3 peniaga Melayu di batal lesen!!
Kita harap Ketua Menteri, Lim Guan Eng (LGE), menarik balik pembatalan lesen ini agar dapat meringankan kesangsaraan penduduk miskin Pualau Pinang. Peniaga ini tiada harapan lain selain berniaga di kawasan ini.Kita mohon, LGE janganlah menunjukkan kekerasan walaupun beliau konfident yang beliau akan menjadi Perdana Menteri pada PRU 13 nanti.
Sudah dua kali peniaga Melayu menerima nasib sebegini pada bulan Ramadan. Tahun lalu apabila peniaga di pasar Ramadan Jalan Pinang turut menerima nasib yang sama. Kita tidak fikir ia satu kebetulan. Ia bermula apabila peniaga Melayu dihalang berniaga di Komtar dan ia bukan melibatkan seorang peniaga tetapi kira-kira 100 peniaga Melayu. Melihat rentetan isu ini, orang Melayu seperti diperbodoh-bodohkan dengan sandiwara politik. Seperti biasa setiap kali membabitkan masalah peniaga Melayu, peniaga Melayu akan dipersalahkan seolah-olah orang Melayulah yang sengaja menindas diri mereka sendiri.
PULAU PINANG 14 Ogos - Tiga orang peniaga di Bazar Ramadan Jalan Penang di sini mendakwa menjadi mangsa dendam seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) apabila lesen perniagaan mereka dibatalkan di saat-saat akhir iaitu sehari sebelum Ramadan.
Menurut salah seorang peniaga terbabit, Aminul Haque Nazir Ahmad, 59, tindakan yang dikenakan terhadapnya dan dua lagi rakannya, Zainal Abidin Mydin, 44, dan Shairu Banu Abdul Latif, 48, dipercayai ada kaitan dengan satu kejadian baling kasut membabitkan seorang ahli majlis, tahun lalu.
Dakwa Aminul Haque, akibat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, ahli majlis tersebut dipercayai menggunakan kuasanya membatalkan lesen yang telah diluluskan MPPP kepada mereka bertiga untuk berniaga di bazar ramadan tersebut.
Katanya, alasan yang diberikan adalah ahli majlis itu tidak mahu mereka berniaga di situ ekoran tindakan mereka mengadakan demonstrasi pada tahun lalu yang telah memberi masalah kepada MPPP.
Tiada ulasan: