Pemandu dari Kuala Lawas & Punang terlibat dalam Kemalangan



REMUK…Kenderaan yang dinaiki oleh keempat-empat mangsa.

KENINGAU: Rusa dan lori bertembung di Kilometer 3 Jalan Keningau-Tenom.

Empat termasuk dua beranak maut manakala tiga cedera termasuk seorang cedera parah dalam kemalangan, apabila sebuah kenderaan Perodua Rusa dan lori ikan muatan tiga tan bertembung di Kilometer 3 Jalan Keningau-Tenom berhampiran Kampung Kuaran, di sini, tengah hari kelmarin.

Kjadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari. Mereka yang terbunuh pemandu Perodua Rusa, Victor Banagua, 50, anak lelakinya Brandon Banagua, 14, anak saudaranya yang juga seorang pelajar tingkatan tiga, Dreitzmer Soberano, 16, serta rakannya, Paidin Sanin, 54.

Tiga yang cedera pemandu lori berkenaan Karim Osman, 43, cedera parah patah kedua-dua kaki, sementara dua kelindan lori berkenaan Mohd Azmir Dullah, 21, dan Rosli Taha, 37, hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Keningau.

Difahamkan, ketika kejadian sebuah lori Isuzu dari arah Tenom menuju ke Keningau dipercayai dari Lawas mahu mengambil ikan di Kudat, namun sebaik tiba di lokasi kejadian lori berkenaan bertembung dengan kereta Perodua Rusa dari arah Keningau menuju ke Tenom.

Akibat kejadian itu, semua lelaki yang menaiki kenderaan Perodua Rusa yang berusia antara 14 tahun hingga 54 tahun, termasuk pemandunya, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zahari Mohamed, berkata Paidin, seorang petani berasal dari Kampung Karanaan Sook, Victor dan Brandon berasal dari kampung Susulat Sook dan Breitzmar dari Kilang Getah Batu 27 di sini.

Katanya, pemandu lori yang berumur 43, beralamat Kg. Batu Kuala Lawas Sarawak, cedera parah dan dua penumpangnya masing-masing berumur 37 dan 21 tahun beralamat Kg. Batu Kuala Lawas Sarawak dan Kg. Punang Sarawak cedera ringan dirawat di Hospital Keningau.

Zahari memberitahu van yang membawa empat penumpang termasuk pemandu bergerak dari arah Keningau menuju ke Tenom

Katanya, tiba di kilometer tiga berhampiran Kampung Kauran di sini, van tersebut hilang kawalan dan telah memasuki ke lorong sebelah kanan lalu berlanggar dengan lori tiga tan yang bergerak dari arah Tenom.

Zahari memberitahu seorang saksi awam mengatakan van tersebut yang dipercaya dipandu laju hilang kawalan dan telah masuk ke lorong lori lalu melanggar lori tersebut.

Menurutnya, keempat-empat yang mati di tempat kejadian telah dihantar ke hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/11/22/empat-maut-tiga-cedera/#ixzz1ej3rd1l3
Empat maut, tiga cedera by Johan aziz. Posted on November 22, 2011, Tuesday

Posted by Lawasian on Selasa, November 22, 2011. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: