Pemimpin Dua Dalam Satu

Ramai orang belatir mengenai sebilangan pemimpin masyarakat dan gaya kepimpinan mereka. Memang saya setuju - golongan ini MESTI berubah mengikut perubahan masa. Mereka tidak boleh ikut cara lama. Anak-anak buah sudah berubah baik dari segi pengetahuan dan pemikiran. Macamana pemimpin masyarakat mahu dihormati jika pengetahuan mereka masih berada di tahap yang lama. Hakikat pengelaman atau ‘aku dulu makan garam’ sudah kurang releven untuk menghadapai letupan informasi yang boleh didapati dari mana-mana.

Sudah banyak tindak tanduk dan keputusan segelintir golongan ini tercicir, tindakan yang terbantut atau terlambat dan kurang tepat. Sebagai contoh, seseorang pemimpin masyarakat tidak mahu menyelesaikan masalah sosial dalam kawasan beliau hanya kerana berpegang kepada cara lama iaitu ‘jangan jaga tepi kian orang lain’. Pemimpin ini bukan sahaja berfikiran kolot tetapi dia tidak tahu ‘menjaga tepi kain orang’ di kawasan jajahannya adalah sebahagian tugas hakikinya.

Masyarakat tidak mengharapkan golongan ini berapi bahas Inggerisnya dan berasap bahasa Arabnya tetapi sekurang-kurangnya mereka sekali-sekala menjadi bilal walaupun tidak mampu menjadi imam. Masyarakat mengharapkan, selain menjadi rujukan mengenai soal masalah masyarakat mereka juga harus bersama rakyat di rumah-rumah Allah. Pendek kata, mereka mampu berperanan “Dua Dalam Satu”.

Saya tidak nafikan yang memang ada segelintir yang berperanan Dua Dalam Satu tetapi hanya dalam hal berumah tangga. Tidak salah isteri banyak asalkan mengikut syarak tetapi tugas kemasyarakatan adalah amanah yang besar. Masyarakat Melayu sudah tidak mahu menerima pemimpin masyarakat yang tidak menghormati waktu lebih-lebih lagi kalau pemimpin itu melakukan kemungkaran.

Minggu lepas, di Limbang YB Hasbi dalam BP menyeru agar pemimpin Masyarakat sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan....

LIMBANG: Setiap pemimpin di peringkat akar umbi di daerah ini diingatkan supaya sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, khasnya isu-isu semasa bagi membolehkan mereka menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata, mereka juga perlu melakukan perubahan total dalam cara mendekati rakyat yang kini sudah jauh berbeza daripada profil masyarakat sebelum ini.... Utusan Borneo

Baibun bah!

Posted by Lawasian on Isnin, Ogos 16, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: