Golongan miskin perlu berusaha


Dasar untuk basmi kemiskinan tidak akan sempurna tanpa kerjasama golongan terlibat

KUCHING: Dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk membasmi kadar kemiskinan di negeri ini tidak akan sempurna tanpa mendapat kerjasama daripada golongan terlibat.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata golongan miskin amnya, perlu berusaha sendiri untuk meningkatkan taraf hidup melalui inisiatif-inisiatif yang disediakan kerajaan.

“Kita mahu penglibatan golongan miskin sen-diri supaya bersemangat tinggi dan berusaha untuk memastikan anda serta anak-anak dapat keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau menegaskan de-mikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Program Mensejahterakan Rakyat anjuran bersama Pertubuhan Untuk Masyara-kat Miskin Bandar Kuching (SKUP) dan Jawatankuasa Ehsan Sarawak (JES) di Kampung Sinar Budi Baru, Desa Wira, Batu Kawa dekat sini semalam.

Menurut beliau, pelbagai usaha telah dilaksanakan kerajaan untuk membantu dan membolehkan golongan miskin mengecapi kehidupan yang lebih baik, seperti bantuan persekolahan, e-Kasih, latihan kemahiran, bantuan rumah dan sebagainya.

Justeru, merujuk program e-Kasih, Fatimah menyarankan kepada golongan yang tidak berkemampuan dan belum berdaftar supaya tampil mendaftar ke Pejabat Daerah masing-masing.

Selain itu, beliau turut menekankan agar keluarga miskin tidak mengabaikan kepentingan persekolahan anak-anak mereka, pada ketika kerajaan menyediakan pelbagai bantuan seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Katanya, bagi KWAPM 2011, kelonggaran akan diberikan kepada murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam daripada keluarga miskin.

Jelasnya, walaupun keluarga murid berkenaan tidak tersenarai dalam e-Kasih, mereka masih boleh memohon bantuan KWAPM melalui sekolah.

“Saya mahu menasihati penerima-penerima bantuan agar memastikan anak-anak tidak tercicir daripada sistem persekolahan.

“Dengan pengetahuan dan kelayakan yang sesuai, lebih mudah untuk mendapat pekerjaan dan memboleh-kan mereka mengecapi kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Fatimah berkata kerajaan akan terus mengiktiraf sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti SKUP dalam usaha melaksanakan pelbagai aktiviti secara sukarela bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

SKUP, setakat ini telah membantu membekalkan makanan kepada seramai lebih 300 keluarga miskin setiap hari di enam lokasi di bandar Kuching.

“Oleh itu, saya memohon kepada individu mahupun syarikat korporat tampil memberi bantuan dan sumbangan dana kepada SKUP supaya usaha-usaha murni mereka membantu rakyat miskin dapat diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, penubuhan JES, Pejabat Ketua Menteri juga bertujuan menyelaras, memudahkan dan memantau pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat oleh warga korporat, persatuan, individu dan agensi-agensi kerajaan di negeri ini.

Hadir sama ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Nege-ri (ADUN) Batu Kawa Tan Joo Phoi, Pengerusi SKUP Kapitan Peter Wong Hung Huang dan Penasihat SKUP Datuk Lily Yong.
Gambar Hiasan
by Nick Fletcher. Posted on January 25, 2011, Tuesday

Posted by Lawasian on Selasa, Januari 25, 2011. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: