Program Angkasawan diteruskan

Tidak disentuh oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2011 tidak bermakna ia dibatalkan, kata Fadillah

KUCHING: Program Angkasawan Kedua Negara yang tidak disentuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa meng-umumkan Bajet 2011 tidak bermakna ia dibatalkan, sebaliknya akan diteruskan pada masa akan datang.



Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata program tersebut memfokuskan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang anta-ranya untuk merapatkan jurang antara wilayah dan ke-sejahteraan masyarakat untuk membangunkan ekonomi ke tahap lebih tinggi.

“Ia (peruntukan) memang tidak masuk secara spesifik, sebab fokus dua tahun per-tama kita ialah pada NKRA.

“Dalam tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), bila ekonomi bertambah baik kita harap dapat meneruskan program Angkasawan Kedua ini… tetapi yang penting program pembangunan kajian berkait-an angkasa akan terus dijalan-kan,” katanya.

Fadillah ditemui selepas menyempurnakan upacara pelepasan sebanyak 20 bot penambang, 20 teksi dan 10 van sewa sempena Karnival Malaysia Inovatif Zon Sara-wak di Tebingan Kuching, di sini semalam.

Menurut beliau, karnival tersebut sudah diadakan di zon utara (Perlis), Sabah, pantai timur (Kelantan) dan kini di Sarawak, sebelum diteruskan di Melaka serta penutupnya bagi peringkat kebangsaan iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Katanya, program seumpama itu adalah untuk mengge-rakkan semua golongan ma-syarakat serta memberi kesedaran kepentingan inovasi untuk meneruskan kecemerla-ngan negara dan masyarakat.

“Program seumpama ini adalah untuk memberi kesedaran, menggerakkan dan memberi peluang kepada masyarakat kita yang kreatif dan inovatif supaya dapat menunjukkan bakat dan krea-tiviti mereka kepada masya-rakat umum.

“Di samping itu, kita juga dapat membantu menghubungkan mereka dengan pasaran, memperkenalkan produk dan khidmat me-reka,” katanya.

Sementara itu, bagi Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak, Fadillah berharap ia dapat menarik penglibatan masyarakat keseluruhannya, dengan mensasarkan seba-nyak 20,000 penyertaan.

Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak akan diadakan pada 23 dan 24 Oktober di Tebingan Kuching, Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan Kompleks Pelancongan Sarawak.

Majlis perasmian karnival tersebut pada 23 Oktober bermula jam 9 pagi dijangka di-sempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah malam kreativiti muzikal yang dijangka dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin, pertandingan inovasi, pertandingan membuat kek lapis terpanjang, pertandi-ngan ratu fesyen anggun inovatif, pertandingan bakat kreatif Sarawak, pameran produk inovasi, ceramah interaktif dan bengkel inovatif, cabaran Angkasawan 1Malaysia serta banyak lagi.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web www.malaysiainovatif.gov.my.

by Nick Fletcher. Posted on October 18, 2010, Monday

Gambar: MASYARAKAT BERINOVATIF: Fadillah bersama Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan Korporat Technology Park Malaysia Zainal Abidin Bakri menyempurnakan promosi Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak di Tebingan Kuching, semalam.

Posted by Lawasian on Isnin, Oktober 18, 2010. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: