Kuasailah bahasa ilmu, perdagangan
KUCHING: Generasi muda harus menguasai bahasa ilmu dan perdagangan yang lain agar dapat terlibat aktif dalam pelaksanaan politik pembangunan fasa kedua di negeri ini.RASMI SUDAH: Awang Tengah menekan papan kekunci komputer riba sebagai perasmian simbolik pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2010 di Kuching, semalam.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata gelombang ke-dua pembangunan Sarawak memerlukan rakyat yang mampu bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Menurutnya hanya mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dan daya kreati-viti cukup hebat dapat memainkan peranan besar memba-ngunkan negeri khasnya dan negara amnya.
“Bahasa komputer atau internet dan perdagangan antarabangsa banyak menggunakan bahasa Inggeris.
“Jadi dalam usaha kita hendak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dan menjadi pemain penting di peringkat global maka kita harus menguasai bahasa lain.
“Bagaimanapun jangan kita salah anggap, orang yang menguasai bahasa lain selain bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) tidak atau kurang patriotisme,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketia merasmikan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri 2010 di sini semalam. Beliau mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata usaha memartabatkan lagi bahasa kebangsaan perlu dilakukan agar ia relevan dengan perubahan semasa.
Beliau menambah seperti bahasa lain, bahasa Malaysia perlu bersifat dinamik dan berkembang bukannya statik jika tidak ia akan senasib bahasa Sanskrit yang tidak berkembang akhir-nya pupus ditelan zaman.
“Bagi mendinamikkan bahasa kebangsaan penyerapan bahasa antarabangsa lain seperti bahasa Inggeris serta dialek tempatan adalah perlu.
“Ini akan memastikannya te-rus berkembang, dinamik dan sentiasa relevan dalam apa jua perkembangan serta zaman.
“Pada masa sama ia memastikan bahasa kebangsaan dapat menjadi bahasa ilmu yang cukup berkesan,” ujarnya.
Mengenai BBK, beliau berharap dengan pelbagai program diadakan sepanjang berlangsungnya BBK akan dapat menjadikan bahasa kebangsaan bahasa pengantara bukan sahaja dalam Malaysia tetapi di rantau Asia.
Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap pengerusi jawatankuasa induk BBK Peringkat Negeri Sarawak 2010 Datuk Amar Mohd Morshidi Andul Ghani dalam ucapan aluannya berkata penganjuran BBK merupakan komitmen kerajaan negeri menguar-uarkan peranan serta fungsi bahasa kebangsaan.
“Bahasa kebangsaan adalah bahasa perpaduan dan lambang jati diri bangsa Malaysia yang merdeka.
“Pada masa sama ia memastikan masyarakat kita sentiasa sedar tanggungjawab bersama kita untuk mendahulu dan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap urusan rasmi,” katanya.
Beliau berkata sesuai dengan tema BBK tahun ini ‘1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara’ bagi memanifestasikan inti pati tema itu, pelbagai program dan kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan kesenian telah disusun serta dilaksanakan di seluruh negeri.
“Sambutan BBK tahun ini membuka lembaran baru dengan BBK turut diadakan di bahagian Samarahan, Sri Aman, Mukah dan Limbang.
“Tujuannya adalah untuk memastikan usaha membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan disertai pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini,” katanya.
Posted on October 2, 2010, Saturday
Posted by Lawasian
on Sabtu, Oktober 02, 2010.
Filed under
Feature,
Pendidikan
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
Tiada ulasan: