Empangan bawa manfaat
KAPIT: Selepas Empangan Bakun, tiga lagi empangan dibina di Kapit iaitu di Murum, Pelagus dan Baleh, dan dianggarkan menelan belanja antara RM8 bilion dan RM11 bilion.
“Sekiranya Empangan Bakun mula beroperasi nanti, empang-an itu akan dapat menjana lebih daripada 1,000 megawatt tenaga elektrik. Dan ini akan membawa banyak kebaikan serta faedah kepada penduduk tempatan.
“Malah, Empangan Bakun juga berpotensi menarik lebih ramai pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri untuk datang ke Bakun dengan wujudnya banyak pulau-pulau kecil di sekitar kawasan empangan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sejiwa Senada Bahagian Kapit di sini, semalam.
Taib berkata, projek-projek pembangunan sedemikian me-rupakan usaha kerajaan untuk membantu mengubah serta me-ningkatkan taraf hidup rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.
“Dengan adanya projek hidroelektrik ini, saya berharap kehidupan rakyat di sini juga ber-ubah seiring dengan kemajuan yang datang.
“Rakyat perlu mengubah cara pemikiran untuk meningkatkan taraf kehidupan agar selaras de-ngan arus pembangunan yang diterima untuk mengelakkan rakyat terus tertinggal dalam cara kehidupan yang lama,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memuji kesepakatan serta semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Kapit dalam menjayakan program Sejiwa Senada pada kali ini.
“Saya melihat masyarakat di Kapit mempunyai hubungan yang erat dengan pemimpin me-reka serta kakitangan kerajaan.
“Ini merupakan satu contoh yang baik dan perlu dikekalkan bagi menjamin kemakmuran.
“Kerjasama yang baik di kalangan rakyat dengan pemimpin serta kakitangan kerajaan akan memudahkan lagi mereka melaksanakan polisi kerajaan dalam membantu rakyat serta membawa pembangunan,” katanya.
Beliau turut menasihati ibu bapa yang hadir supaya sentiasa mengutamakan pendidikan anak-anak mereka.
Katanya, melalui pendidikan anak-anak mereka mampu mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik pada ke-mudian hari.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemajuan Tanah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh Dato Sri Dr James Masing, Menteri Perumahan dan Pemba-ngunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timba-lan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Muda Pelanco-ngan dan Warisan Datuk Talib Zulpilip, ADUN Pelagus Larry Sng, ADUN Belaga Liwan Lagang, ADUN Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ahli Parlimen Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo.
PENGHARGAAN DARI KAPIT: Taib menerima cenderamata daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Kapit, semalam. Turut kelihatan ialah (dari kiri) Abang Johari, Jabu, Blikau dan Masing.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata Empangan Murum sudah mula dibina manakala Empangan Baleh dan Pelagus masih dalam perancangan.
by Pauline Kayan. Posted on December 19, 2010, Sunday
Tiada ulasan: