Kemarahan Datu Len Taliff salah tempat.
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Datu Len Taliff Salleh tersilap langkah apabila beliau membidas bank-bank kerana tidak menyokong pemeliharaan alam flora dan fauna.
Sepatutnya beliau mengarahkan kemarahan kepada syarikat-syarikat yang terlibat terus dalam pemusnahan alam sekitar dan habitat hidupan liar. Sepatutnya pihak syarikat pembalakan dan perladangan wajib menyumbang kepada usaha pemuliharaan serta konservasi, bukannya bank atau orang awam.
Syarikat pembalakan atau perladangan adalah kumpulan yang sebenarnya bertanggungjawab memusnahkan kehidupan flora dan fauna di negara ini. Justeru, merekalah yang dipertanggungjawabkan termasuk STIDC sekali.
Kenapa perlu mengaitkan bank dalam isu ini sedangkan bank telah, terus menerus melakukan banyak kerja amal atau sosial di bawah tanggungjawab sosial korporat di negara ini. Sebagai rekod, sebuah bank tempatan memperuntukkan sebanyak RM12.00 juta pada tahun 2009 untuk program 'Corporate Social Responsibility'.
Pihak bank bukan tidak mahu membantu tetapi biarlah tugas memelihara hutang dan Urang utan digalas oleh mereka yang mendapat keuntungan diatas kemusnahan habitat ini.
Datu haji Len Salleh memegang 3 jawatan penting, iaitu sebagai Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber, jawatan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Pengarah Eksekutif sekaligus bertindak sebagai Pengarah SFC
Berikut adalah lapuran Borneo Post oleh Johnson K Saai pada August 17, 2010
Kerajaan negeri terkilan dengan sikap bank-bank tempatan di negeri ini yang disifatkan ‘liat’ memberi sumbangan atau sokongan ke-pada program pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar khasnya orang utan.
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber yang juga Pengarah Urusan Sara-wak Forestry Corporation (SFC) Datu Len Talif Salleh berkata tidak ada satu pun bank-bank yang beroperasi di negeri ini mahu menyumbang bagi tujuan tersebut.
Len berkata inisiatif untuk menjalinkan kerjasama bagi tujuan itu dengan bank-bank tempatan termasuk beberapa bank antarabangsa sejak lebih dua tahun lalu semuanya me-nemui jalan buntu.
Beliau memberitahu kementerian menerusi beberapa agensi di bawahnya termasuk SFC cuba mendapatkan sokongan serta bantuan daripada bank-bank tempatan dan jumlah sumbangan tidak ditetapkan bergantung kepada keikhlasan institusi-institusi berkenaan.
Bagaimanapun katanya, jelas bank-bank tempatan termasuk beberapa bank antarabangsa yang didekati tidak berminat atau tiada komitmen untuk menjadi sebahagian daripada progran konservasi hidupan liar.
“Saya boleh katakan di sini bahawa bank adalah kumpulan korporat yang paling ‘lokek’ apabila berkata mengenai penajaan… saya berani katakan begitu.
“Bank-bank ini lantang bercakap mengenai standard bank dunia dan sebagainya dan sering mahu dilihat sebagai hijau serta mesra alam tetapi apabila bercakap mengenai wang atau kewangan mereka adalah kumpulan kor-porat yang sangat kedekut. “Alasan lazim mereka berikan ialah tiada bajet,” ujarnya pada sidang media semalam.
Pada masa yang sama, New Sarawak Tribune membawa isu yang sama.
KUCHING: Banks lackadaisical attitude towards efforts to protect and conserve orangutans in Sarawak has upset the state government. The Ministry of Planning and Resource Management deputy permanent secretary Datu Len Talif Salleh yesterday lamented that banks turned out to be the stingiest among corporate bodies towards such a noble cause.
He revealed that several corporate organisations had responded positively towards the Orangutan Adoption Programme launched in 2009, but none came from the banking sector.
“We have written to several banks over the past two years, requesting them to contribute in one way or another, but surprisingly the most common answer we get from all the banks was that they don’t have the budget for it.
“This really upsets us because not even one of them came forward to contribute although by right banks are supposed to have the money for corporate social responsibility (CSR) programmes,” he said.
Tiada ulasan: