SUPP boleh keluar!

Satu demi satu wakil rakyat SUPP dari etnik Cina jatuh ditangan DAP dan yang terakhir semasa pilihanraya kecil Bandar Sibu pada Mei lalu setelah 46 tahun memerintah.

Ho Leng mengalahkan wakil SUPP, Robert Lau Hui Yew dan wakil Bebas, Narwawi Haron dengan majority 398 undi. Wong Ho leng mendapat 18,845 undi mengalahkan Robert Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Narwawi Haron mendapat 232 undi dan hilang wang pertaruhan sebanyak RM10,000.

Pihak DAP mengakui yang SUPP sudah tidak efektif untuk memerintah Sibu. Tetapi SUPP tidak mahu mengaku kesalahan sendiri malah dengan berani menyalahkan YAB Pehin Sri dan gaya pemerintahannya.

SUPP mengadakan mesyuarat tergempar di KL yang antara lain membincangkan isu keluar dari BN Sarawak. Apabila YAB Pehin Sri megumumkan hasrat mahu berundur semua komponen parti lain dalam BN kecoh dan merakamkan sokongan padu agar YAB Pehin Sri kekal sebagai Ketua Menteri. Tetapi SUPP senyap tanpa bahasa. Mereka tidak dapat menyembunyikan kebencian mereka terhadap KM dan mahukan YAB berundur.

Minggu lepas YAB Pehin Sri mengumumkan untuk terus menerajui BN Negeri sehingga selesai pilihanraya akan datang. SUPP harus membaca dari langkah YAB Pehin Sri yang mereka benci. Mesej yang dihantar ialah "Jika KM tidak undur maka SUPP mesti undur dan keluar dari BN'

Saya tidak percaya George Chan dan kuncu-kuncunya tidak faham kunci kira-kira ini. Kalau tidak faham, biarlah saya katakan terus-terang: "SUPP boleh berambus dan keluar BN"

Faham?!!

Posted by Lawasian on Jumaat, Oktober 01, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: