Awang Tengah melawat pesakit kencing manis
LAWAS: Penghidap kencing manis, Sabtu Lamat menyifatkan kunjungan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ke hospital di sini, semalam sebagai ‘penawar di saat duka’ ketika bertarung dengan penyakit kronik itu.
Sabtu sebelum ini juga terpaksa membuat keputusan paling perit dalam hidupnya apabila kehilangan kaki kirinya akibat penyakit tersebut, selepas akur dengan nasihat doktor demi menyelamatkan nyawanya.
Beliau turut menerima masihat dan kata-kata semangat daripada Awang Tengah yang menyarankannya menjalani rawatan di Hospital Kota Kinabalu demi menyembuhkan penyakitnya itu.
“Hidup anda lebih penting kerana jangkitan boleh mengakibatkan kematian dan ingatlah tentang keluarga anda,” demikian kata-kata Awang Tengah sambil diiringi tangisan hiba Sabtu di Hospital Lawas semalam.
Turut sama ialah Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong serta Setiausaha Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Ba’ Kelalan, Willie Liau.
Selain Sabtu, Awang Tengah turut menziarahi pesakit-pesakit di wad perempuan, kanak-kanak, wad kecemasan dan pusat dialisis Lawas sebelum menghadiri mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari, Lawas.
Terdahulu beliau turut melawat keluarga Setiausaha Kerja Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Ba’ Kelalan, allahyarham Sohor Diris yang meninggal dunia hujung minggu lalu akibat serangan jantung dan kerosakan paru-paru.
Alahyarham Sohor juga merupakan seorang pekerja parti yang setia dan rajin serta sangat disukai oleh semua orang yang mengenalinya.
MESRA: Awang Tengah meluangkan masa melawat dan menenangkan Sabtu (kiri)sambil diiringi bersama Henry (tiga kiri) dan Willie Liau (dua kanan).
Kunjungan Awang Tengah penawar duka bagi pengidap pesakit kencing manis
Posted on May 3, 2011, Tuesday
Tiada ulasan: