Punang dan Kuala Lawas pasukan pilihan dari Lawas
Selepas semusim berlalu, Sungai Limbang dengan arusnya yang kuat serta membelah daratan antara bandar dan Kampung melayu tempatan akan kembali berkocak serta bergelora mulai 22 hingga 24 Oktober 2010.
Ini kerana di Sungai ini, akan berlaku pertarungan yang dijangka sengit bagi menentukan Sang Juara atau Juara Sungai pada edisi Pesta Limbang 2010 kali ini.
Juara Sungai musim lalu, pasukan dari Negara Brunei sudah pasti berusaha mempertahankan kejuaraan sekali gus menambah koleksi kemenangan secara berturut-turut, namun ia bukan tugas yang mudah kerana semua pasukan akan turut bersaing kali ini.
Pasukan Kuala Lawas |
Salah sebuah pasukan yang begitu bersungguh-sungguh untuk menamatkan kemarau kemenangan pada kali ini adalah pasukan PUTERA dari Kuala Lawas yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Juara Batang Lawas tetapi belum pernah mendapat tahta sebagai Juara Batang Limbang.
Namun, pada masa itu pasukan tersebut bukan menggunakan nama Kuala Lawas tetapi atas nama Putera yang bukan hanya menyertai banyak acara tetapi muncul sebagai pasukan yang warna-warni dengan jersi yang beranika, banner yang bertata, dan punya penyokong yang berkota.
Ketua Kontinjen, Awang Damit Ali Hassan adalah seorang yang innovatif lagi aktif. Kali ini mereka turun dengan satu kayuhan yang dinamik dan bentuk dan saiz pengayuh yang unik. Mereka bukan hanya ingin merangkul banyak piala tetapi juga akan membawa satu perubahan dan hiburan kepada penonton.
Apa tidaknya, Pasukan mereka telah menjalani latihan selama 2 bulan dan sebelum ini turut menghantar perserta ke Regatta Brunei bersempana dengan sambutan Keputeraan Sultan Brunei. Mereka menduduiki tempat kedua dalam acara Marathon.
Pasukan Punang |
Walaubagaimanapun, Punang Gemilang mempunyai semangat serta nyanyian “inilah pasukan kita’ yang kosisten sejak mereka menjuarai Raja Batang Limbang pada tahun 2007. Semangat yang sama juga yang membawa pasukan mereka sebagai pekayuh terbaik pasukan Sri Lawas semasa Regatta Sarawak pada tahun 2008. Mereka berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik seluruh Negeri Sarawak setelah berjaya ke final.
Pekayuh Punang Gemilang hanya memulakan latihan sebulan yang lalu tetapi lebih focus kepada acara marathon dan Raja Batang Limbang. Mereka tidak menyertai acara-acara yang mereka kurang mempunyai rekod cemerlang.
'Boleh dikatakan hampir majoriti ahli pasukan terdiri daripada anggota-anggota lama yang sentiasa bersama setiap kali kejohanan berlangsung di samping satu atau dua muka-muka' Kata Ketua Kontinjen, Bob Lair yang sedang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Posted by Lawasian
on Rabu, Oktober 20, 2010.
Filed under
Feature,
Pilihan Editor,
Regatta
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
Tiada ulasan: