CEMERLANG: (Dari kiri) Sultan Hassanal Bolkiah ketika menyerahkan piala pusingan Anugerah DYMM kepada Awang Damit dan kontinjen pasukan Putera Kuala Lawas di Bandar Seri Begawan, Ahad lepas.
BANDAR SERI BEGAWAN: Pasukan Putera Sungai Penyengat Kuala Lawas dari Sarawak beraksi penuh cemerlang pada pembukaan Regata Brunei Darussalam 2012 yang berlangsung penuh gilang-gemilang Ahad lepas apabila berjaya mengungguli kategori Maraton 30 Pekayuh Perahu Tradisi Terbuka Maraton sekali gus melayakkan mereka menerima piala pusingan Anugerah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Brunei.


Selain di tempat pertama, pasukan Putera Kuala Lawas dengan nama perahunya Putera Mahkota turut beraksi gah dengan merangkul tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Punang Gemilang Lawas yang juga peserta dari Sarawak.

Di samping itu, pasukan Putera Kuala Lawas turut mengungguli kategori 20 Pekayuh Perahu Tradisi terbuka di tempat kedua, dan merangkul tempat ketiga pada acara 25 Pekayuh Perahu Tradisi terbuka.

Hadiah kemenangan disampaikan sendiri oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Selain kategori Maraton 30, 20 dan 25 Pekayuh, Sultan Brunei juga menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Lumba Khas 15 Pekayuh, Jetski 1200cc, Bot Tambang 60HP ke atas, 20 Pelumba Pekayuh antara Kementerian-kementerian dan Bot Laju F1.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Putera Kuala Lawas Awang Damit Ali Hasan melahirkan perasaan gembira dan berterima kasih di atas jemputan daripada Sultan Brunei pada penyertaan kali ini.

Katanya lagi, Regata Brunei kali ini mampu mengimbau nostalgia zaman nenek moyang para pelumba muda sekarang khususnya semasa mereka ‘beradu kekuatan’ di Sungai Brunei lebih 30 tahun lalu.

“Pastinya dengan menyertai acara ini ia dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan nenek moyang para pelumba yang pernah mengukir nama pada acara serupa di Sungai Brunei ini,” katanya.

Awang Damit berkata, banyak pengalaman manis dan berharga yang diperolehi khususnya layanan mesra yang diberikan kerajaan Brunei kepada peserta dari Sarawak sepanjang berlangsungnya regata tersebut.

Beliau juga optimis sukan Regata Brunei Darussalam ini mampu menjadi satu lagi daya tarikan dalam industri pelancongan domestik untuk menarik kemasukan pengunjung ke negara tersebut.

Bagi memeriahkan suasana, pelbagai atur cara telah disediakan termasuk persembahan kebudayaan di Malam Resepsi sempena dengan Regata Brunei Darussalam 2012.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/01/26/lawas-cemerlang-pada-regata-brunei/#ixzz1kYxl274z

Posted on January 26, 2012, Thursday
KUCHING: Pengunjung Regata Sarawak 2011 ini akan berpeluang untuk menyaksikan pertunjukkan hebat akrobatik ski air di Sungai Sarawak, di Tebingan Kuching, bermula 8 malam, Jumaat ini.

Acara menarik ini akan dilakukan oleh pasukan yang dijemput khas iaitu ‘The Star of Florida’, yang sering mengadakan pertunjukkan serupa di beberapa negara seperti Jepun, Jordan, Columbia, Turki, Mesir, Las Vegas dan Norway.

Menurut kenyataan akhbar semalam, acara ini merupakan salah satu acara pengisian Regata Sarawak 2011 yang berlangsung dari Khamis ini hingga Ahad depan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Acara itu akan turut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta pembesar negeri yang lain.

Selain itu, antara acara menarik pada malam yang sama adalah pertunjukan 48 buah perahu berhias, pertunjukkan pentas oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, pertunjukan cahaya laser dan pertunjukan bunga api.

Sementara itu, Pentarama Jabatan Penerangan akan menghiburkan orang ramai dengan persembahan mereka pada Khamis ini jam 7 malam di tempat yang sama.

Hari Malaysia disambut 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan Malaysia pada tarikh sama tahun 1963.

Ia menandakan penggabungan Sarawak, Sabah, Tanah Melayu dan Singapura dalam membentuk Malaysia. Bagaimanapun, Singapura menarik diri dan menjadi negara republik pada tahun 1965. Mulai tahun lepas, 16 September diisytiharkan cuti umum negara.


Posted on September 14, 2011, Wednesday
Putera, Kuala Lawas yang melabelkan diri mereka sebagai GAGAK HITAM, sudah memulakan perang mental dengan menyiarkan dalam Facebook mereka  acara-acara yang akan mereka sertai. Lebih cantik mereka paparkan 5 buat perahu dengan warna yang menarik lagi trendy.


Putera telah dinobatkan Raja Batang Lawas pada tahun 2009 yang sebelum ini dimenangi oleh HARIMAU Punang Gemilang. Pada Pesta Limbang 2010, Tim Putera menduduki tempat ke 3 dalam acara Batang Limbang.

'Pengiklanan' Putera dipaparkan sejak 12 Januari dengan tulisan "Demam lumba perahu kembali lagi.Putera Kuala Lawas telahpun membuat persediaan awal dengan merekrut 190 pakayuh (termasuk wanita) dan pegawai dalam usaha mempertahankan galaran Raja Batang Lawas dan Juara Keseluruhan yang di menengi mereka pada Pesta Lawas yang lalu.

Menurut pengasas dan juga org kuat Putera...Awang Damit Ali Hassan,Putera akan ikut semua acara termasuk acara wanita. Bagi wanita, akan di wakili dari kampung Luagan, Karangan dan Lukutan.
Acara yang akan disertai oleh Putera..
  1. 30 pakayuh terbuka......4 buah
  2. 30 pakayuh tertutup......4buah
  3. 25 pakayuh terbuka.......4 buah
  4. 25 pakayuh tertutup.......4buah
  5. 20 pakayuh terbuka........4buah
  6. 20 pakayuh tertutup.......4buah
  7. 15 pakayuh terbuka.......4buah
  8. 15 pakayuh tertutup.......4buah
  9. 10 pakayuh terbuka.......4buah
  10. 10 pakayuh tertutup.......4buah.
  11. Marathon 4 buah(kalau di Benarkan penyertaan)
  12. 15 pakayuh wanita terbuka ....2 buah
  13. 15 pakayuh wanita tertutup.....2 buah
  14. 10 pakayuh wanita terbuka....3 buah
  15. 10 pakayuh wanita tertutup....3 buah.
Pasukan Punang Gemilang, walaupun mempunyai Facebook tersendiri 'Punang Gemilang' masih belum menampakkan riak untuk mengegar pasukan lain. Yang dipaparkan hanya sessi latihan dalam keadaan datang 'mengisis' dari laut/kuala sungai. Taktik PG memang susah dibaca oleh pihak lawan.

Seperti biasa PG, Sundar, Awat-Awat dan Trusan tidak akan menyertai banyak acara disebabkan oleh tenaga yang tidak mencukupi dan bilangan perahu yang terhad.
Dalam senyap-senyap Punang Gemilang (PG)memulakan latihan. Mengikut Saudara Sulaiman, latihan kali ini lebih kepada latihan 'integrated' dan strategik. Latihan Integrated bermaksud menggambungkan latihan kekuatan mental dan stamina dalam 3 fasa, manakala latihan strategik bermaksud teknik kayuhan, mengharungi ombak atau olak, arus dan tahap pecutan yang berkesan.

Mengukit beliau lagi, latihan cara begini terbukti berkesan semasa Pesta Limbang 2010 dimana PG dinobatkan Raja Batang Limbang dan juga menjuarai acara Marathon Regatta Negara Brunei pada November lepas.

Sebagai rekod, PG telah dinobakkan Raja Batang Limbang sebanyak dua kali ialitu pada tahun 2007 dan 2010 dan menjadi Raja Batang Lawas pada tahun 2008.

Gambar-gambar ini dipetik dari Galeri Punang (Klik di sini)
Dari laut selepas menjinakan ombak

Mengharungi Arus surut

Teknik memberi pelayang dan membubut

Teknik menyesuaikan pekayuh
Seperti biasa, Pasukan Putera telah memulakan latihan 'memanaskan badan' bagi tujuan untuk menyertai Pesta Lawas yang akan berlangsung pada 11 - 13 Februari 2011.

Kuala Sungai Lawas riuh-rendah kerana Putera mempunyai perahu yang banyak dan pekayuh yang ramai.

Sebagai rekod, Putera dinobatkan Raja Batang Lawas pada tahun 2009 yang mana sebelum ini telah disandang oleh Punaang Gemilang.

Pada Pesta Limbang yang lalu, Putera telah mengetengahkan 6 buah perahu dan seramai 120 pekayuh. Walaupun hanya menduduki tempat ke tiga dalam pertarungan Juara Batang Limbang, Putera muncul sebagai juara keseluruhan.

Pertarungan kali ini dijangka sengit kerana beberapa faktor yang dikira munasabah. Pertama, Putera pastinya bermatiu-matian akan  mempertahankan takhta, manakala PG akan merebut kembali takhta yang terlepas.

Dalam keadaan Putera dan PG menghitung percaturan,  1Malaysai dari Sundar dijangkan berhasrat besar akan menempatkan diri bersama pasukan elit. Peluang 1Malaysia dinobatkan Raja batang lawas juga cerah setelah membuktikan kemampuan mereka semasa Pesta Limbang Oktober lalu dimana mereka menduduki naib Juara di hadapan Putera.

Acara Regatta berjalan selama tiga hari dimana, persaingan peringkat saringan akan bermula pada 11 Februari @ Jumaat dan acara Raja Sungai akan diketahui pada jam 4.00 petang pada 13 Februari.

Pada malam Pesta, penduduk Lawas akan dihiburkan oleh Jamal Abdillah.





Segelintir mengatakan bahwa pasukan Punang Gemilang dan Putera Kuala Lawas ibarat adik dan abang dalam satu keluarga Lawas. Mereka sama-sama mengembara ke Kuching pada tahun 2007, sama-sama hadir di Limbang pada tahun 2008 dan 2009 dan sama-sama menghiburkan peminat regatta Muara Brunei pada tahun 2009.

Tetapi yang pastinya tanpa kehadiran dua pasukan dari Lawas ini sesebuah pesta regatta tidak akan meriah. Persaingan mereka di atas arus sungai memang dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk Lawas.

Tiap pesta menjelang, peminat regatta sering melontarkan pertanyaan tentang kehadiran kedua pasukan kesayangan mereka ini. Baik rakyat biasa hingga kepada Datuk Amar Awang Tengah akan menanti kelibat dan persaingan dua buah pasukan dari persisiran ini. Tanpa kehadiran salah sebuah pasukan pasti akan mencacatkan temesya itu.

Selalunya persaingan kedua-dua pasukan ini memang hebat baik dari segi cara kayuhan, corak dan warna perahu dan kelibat penyokong mereka sendiri. Pendek kata Punang Gemilang dan Putera menaiktarafkan acara regatta ke tahap lima bintang.

Dan pada Pesta Limbang tahun ini Residen Limbang, Maria Hasman memastikan yang kehadiran mereka adalah dalam senarai ‘Mandatori’ untuk meletakkan Pesta Limbang sentiasa berada di dalam kalendar Pelancongan Negara.

Awang Damit Punang

Awang Damit Kuala Lawas
Selepas semusim berlalu, Sungai Limbang dengan arusnya yang kuat serta membelah daratan antara bandar dan Kampung melayu tempatan akan kembali berkocak serta bergelora mulai 22 hingga 24 Oktober 2010.

Ini kerana di Sungai ini, akan berlaku pertarungan yang dijangka sengit bagi menentukan Sang Juara atau Juara Sungai pada edisi Pesta Limbang 2010 kali ini.

Juara Sungai musim lalu, pasukan dari Negara Brunei sudah pasti berusaha mempertahankan kejuaraan sekali gus menambah koleksi kemenangan secara berturut-turut, namun ia bukan tugas yang mudah kerana semua pasukan akan turut bersaing kali ini.

Pasukan Kuala Lawas

Salah sebuah pasukan yang begitu bersungguh-sungguh untuk menamatkan kemarau kemenangan pada kali ini adalah pasukan PUTERA dari Kuala Lawas yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Juara Batang Lawas tetapi belum pernah mendapat tahta sebagai Juara Batang Limbang.

Namun, pada masa itu pasukan tersebut bukan menggunakan nama Kuala Lawas tetapi atas nama Putera yang bukan hanya menyertai banyak acara tetapi muncul sebagai pasukan yang warna-warni dengan jersi yang beranika, banner yang bertata, dan punya penyokong yang berkota.

Ketua Kontinjen, Awang Damit Ali Hassan adalah seorang yang innovatif lagi aktif. Kali ini mereka turun dengan satu kayuhan yang dinamik dan bentuk dan saiz pengayuh yang unik. Mereka bukan hanya ingin merangkul banyak piala tetapi juga akan membawa satu perubahan dan hiburan kepada penonton.

Apa tidaknya, Pasukan mereka telah menjalani latihan selama 2 bulan dan sebelum ini turut menghantar perserta ke Regatta Brunei bersempana dengan sambutan Keputeraan Sultan Brunei. Mereka menduduiki tempat kedua dalam acara Marathon.
Pasukan Punang
Berbeza dengan Kuala Lawas, pasukan PUNANG GEMILANG turun sebagai underdog. Mereka hanya menghantar separah daripada jumlah peserta Kuala Lawas. Punang akan hanya memberi tumpuan kepada acara 30 dan 25 pekayauh dalam 6 acara.

Walaubagaimanapun, Punang Gemilang mempunyai semangat serta nyanyian “inilah pasukan kita’ yang kosisten sejak mereka menjuarai Raja Batang Limbang pada tahun 2007. Semangat yang sama juga yang membawa pasukan mereka sebagai pekayuh terbaik pasukan Sri Lawas semasa Regatta Sarawak pada tahun 2008. Mereka berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik seluruh Negeri Sarawak setelah berjaya ke final.

Pekayuh Punang Gemilang hanya memulakan latihan sebulan yang lalu tetapi lebih focus kepada acara marathon dan Raja Batang Limbang. Mereka tidak menyertai acara-acara yang mereka kurang mempunyai rekod cemerlang.

'Boleh dikatakan hampir majoriti ahli pasukan terdiri daripada anggota-anggota lama yang sentiasa bersama setiap kali kejohanan berlangsung di samping satu atau dua muka-muka' Kata Ketua Kontinjen, Bob Lair yang sedang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

KUCHING: Sarawak River is the ‘Mother of All Regattas’ as it promotes water sport and also places the state in the tourism calendar of events ever since its inception in 2006.Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam described the Sarawak River as such when speaking at the official opening of the Sarawak Regatta 2010 at the Kuching Waterfront here yesterday.

He said the three-day regatta at the Sarawak River, which started last Friday had always been a venue for all races to promote unity, goodwill, peace and harmony. He added that this would be further strengthened with the 1Malaysia Concept that we have now.

The regatta, he added, also helped to highlight the beauty of the Sarawak River that had grown in popularity with its modern and unique facilities along the waterfront.

“The regatta also promotes business activities and opportunities for many – from the petty traders to those involved in the tourism industry such as hotel and restaurant operators.

“Ever since the Sarawak Regatta was included in the tourism calendar of events in 2006, it has attracted a large number of participants from all over Sarawak and Brunei.” He suggested that each community in Sarawak send at least a team to the event in future races. He, too, suggested that a special category be reserved for foreign tourists in order to project the state as one that is most hospitable.

Meanwhile, this year’s regatta attracted 5,844 participants from 300 teams who competed in 17 different categories that offered lucrative prize money.

Thousands packed the Kuching waterfront during the three-day event including the Head of State Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin and wife, Minister of Housing and Urban Development Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg and Deputy Minister of Tourism Dato Dr James Dawos yesterday.

Meanwhile, Landas Six in the 30- paddler (male) category was named the Raja Sungai (River King) in this year’s regatta. They took home a trophy and a RM3,500 prize money.

Second place went to the Jang Team (RM3,000), Pusaka Eight third (RM2,500), ASF Puteri Dang Balai fourth (RM1,500), and Sri Urai fifth (RM1,000).

Sarawak tribune @Patrick Joseph
Monday, 02 August 2010 11:42


LAWAS: Some 100 paddlers and officials from Kampung Dato, Kuala Lawas are taking part in the Brunei Regatta 2010 being held on Aug 1 and 2 at the Serasa Water Sport in Brunei in conjunction with Sultan Brunei Birthday Day celebrations.

According to the team’s Chef De Mission Awang Damit Ali Hassan, their participation involves 100 paddlers and eight boats belonging to the Second Minister of Planning and Resource Management Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan.

“The main objective is to enhance ties with our relatives and friends in Brunei as well as to jointly celebrate the birthday of the Sultan of Brunei because we are neigbours and have close relationship,” said Tengah when presenting the state colours to the contingent.

He said that furthermore, their counterparts in Brunei would also participate in similar event here as this was their means to promote events organised by respective sides for the benefit of all as advocated by Chief Minister Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

The boats entered for the Brunei regatta are ‘Putera Sungai Penyengat’, ‘Putera Sungai Bedaun’, ‘Putera Panglong’, ‘Putera Dayang Sari’, ‘Putera Tagai’, ‘Putera Satria’, ‘Putera Sungai Bun Bun’ and ‘Putera Kuala Lawas’.

The Sarawak contingent has entered all events, namely the 10- paddler, 15-paddler, 20-paddler, 25- padder and 30-padder categories as well as the 30-peddler marathon.

Sarawak tribune oleh Adeng Idrus
Monday, 02 August 2010 11:56