah sudah berubah baik dari segi pengetahuan dan pemikiran. Macamana pemimpin masyarakat mahu dihormati jika pengetahuan mereka masih berada di tahap yang lama. Hakikat pengelaman atau ‘aku dulu makan garam’ sudah kurang releven untuk menghadapai letupan informasi yang boleh didapati dari mana-mana.

Sudah banyak tindak tanduk dan keputusan segelintir golongan ini tercicir, tindakan yang terbantut atau terlambat dan kurang tepat. Sebagai contoh, seseorang pemimpin masyarakat tidak mahu menyelesaikan masalah sosial dalam kawasan beliau hanya kerana berpegang kepada cara lama iaitu ‘jangan jaga tepi kian orang lain’. Pemimpin ini bukan sahaja berfikiran kolot tetapi dia tidak tahu ‘menjaga tepi kain orang’ di kawasan jajahannya adalah sebahagian tugas hakikinya.

Masyarakat tidak mengharapkan golongan ini berapi bahas Inggerisnya dan berasap bahasa Arabnya tetapi sekurang-kurangnya mereka sekali-sekala menjadi bilal walaupun tidak mampu menjadi imam. Masyarakat mengharapkan, selain menjadi rujukan mengenai soal masalah masyarakat mereka juga harus bersama rakyat di rumah-rumah Allah. Pendek kata, mereka mampu berperanan “Dua Dalam Satu”.

Saya tidak nafikan yang memang ada segelintir yang berperanan Dua Dalam Satu tetapi hanya dalam hal berumah tangga. Tidak salah isteri banyak asalkan mengikut syarak tetapi tugas kemasyarakatan adalah amanah yang besar. Masyarakat Melayu sudah tidak mahu menerima pemimpin masyarakat yang tidak menghormati waktu lebih-lebih lagi kalau pemimpin itu melakukan kemungkaran.

Minggu lepas, di Limbang YB Hasbi dalam BP menyeru agar pemimpin Masyarakat sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan....
LIMBANG: Setiap pemimpin di peringkat akar umbi di daerah ini diingatkan supaya sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, khasnya isu-isu semasa bagi membolehkan mereka menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata, mereka juga perlu melakukan perubahan total dalam cara mendekati rakyat yang kini sudah jauh berbeza daripada profil masyarakat sebelum ini.... Utusan Borneo

Baibun bah!
Balum lagi memerintah negara, DAP sudah memulakan mengail undi dengan menjanjikan gula untuk menambah kepopularitiannya. Mereka menampilkan 3 janji jika PR berjaya menakluki Putra Jaya. Janji janji DAP ialah menghapuskan saman ekor yang ada sekarang. Memberi bayaran tahunan sebanyak RM1,000 bagi setiap warga emas yang berumor 60 keatas dan menyediakan jalur lebar dengan kadar percuma.

DAP sungguh pintar kerana isu jalur lebar dan saman ekor sekarang berada di atas meja pemimpin untuk dipertimbangkan dan DAP secara propaganda memainkan isu ini supaya mereka dianggap memperjuangkan rakyat. Manakala habuan RM1000 adalah amat penting kerana golongan ini yang masih belum memberi undi kepada PR setakat ini.

Apa tujuan DAP kitani inda tau tetapi yang pasti kesan jangka panjang tidak memihak kepada negara jika saman ekor terus dibatalkan. Apa inda, kalau semua saman ekor atu inda diguna pakai, pemandu tidak serik dan tidak takut untuk melakukan keselahan secara berterusan. Akibatnya banyak nyawa dan harta negara yang melayang.

BAGI sebuah negara yang mempunyai penduduk kira-kira 28 juta orang, fakta bahawa sejak tahun 2000 sudah terdapat 10 juta saman ekor dikeluarkan menjelaskan segala-galanya tentang sikap sesetengah pemandu kenderaan di negara ini.

Ketika berada di dalam kereta, sebahagian kita dikuasai mentaliti Anything You Can Do, I Can Do Better. Mentaliti itu diburukkan jika pasangan, anak, adik, abang, kakak dan kawan yang berada di sebelah kita tunduk kepada sikap kediktatoran sebahagian daripada kita yang terserlah sewaktu memegang stereng kereta atau memulas pendikit minyak motosikal. Di atas kenderaan ego kita rupa-rupanya besar.


Dalam pemberian usin sebanyak RM1,000, saya tidak hairan kerana memang ada udang disebalik batu. Jika kerajaan pimpinan PR melaksanakannya yang untung ialah kaum DAP sendiri KERANA sebaik orang tua-tuan kitani menerima usin atu, barang di kadai akan terus naik macam roket. Sebenarnya usin RM1,000 itu bukan untuk indung kitani tetapi untuk kaum pedagang. Usin atu melintas saja arah tangan orang kitani. Liat saja apa yang telah terjadi dengan pedagang-pedagang di Komtar? Kalau DAP banar-banar mau bagi usin mengapa inda dibatalkan saja sewa pedagang Melayu di sana?

Jalur lebar memangpun sudah ada percuma, cuma lagi infrastructurnya belum ada. Liat di Lawas ani, memang babal CELCOM ani bah..


The DAP has embarked on what appears to be a quest to boost its popularity ahead of the coming 13th general election, with three promises to the people should the Pakatan Rakyat (PR) capture Putrajaya.

The promises are — to abolish the saman ekor (postal summons) system, to provide annual payments of RM1,000 to each senior citizen aged above 60 and to provide free wi-fi or wireless broadband throughout Malaysia.

DAP secretary-general Lim Guan Eng said that the party’s central executive committee had agreed yesterday to issue a blanket directive to all party leaders to work on publicising these three promises during all political functions.

“These are the three policy initiatives that will bring benefit to the people that we are confident will be carried out by the PR should we win Putrajaya.

“We do not just want to harp on the corrupt practices of the Barisan Nasional but we also want to talk about what we can do for the people,” he told a press conference at the party headquarters here.

Lim noted that the practice of blacklisting owners of vehicles was not only unfair but should also be declared illegal by the courts for it was in contrary to the principles of natural justice.

“We also want to provide this annual payments of RM1,000 to senior citizens as a sign of appreciation for their past contributions to the country,” he said.

He noted that the policy would merely cost the government RM2.1 billion annually.

“What is RM2.1 billion when the country squanders RM28 billion annually to corruption,” he pointed out.

The Penang chief minister also cited an article from the global weekly magazine The Economist, pointing out that even the internationally renowned magazine was agreeable to the concept of providing money for the poor.

“This is a number one capitalist economic magazine who does not believe in giving money. But it is true that if you help those in need, there is a multiplier effect. People will spend the money and this will in turn help to generate and liven up the economy,” he said.


He said the flyers would explain the Komtar Ramadan bazaar debacle where the DAP state government was accused of banning the people from setting up stalls.

“The problem was on the money issue and how Komtar had not received the rental money from the stalls, but it turne dinto a racial one. We were also accused of being communists.

“But how can we be the communists when it is Umno who has ties with the communist party of China,” he said.
Friday, August 13, 2010
DAP lists promises in bid for Putrajaya
Clara Chooi, Malaysian Insider
Lama inda mendangar perkataan 'LIMUT'. Saya tamanung sekejap memikirkan apa makna limut. Nya orang, sudah lama inda bakurapak bahasa Barunai yang 'dalam-dalam'. LIMUT membawa maksud minta tangguh dengan kadar semantara dan perkataan ini sinonim dengan alam kanak-kanak.

Dalam bahasa inggeris limut membawa erti sama dengan 'pause' atau 'postpone' atau pihak mahkamah mengunakan perkataan 'adjourn'. Perkataan 'postpone' atau 'adjourn' membawa maksud tangguh yang lama, semantara 'limut' dalam erti yang sebenar bersifat semantara dan ditangguh dalam masa yang pendek. 'Colop' dalam bahasa Sarawak membawa erti yang sama.

Saya inda dapat bayangkan kalau seorang hakim yang berasal dari Lawas menangguhkan prosiding mahkamah dengan memerintahkan " Saya melimutkan perbicaraan hari ini kepada minggu hadapan!" Atau Datuk Amar Awang Tengah berkata " Kita limutkan saja mesyuarat PBB pada hari ini"

Dalam alam kanak-kanak perkataan ini adalah sebagai 'penyelamat' semasa bermain 'Jadi'. Main 'Jadi' ialah sejenis permainan bubut-bubutan yang siapa 'jadi' ia akan membubut, sentuh sekaligus berkata 'Kau jadi!" kapada rakan yang kedapatan sebagai ganti membubut. Pemainan ini banyak mengunakan tenaga kerana membabitkan membubut atau menguyung. Dalam permainan ini 'limut' digunakan untuk berhenti sekejap atau 'minta tangguh' disebabkan oleh sesuatu sebab yang munasabah seperti seluar pilarut tertanggal, kaki sakit atau terkena duri.

Disebabkan limut ini bercirikan 'kekebalan' mangsa, maka perkataan ini sering disalahgunakan hingga menimbulkan pergaduhan. Semasa kanak-kanak, saya pernah mengunakan perkataan ini semasa bulan puasa. "Ma, aku minta limut dulu ah.. karing lihirku"

Tetapi jangan kompius jika perkataan 'limut' ditambah menjadi 'mengelimut'! Ianya tidak membawa erti yang sama malah bertentangan maksud. Jika mengikut lumrah bahasa Melayu dan bunyi ianya menjadi 'verb' ataupun 'perbuatan' tetapi dalam hal ini 'mengelimut' bermasksud 'mengumpat' atau menceritakan hal orang lain.