Belanjawan Negeri 2012 mampu tingkatkan ekonomi

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan Belanjawan Negeri 2012 yang bakal beliau bentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini adalah belanjawan sihat untuk rakyat.

Beliau berkata keadaan ekonomi negeri yang begitu baik beberapa tahun kebelakangan ini, membolehkan semua kaum di negeri ini menikmati suasana iklim ekonomi yang baik.

“Kita dapat membayangkan Belanjawan Negeri 2012 yang bakal saya bentangkan pada Persidangan DUN esok (hari ini) adalah sihat untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Taib, keadaan ekonomi negara China dan India yang begitu baik boleh dijadikan contoh untuk meningkatkan ekonomi rakyat negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Belanjawan Negeri 2012 kali ini amat baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Saya percaya Belanjawan 2012 mampu terus meningkatkan ekonomi rakyat di samping mengukuhkan pendapatan negeri,” katanya ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Pra-Persidangan DUN di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, menteri-menteri kabinet negeri serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Taib berkata memandangkan keadaan ekonomi negeri yang stabil, kerajaan negeri mampu melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat.

Beliau menambah dengan Belanjawan 2012 kerajaan pusat yang banyak membantu rakyat negeri ini maka sudah pastinya kerajaan negeri akan turut melaksanakan dengan sebaiknya.

“Kita yakin Belanjawan Negeri 2012 akan terus memberi keyakinan kepada rakyat untuk bersamasama dengan kita (kerajaan) untuk mempertingkat ekonomi negeri,” katanya.

Mengenai cadangan Belanjawan Alternatif 2012 Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Taib berkata: “Sukar bagi saya untuk membuat komen. Tapi, rakyat lebih tahu agenda sebenar mereka.” Jumaat lalu, Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen yang memegang portfolio kewangan dalam kabinet bayangan pembangkang mencadangkan agar Belanjawan Alternatif 2012 Pakatan Rakyat (PR) Negeri diguna pakai pada Persidangan DUN ini.

Antara lain belanjawan yang diumumkan oleh pembangkang itu ialah menyentuh tentang peruntukan RM1 bilion khusus untuk Dayak dan meningkatkan dana pihak berkuasa tempatan daripada RM180 juta kepada RM450 juta.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM117 juta untuk memberi bonus RM600 kepada warga emas dari usia 60 tahun ke atas.

Di samping itu, pembangkang juga mahu RM10 juta masingmasing kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Cina serta Pertubuhan Dana Kebajikan Dayak bernilai RM100 juta.

Ketua Menteri berkata ekonomi negeri ini sudah begitu baik untuk semua kaum justeru kerajaan BN lebih memahami kehendak semua rakyat.

“Kita sememangnya tahu keperluan rakyat… justeru saya yakin Belanjawan Negeri 2012 mampu memenuhi hasrat semua rakyat negeri ini,” katanya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/11/14/belanjawan-sihat-110-untuk-rakyat-km/#ixzz1dikPT8op
by Wan Ali Amit. Posted on November 14, 2011, Monday

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
  1. Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
  2. Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.

Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen

600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi

Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
RM4.974 bilion untuk mengukuh dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri tahun depan

KUCHING: Sebanyak RM4.974 bilion diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet 2011 yang bertujuan memperkukuhkan pembangunan yang lebih seimbang dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri ini pada tahun depan.


Ketua Menteri Pehin Sri Taib Mahmud ketika membentangkan bajet itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam berkata bajet ini lebih cenderung kepada pemba-ngunan bagi merangsang aktiviti dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri.

Taib berkata, daripada jumlah peruntukan itu sebanyak RM3.63 bilion atau kira-kira 73 peratus untuk pembangunan dan RM1.344 bilion atau 27 peratus untuk perbelanjaan pengurusan.

Menurutnya, selain untuk merangsang aktiviti ekonomi negeri pada tahun depan, bajet ini juga bertujuan memberi peruntukan secukupnya bagi memastikan semua projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancar, ujar beliau.

Di samping itu bajet ini juga untuk memastikan rancangan jangka panjang penstrukturan ekonomi dan sosial serta peng-agihan pembangunan secara menyeluruh di negeri ini dapat dilaksanakan.

“Bajet 2011 cenderung kepada pembangunan untuk merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi negeri ini pada tahun depan,” katanya.

Semasa menekankan enam petunjuk dalam bajet ini, Taib juga terus memberi jaminan bahawa bajet negeri tahun depan akan kekal bajet surplus.

Katanya, ini bagi memastikan negeri ini memiliki kedudukan kewangan yang kukuh untuk menampung sebarang kemungkinan keperluan pembangunan.

“Bajet 2011 dijangka akan menyaksikan surplus RM60 juta,” katanya.

Petunjuk lain ialah untuk kepentingan pengagihan sumber pembangunan dan perkhidmatan yang sama rata kepada rakyat dan membuka peluang kepada pertumbuhan aktiviti produktif dalam sektor pengangkutan dan telekomunikasi, perdagangan dan industri serta pertanian dan pembangunan tanah.

Selain itu ia juga untuk memastikan pengurusan kewangan kerajaan negeri dilakukan secara efektif dan efisien, katanya.

Taib berkata, daripada jumlah bajet untuk pembangunan, RM1.737 bilion diperuntukkan kepada sektor pembangunan seperti industri dan kewangan yang bertujuan melaksanakan projek-projek perindustrian serta memba-ngunkan program keusahawanan dan pelaburan.

Sektor pertanian mendapat peruntukan RM635 juta untuk membantu para penternak, nelayan dan petani di samping untuk melakukan penyelidikan pertanian dan perhutanan serta untuk keperluan sistem kumbahan dan pengairan.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM447 juta bagi tujuan menaik taraf serta membangunkan projek bekalan air bersih.

Manakala RM249 juta untuk sektor komunikasi dan pengangkutan, RM343 juta untuk pelaksanaan program di bawah pentadbiran negeri dan RM219 juta untuk pembangunan sosial dan perkhidmatan masyarakat termasuk perumahan, skim persaraan, serta kemudahan sukan dan rekreasi.

Selain daripada itu, kita masih mengharapkan lebih banyak peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk pelaksanaan projek-projek jalan dan menyediakan kemudahan untuk penduduk di luar bandar.

Taib berkata, pendapatan negeri ini tahun depan diunjurkan kepada RM3.904 bilion.

Beliau berkata, sektor minyak dan gas dijangka me-nyumbang RM1.629 bilion atau 42 peratus daripada jumlah itu.

Selain itu sektor perhutanan dijangka akan menyumbang sebanyak RM585 juta atau 15 peratus daripada unjuran hasil negeri itu kelak.

Selebihnya dijangka akan disumbang oleh hasil dari-pada pelbagai jenis cukai.

“Sebagai sebuah negeri yang membangun adalah penting untuk kita memberikan prio-riti yang lebih kepada sektor pembangunan, oleh itu 73 peratus daripada bajet 2011 akan diperuntukkan untuk sektor pembangunan.

“Peruntukkan bagi bajet 2011 bertujuan untuk me-rangsang kegiatan ekonomi negeri dan secara langsung menstabilkan keadaan eko-nomi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Bajet 2011 pada mesyuarat kedua sesi ke-16 Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.

Tambahnya lagi, bajet 2011 lebih kepada penstrukturan semula ekonomi dan sosial, dan pelan transformasi bagi memastikan seluruh pelosok negeri menikmati pembangunan yang sama rata.

Pelaksanaan bajet 2011 akan membuka lebih banyak pe-luang pekerjaan serta pelaburan dan seterusnya membantu mengurangkan jurang perbezaan pembangunan di bandar dan luar bandar.

Posted on November 2, 2010, Tuesday

Pic: SELESAI PEMBENTANGAN: Taib diserbu wartawan ketika meninggalkan pekarangan Dewan Undangan Negeri selepas menghadiri mesyuarat kedua sesi ke-16 Persidangan DUN, di Kuching semalam. — Gambar Bernama
Bajet 2011 tumpu usaha menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membentangkan Belanjawan 2011 berjumlah RM212 bilion yang menggariskan pelan strategi dan projek-projek utama ke arah mentransformasi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, beliau berkata, bajet ini memberi tumpuan kepada usaha “mentransformasi Malaysia, menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.”

Beliau menyifatkan bajet ini sebagai meletakkan “bata-bata pengmuktamad serta memahat paku-paku pelengkap sekali gus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ufuk negara maju,” yang tinggal sembilan tahun, dua bulan dan 17 hari lagi.

Bajet bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” itu memberi tumpuan kepada empat strategi utama iaitu Mendaya Kembali Pelaburan Swasta; Membangunkan Modal Insan; Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Bagi mendayakan kembali sektor pelaburan swasta, Najib berkata kerajaan akan mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Ke-10 akan dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion.

Kerajaan pula menyediakan RM1 bilion daripada Dana Mudahcara.

Antara PPP ialah projek-projek lebuh raya baru Lebuh raya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuh Raya Guthrie-Damansara, Lebuh Raya Damansara-Petaling Jaya, Lebuh Raya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuh Raya Sungai Dua-Juru dan Lebuh Raya Paroi-Senawang-KLIA,

Pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300 Megawatt di Kimanis, Sabah, untuk menambah kapasiti bekalan elektrik adalah untuk memenuhi permintaan semakin meningkat.

Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa di Kuantan, serta projek Academic Medical Centre dengan kerjasama John Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland melibatkan pelaburan swasta RM2 bilion.

Kerajaan juga, kata Najib, akan menggalakkan sektor swasta kembali memainkan peranan dalam ekonomi melalui beberapa projek strategik berimpak tinggi.

Ini termasuk projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bernilai RM26 bilion yang akan mula dilaksanakan tahun depan oleh 1Malaysia Development Berhad (1(MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala).

Juga di bawah Pembangunan Strategik Berimpak Tinggi, Najib mengumumkan satu lagi mercu tanda di ibu negara dinamakan Warisan Merdeka yang bakal mempunyai menara 100 tingkat di sini.

Katanya projek bersepadu bernilai RM5 bilion, akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, akan dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad.

Menara yang bakal menjadi kebanggaan negara menjelang 2020, selain Menara Kembar Petronas, dijangka siap pada 2015.

Beliau turut mengumumkan projek transit aliran ringan (MRT) di Greater KL berharga RM40 bilion, yang juga termasuk di bawah strategi tersebut, akan mula dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta dan dijangka siap menjelang 2020. Turut dilaksanakan tahun depan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar (1,072 hektar) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengandungi kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Belanjawan 2011 memperuntukkan RM162.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ia juga menggarisi strategi dan insentif bagi mencergaskan pasaran modal termasuk pasaran modal Islam dan mempergiatkan industri modal teroka.

Bagi mendayakan kembali pelaburan swasta, Najib berkata Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan memberi peluang kepada pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersil utama di bandar utama dalam negara.

“Bumiputera dapat melanggan dalam tabung pemilikan hartanah komersil kelas utama di Lembah Klang melalui skim pemilikan berkelompok,” katanya.

Katanya satu Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz bernilai RM1 bilion dan patuh syariah, akan dilancarkan oleh yayasan itu tahun ini.

Kerajaan juga akan melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun depan bagi merancakkan lagi aktiviti pasaran modal.

“Dana ini akan memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri,” katanya.

Najib juga mengumumkan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 bagi caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedia ada, diperluaskan meliputi caruman yang dibuat kepada Dana Pencen Swasta.

Di bawah strategi membangunkan modal insan, Perdana Menteri berkata Talent Corporation yang ditubuhkan awal tahun depan akan menggubal National Talent Blueprint (Kerangka Tindakan Bakat Nasional) dan membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

Najib juga berkata kerajaan akan memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti di mana sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing.

“Kementerian Pelajaran diperuntukkan RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru,” kata beliau.

Kerajaan akan memperkasa pendidikan awal, memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah, dan memperkasakan pengajian tinggi, mempergiatkan program latihan dan kemahiran.

Beliau mengumumkan Program Latihan 1Malaysia yang akan dilaksanakan mulai Januari akan datang dengan peruntukan RM500 juta.

Daripada jumlah itu, RM200 juta diperuntukkan untuk menjalankan latihan di sebelah malam dan di hujung minggu di pusat latihan terpilih seluruh negara seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara, Pusat Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian.

Najib juga menegaskan bahawa kerajaan komited untuk mempercepatkan proses tranformasi dengan melaksanakan projek dan program di bawah RMK-10, NKRA dan NKEA menerusi bajet ini.

Beliau berkata proses transformasi ini dilaksanakan secara holistik meliputi semua aspek ekonomi, sosial dan politik.

“Apa yang dirangka dan akan dilaksanakan ini merupakan visi bagi memenuhi aspirasi dan impian rakyat,” katanya sambil menambah “bajet ini telah mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia.”

“Pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini,” kata beliau.

Beliau berkata bajet ini “mendakap semangat dan realti pentadbiran terkini” yang mengangkat konsep 1Malaysia sebagai falsafah induk yang memandu hala tuju negara.

Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pula menjadi peta panduan.

“Enam NKRA, Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya pula membentuk kerangka kerja kepada arah tuju tersebut,” kata beliau dan menambah perinciannya sedang dan akan diterjemahkan melalui RMK-10. — Bernama
* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada tahun 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Kerajaan semak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2010 kepada tujuh INTI PATI BAJET 2011 peratus berbanding enam peratus sebelumnya.

* Pendapatan per kapita bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000.

* Pelaburan swasta berkembang 12.5 peratus kepada RM86 bilion.

* Pelaksanaan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion dalam pelaburan dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan.

* Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebagai “tipping point” untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta.

* Beberapa projek perkongsian awam-swasta (PPP) di bawah RMK-10 akan dilaksanakan pada 2011 melalui pelaburan swasta sebanyak RM12.5 bilion

* Academic Medical Centre, usahasama antara Academic Medical Centre Sdn Bhd dan Johns Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons Ireland, merupakan sebuah lagi projek PPP yang dikenal pasti dengan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

* Kerajaan bersedia menimbang pakej insentif yang menarik sebagai galakan untuk mereka yang melabur di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD).

* Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) akan mula dilaksanakan mulai 2011 dengan pelaburan swasta sebanyak RM40 bilion dan siap menjelang 2020.

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bercampur dengan anggaran kos sebanyak RM10 bilion, yang dijangka siap menjelang 2025. — Bernama