Rakyat perlu ubah minda, pemikiran selaras perkembangan sekitar

SARIKEI: Rakyat perlu berubah dari segi persepsi minda dan gabungan usaha yang mantap dengan memanfaatkan perkembangan pembangunan sekitar, untuk mendapatkan hasil yang positif.

TANDA KENANGAN: Majlis penyampaian cenceramata kepada Taib oleh wakil ketua-ketua masyarakat di bahagian Sarikei yang diketuai oleh Temenggung Julia Olia (tiga, kanan).

Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, orang yang sentiasa memberikan komen yang negatif kepada usaha orang lain dalam menjalankan sesuatu pembangunan demi kepentingan bersama merupakan satu penyakit utama kepada masyarakat pada masa ini.

“Ini semua adalah kerana golongan ini tidak faham, cetek minda dan tidak terbuka pemikirannnya serta sentiasa berada di takuk lama sahaja dan tidak mahu berubah selaras dengan perkembangan semasa yang berlaku di persekitarannya,” katanya.

“Jika kita mahu berkembang dan membangun bersama, apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan usaha, ubah pemikiran serta mengguna dan memanfaatkan segala kemudahan yang berlaku di persekitaran kita sebagai landasan untuk maju dan mempertingkatkan diri kita.

“Sikap dengki dan iri hati pada kemajuan orang lain tidak akan membawa per-kembangan yang positif kepada kita, sebaliknya ia akan memberikan impak yang negatif kepada semua pihak,” kata Taib lagi.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak 2011 bagi bahagian Sarikei, bertempat di Dewan Suarah Sarikei, semalam.

Katanya, dalam menggerakkan matlamat untuk membangun bersama, usaha ketua masyarakat dan ketua kampung amat diperlukan bagi menyampaikan dasar-dasar pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan hingga ke peringkat akar umbi, secara terperinci serta difahami dengan lebih mendalam matlamatnya oleh masyarakat.

“Pemilihan Tanjung Manis sebagai kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan industri hub halal akan banyak memberikan faedah kepada semua masyarakat dan negeri ini dari pelbagai aspek.

“Kepelbagaian perkembangan dan kegiatan ekonomi yang berlaku di persekitaran Tanjung Manis memberi satu laluan yang amat bermakna bagi memajukan lagi kawasan dan memberi peluang dan ruang kepada semua orang untuk bersaing dalam bentuk positif dalam merebut peluang yang wujud dari pembangunan yang berlaku di kawasan terbabit,” katanya.

Oleh itu katanya, masyara-kat harus berani berubah serta bersedia bersaing dan menggunakan segala kemudahan yang ada di persekitarannya untuk mempertingkatkan sosioekonomi diri dan ke-luarga agar tidak terus berada di takuk lama iaitu tiada kemajuan diri.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ke-tua Menteri, Datuk Petinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nasar, Penasihat Khas Di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak Dato Sri William Mawan Ikom, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Seramai 514 peserta terdiri daripada pemimpin masyara-kat dan jabatan mengambil bahagian dalam seminar bagi bahagian Sarikei yang merangkumi daerah Pakan, Meradong dan Julau.

Posted on January 25, 2011, Tuesday

Posted by Lawasian on Selasa, Januari 25, 2011. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: