Kesan buruk kepada rakyat jika BN hilang kuasa memerintah: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.Perdana Menteri berkata oleh itu rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.
Dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Keenam sempena ulang tahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20, di sini malam kelmarin, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana hasrat YBK untuk mendirikan kampus Universiti Tek-nologi Mara (UiTM) di Se-rendah ditolak oleh kerajaan negeri Selangor atas alasan yang tidak munasabah.
“Impian saya nak lihat di Serendah, tapak YBK itu tetap dibangunkan, kalaupun bukan UiTM, boleh dimajukan untuk bantu orang miskin. Ini akan terjadi hanya jika Selangor dipimpin semula oleh Barisan Nasional, ini akan menjadi kenyataan”, katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk pembatalan cadangan pembinaan kampus UiTM oleh YBK di Serendah, Rawang awal tahun ini yang disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang enggan meluluskan tapak, dan ekoran pembatalan itu kampus tersebut dipindahkan ke Jasin, Melaka.
Sementara itu Najib berkata, kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengabaikan golongan miskin dan golongan kurang bernasib baik meskipun pelba-gai program trasformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) diperkenalkan. — Bernama
“Kita sentiasa meneliti apa yang dilakukan kini. Setiap gagasan kerajaan kita tidak lupa memasukkan aspek keperihatinan terhadap kategori miskin dan kurang bernasib baik,” katanya. — Bernama / October 2, 2010, Saturday
Lebih buruk lg BN terus memerintah... bukan jet pejuang, malah silap2 penduduk malaysia akan dijual seorang demi seorang. Tengok lah kemajuan di Lawas, yg penting sekali AIR pun sampai sekarang tak settle lg.. Adakah patut thn 2011 msh byk pduduk lawas tak ada bekalan air bersih.. d manakah kepimpinan mereka
BalasPadamAni lagi satu, nda baca berita.....masalah air atu sebab tuan empunya tanah nda banarkan tanahnya dipakai buat pembinaan tali air padahal sudah pun dibayar pampasan tapi masih jua kan menghalang kerja2 pembinaan....rumah pekerja dibakar,peralatan binaan dirosakkan malah pekerja binaan diacungkan senapang.....sapa jua nda takut.....jangan salahkan kerajaan...Mau perubahan minda kitani urang Lawas kene berubah...Kalau nda sebab BN inda anak cucu cicit tani karang ani sanang...Yang penting mau berubah,belajar smpai ke U....
BalasPadamDasar orang yang sombong tulin memang sukang membantah dan komplen tanpa usul periksa. Semua perkara menjadi isu dia sedangkan masalah sebenar itu sahih. Lawas adalah lebih maju dibanding dengan kebanyakkan bandar sebesar Lawas di Semananjung.
BalasPadam