Wakil rakyat BN perlu manfaat Facebook

MIRI: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu me- manfaatkan laman sosial Face-book untuk berinteraksi de-ngan rakyat khususnya da- lam mendekati golongan muda.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, menerusi Facebook, mereka secara tidak langsung dapat berdialog dan mengetahui masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya, dalam era globali-sasi, wakil rakyat harus menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memudahkan mereka berko-munikasi dengan rakyat.

“Kalau pemimpin tidak tahu menggunakan Facebook, matilah…, kerana orang lain sudah menggunakan Facebook sedangkan kita masih pakai exercise book (buku latihan) atau buku tiga 5,” katanya.
“Walaupun tidak semua, namun pemimpin kita harus ada kesedaran menggunakan sepenuhnya Facebook, kita tiada pilihan. Sudah sampai masanya mereka melakukan transformasi demi kebaikan parti,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar berkata demikian semasa menyampaikan ceramah Pencapaian BN Sarawak dan Isu Utama Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak di Seminar Politik anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), petang semalam.
Hadir sama ialah Presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Setiausaha Penaja SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan wakil-wakil politik termasuk ahli politik veteran dari parti-parti komponen BN.

Mengulas lanjut, beliau berkata Facebook dapat dijadikan platform parti untuk menarik golongan muda memandangkan golongan inilah yang paling ramai menggunakan laman sosial itu pada masa kini.
“Mereka ini mempunyai pemikiran yang berbeza. Dalam hal ini, SUPP harus menggunakan apa sahaja mekanisme yang ada untuk menggalakkan pembabitan mereka dalam parti,” katanya.

Turut menyampaikan ceramah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Timbalan Presiden Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Presiden Parti Gerakan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.



March 21, 2010, Sunday - Borneo Post

Posted by Lawasian on Isnin, Mac 22, 2010. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: