Buang Bayi
Tatkala masyarakat hebuh mengenai hukuman berat akan dikenakan keatas sesiapa yang melakukan tentang pembuangan bayi, negara dikejutkan dengan satu lagi mayat bayi perempuan yang dibuang ditemui dalam sebuah beg galas di tebing sungai dekat Kota Damansara.
Dan akhbar-akhbar Indonesia juga tidak ketinggalan melapurkan tragis yang menimpa berita seperti ini.
Di Malaysia sekarang ada yang luar biasa, hampir setiap hari koran koran memberitaka ada yang buang bayi. Ada yang diketemukan sudah mati, ada yang diketemukan masih hidup, ada yang diketemukan sudah sempat di makan binatang, ada yang diketemukan dihujan deras ada yang diletakan di pinggi rel, sedih sekali.
Mengikut berita terakhir, kes buang bayi hingga menyebabkan kematian akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala jika bayi berkenaan masih hidup, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 307 kanun sama atas cubaan membunuh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis sedia bertindak mengikut klasifikasi berkenaan bagi kes pembuangan bayi sekiranya ia merupakan langkah terbaik dalam membendung jenayah kejam itu.
Mohd Bakri berkata polis bimbang kes pembuangan bayi akan meningkat tahun ini berbanding tahun lepas, ter-utamanya melibatkan warga tempatan.
Setakat ini pada tahun ini sahaja seramai 65 bayi dilaporkan dibuang iaitu 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 24 janin yang tidak diketahui jantinanya. Sepanjang tahun lepas sebanyak 79 kes dicatat iaitu 25 lelaki, 29 perempuan dan 25 janin yang tidak dikenal pasti jantina.
Orang kitani di Lawas, memang tidak buang kerana nak pegangpun tidak mahu kerana sentuh bayie hukumnya haram. Dulu apabila mula-mula dengar iklan dalam radio ‘Bedak Johnson Untuk Bayie’ semua orang kitani terpaku. “Gila bayie pakah radio atu eh!” kata indung kitani marahkan radio. Mujur ada cikgu sekolah yang beritahu bahawa ‘bayie’ bermaksud budak kecil (bayi) dan bukan membawa makna ‘babi’ dalam bahasa lokal Brunei. Nenek saya sampai dia meninggal tidak tahu yang perkataan ‘bayi’ itu merujuk kepada budak baru lahir.
Baibun bah!
Tiada ulasan: