Format ETP Sarawak berbeza
S’wak perlu rangka ETP sendiri kerana keadaan negeri ini berbeza dengan SemenanjungKUCHING: Sarawak akan menggunakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan persekutuan tetapi pada format yang berbeza, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
JANA EKONOMI: (Dari kanan) Idris, Taib, Dr Chan, Jabu dan Morshidi menyempurnakan gimik pelancaran Hari Terbuka ETP di Hotel Four Points di Kuching, semalam.
Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka ETP di Hotel Four Points di sini semalam, beliau memberitahu Sarawak perlu merangka ETP sendiri namun memerlukan sokongan ETP kerajaan persekutuan.
Menurut beliau, format yang dirangka kerajaan persekutuan mungkin tidak sesuai digunakan di Sarawak berikutan keadaan negeri ini yang berbeza dengan Semenanjung, di mana penduduk tinggal secara bertaburan menye-babkan sukar untuk mem-bangunkan seluruh pelosok negeri ini.
“Maka itu, kita perlu merangka strategi berbeza dengan Semenanjung, malah Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) juga sama sekali berbeza dengan koridor yang lain.
“Namun (SCORE) bukan bermakna kita mahukan kelainan tetapi keadaannya yang berbeza dan kita mahu memanfaatkan sepenuhnya kepada potensi yang lebih baik,” katanya.
Taib menambah melalui pelaksanaan SCORE, aktiviti ekonomi di wilayah tengah dan keseluruhan bahagian negeri ini akan bertambah.
“Jika kita tidak memperkenalkan SCORE, Sibu mungkin akan kehilangan populasinya kerana potensi di sekitar kawasannya sukar untuk dibangunkan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata adalah amat sukar untuk meningkatkan pendapatan penduduk di Sarawak tanpa meningkatkan dan mema-dankan kemahiran mereka dengan industri tertentu.
Menurutnya, sejak tiga tahun lepas, kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk membangunkan modal insan dengan menyediakan latihan teknikal bagi meningkatkan kemahiran mereka.
Namun, katanya masalah yang dihadapi bagi memastikan usaha tersebut dijayakan dengan menyeluruh ialah kebanyakan sekolah luar bandar tidak mempunyai liputan internet.
“Tiada penembusan internet di kawasan luar bandar di negeri ini dan sejak tiga tahun lepas, kita telah mewujudkan syarikat untuk menyediakan teknologi WiFi di kawasan luar bandar.
“Tetapi kos penghubungan satelit terlalu mahal… maka kita telah mengambil alih perkhidmatan untuk kawa-san tanah rata dan di kawasan lebih terpencil yang terlindung oleh kawasan tanah tinggi, kita serahkan kepada kera-jaan persekutuan,” katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala berkata kerajaan akan menumpukan pada populasi luar bandar dalam melaksanakan ETP.
“Kita akan memastikan ETP, yang memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi akan merangkumi keseluruhan rakyat termasuk penduduk luar bandar,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) ber-kata format bagi program tersebut bagaimanapun berbeza untuk setiap negeri, dengan berdasarkan situasi dan keadaannya.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.
by Nick Fletcher. Posted on October 5, 2010, Tuesday
Posted by Lawasian
on Selasa, Oktober 05, 2010.
Filed under
Transformasi
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
Tiada ulasan: