Tinggalkan FELDA jika rasa tertipu
Tinggalkan Felda jika rasa ditipu
Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my
BERA 13 Mei - Para peneroka yang merasakan diri mereka tertipu dan menjadi mangsa penipuan oleh kerajaan dan Felda diminta segera meninggalkan tanah rancangan tersebut.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada gunanya mereka tinggal di tanah rancangan itu jika merasakan kehidupan mereka tidak pernah berubah dan terus dihimpit kemiskinan sehingga hari ini.
"Sila tulis surat dan keluar dari tanah rancangan Felda supaya ia boleh diisi orang lain kerana masih ramai yang berminat untuk menjadi peneroka.
"Mereka sanggup menjadi duri dalam daging masyarakat peneroka dan ejen anasir luar bagi mengkhianati perjuangan golongan itu serta kerajaan dalam memajukan tanah rancangan Felda," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Pemimpin Bersama Peneroka dan Penyerahan Wang Durian Runtuh di Dewan Orang Ramai Felda Mayam dekat sini hari ini.
Tiada ulasan: