Delta Kuching, Gunung Kinabalu akan jadi Geopark Global
Keunikan kawasan Delta Kuching dan Gunung Kinabalu di Sabah bakal menjadi Geopark Global yang ke-dua dan ketiga di Malaysia, iaitu produk terbaharu dalam geosains negara.
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Datuk Yunus Abdul Razak berkata, Malaysia kini hanya mempunyai satu taman sedemikian yang turut mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), iaitu Geo-park Global Langkawi.
Bagaimanapun, kata beliau, pengiktirafan kepada Geopark Global Langkawi sahaja adalah tidak mencukupi dan kini jabatan melalui Kumpulan Teras Warisan Geologi sedang berusaha merealisasikan hasrat itu.
“Selepas Langawi kami mencadangkan untuk menjadikan Delta Kuching dan Gunung Kinabalu, Sabah sebagai Geopark Global kedua dan ketiga di Malaysia selepas Langkawi.
“Delta Kuching akan mendapat penarafan di peringkat negeri dan kebangsaan yang ke-mudian bakal mendapat pengisytiharan daripada UNESCO,” katanya berucap pada majlis perasmian Persidangan Geosains Kebangsaan 2012 Per- satuan Geologi Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, semalam.
Menurut Yunus, Langkawi diisytiharkan oleh ahli Jaringan Geopark Global oleh UNESCO sebagai Geopark Global Langkawi pada tahun 2007.
Geopark ialah satu konsep pembangunan yang memberikan perhatian kepada keseimbangan tiga komponen utama iaitu kepentingan pemuliharaan sumber asli, pembangunan infrastruktur untuk pelancong dan aktiviti yang menguntungkan masyarakat setempat.
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/24/delta-kuching-gunung-kinabalu-akan-jadi-geopark-global/#ixzz1yg6Bnt4f ...Posted on June 24, 2012, Sunday
Tiada ulasan: