‘Elak perang besar’

Apa akan terjadi kepada negara kita? Sudah ada usaha untuk menyisihkan orang Melayu dan hak-hak orang Melayu dengan mengubah/meminda perlembagaan. Kita khuatir Melayu tidak tidak dapat menahan sabar dan akan tercetus sesuatu yang tidak diingini.

Kalaulah DAP yang bertanggungjawab dalam hal ini, kita syorkan rakan mereka dalam PR iaitu PKR dan PAS menasihatkan DAP agar jangan bermain api. Kita doakan agar kerajaan dapat menangani isu ini dengan sewajar yang boleh.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan. Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat, katanya

MCA Tidak akan ganggu Hak Melayu
Walaubagaimanapun, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengulangi pendirian beliau bahawa parti itu tidak ada rancangan atau berminat menafikan hak masyarakat lain.

Bagaimanapun, beliau berkata, MCA mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi peranannya sebagai sebuah parti yang berasaskan kaum Cina yang terbesar dalam Barisan Nasional (BN), untuk terus menjadi relevan dalam masyarakat.

"Kita memang perakui bahawa Bumiputera hendaklah diberikan harga yang diutamakan dalam sektor ekonomi tertentu apabila ekonomi diliberalisasikan untuk tender terbuka.

"Untuk membolehkan Bumiputera bersaing dalam asas yang lebih saksama, kita mencadangkan bagi satu pengurangan secara perlahan-lahan sebanyak 30 peratus ekuiti dan memperkenalkan harga yang diutamakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesetiaan parti kepada BN janganlah dipersoalkan kerana ia telah melalui masa yang baik dan tidak baik ketika UMNO mengalami masalah.

Posted by Lawasian on Selasa, Ogos 17, 2010. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: