Pemimpin Masyarakat yang buta IT
Komunikasi amat penting. Manusia tidak boleh hidup tanpa berkomunikasi. Orang babau berkomunikasi mengunakan isyarat dan orang inda babau mengunakan mulut dan juga isyarat lebih-lebih lagi orang gigiran. Anak yang baru lahir berkomunikasi dengan cara menangis. Orang mati memberi isyarat orang hidup yang dia perlu dimandikan, dikapankan dan dikebumikan setelah dia berhenti bernafas. Sungguh berjalur dan lebar definisi komunikasi.
Sebagai orang yang tempat merujuk dan mengadu, pemimpin Masyarakat bukan hanya perlu tangkas berkomunikasi tetapi perlu pandai mengunakan saluran yang selari dengan kehendak masyarakat. Sudah tiba masanya golongan ini mempunyai Facebook, Blog ataupun Twitter.
Mesti ingat PM Najib Razak, selain mempunyai blog juga mempunyai saluran seperti ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mempunyai facebook untuk memberi dan mendapatkan maklumat. Cuba lihat betapa hebatnya informasi yang ada pada www.Trusankitani.com dan www.punang.com . Begitu juga blog-blog kepunyaan sekolah-sekolah di sekitar Lawas? Sepatutnya dan sekurang-kurangnya pemimpin masyarakat melayari saluran begini dan memupul informasi-informasi releven sebagai maklumbalas kepada kepimpinan mereka kearah memenuhi hasrat dan keperluan anak buah di kawasan mereka.
Rakyat berhak menyuarakan masalah dan rakyat berhak berkomunikasi dengan pemimpin dengan licin. Adalah tanggungjawab pemimpin untuk menyediakan infra komunikasi yang berkesan lagi efektif. Rakyat berhak untuk didengar keluhan dan sindiran mereka dan adalah tanggungjawab pemimpin untuk mendengar dan menyelesaikan masalah mereka.
Memetik kata-kata Menteri seperti yang dilapurkan dalam akhbar-akhbar:
Pada 1 Mei 2010, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dilapurkan meresmikan permulaan Broadband' di Kuala Lawas dan beliau menyeru agar ketua-ketua masyarakat belajar dan memperkayakan pengetahuan agar sejajar dengan perubahan masa.
He urged the community and villager leaders to learn to use such facilities in their area to keep up with the changes and enhance their knowledge which were available at the click of the button.Pada 30 April, Steve Annuar melapurkan dari Miri bahwa menteri yang sama menyeru golongan pendidik agar melahirkan Generasi Revolusi IT"
Datuk Amar Abang Johari dalam Utusan Borneo pada 21 March 2010, dilapurkan berkata:
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, menerusi Facebook, mereka secara tidak langsung dapat berdialog dan mengetahui masalah rakyat di peringkat akar umbi.
Katanya, dalam era globalisasi, wakil rakyat harus menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memudahkan mereka berko-munikasi dengan rakyat.
“Kalau pemimpin tidak tahu menggunakan Facebook, matilah…, kerana orang lain sudah menggunakan Facebook sedangkan kita masih pakai exercise book (buku latihan) atau buku tiga 5,” katanya.
“Walaupun tidak semua, namun pemimpin kita harus ada kesedaran menggunakan sepenuhnya Facebook, kita tiada pilihan. Sudah sampai masanya mereka melakukan transformasi demi kebaikan parti,” katanya.
Memang ada segelintir yang menyalahgunakan saluran begini untuk mengelimut tetapi bilangannya tidak seberapa dan isu yang dibawa terlalu terhad.
Baibun bah!
Tiada ulasan: