Manifesto BN ringkas, padat
Elemen yang terkandung adalah teras perancangan memacu kemajuan negeri ini: Taib
SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) ringkas tetapi padat dengan kandungan mesej yang jelas kepada rakyat.
Katanya, elemen yang terkandung dalam manifesto berkenaan adalah teras kepada perancangan kerajaan dalam usaha memacu negeri ini ke arah pembangunan yang lebih maju.
“Mesej yang disampaikan menerusi manifesto ini ringkas tetapi mengandungi mesej yang jelas bagi menjamin masa depan rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan manifesto BN semalam.
Majlis pelancarannya telah diadakan di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) yang terletak di Jalan Jasmin di sini.
Menurut Taib, kerajaan mempunyai rekod baik sejak diberi mandat memerintah negeri dan ia tidak dapat ditandingi mana-mana parti politik di negara ini.
Hadir sama pada majlis pelancarannya ialah, isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka Dr Annuar Rapaee, calon BN DUN Dalat Datin Fatimah Abdullah, calon BN DUN Baleh Dato Sri James Masing dan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Dalam pada itu Fatimah memberitahu bahawa manifesto BN kali ini sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di negeri ini.
“Antara yang digariskan menerusi manifesto ini ialah… pada baris kelima iaitu menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.
“Ini amat penting dalam usaha menggerakkan negeri menuju ke tahap yang lebih maju dan sebab itu setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang cukup besar bagi memajukan sektor pendidikan,” ujar beliau.
Bagaimanapun, setiap usaha yang dilakukan hendaklah dilaksanakan secara berperingkat kerana negeri ini cukup luas untuk ditadbir.
Katanya, antara usaha kerajaan memajukan bidang pendidikan ialah menaik taraf bangunan serta kemudahan sekolah yang daif di seluruh negeri.
Manifesto setebal 30 muka surat itu menyenaraikan sembilan elemen yang menjadi teras kepada perjuangan BN pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. Antaranya:
* Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak.
* Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.
* Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.
* Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.
* Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.
* Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.
* Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.
* Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.
* Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.
LANCAR: Taib bersama (dari kiri) Awang Bemee, Fatimah, Masing, Dato Sri Wong Soon Koh dan Dr Annuar Rapaee ketika melancarkan manifesto BN di Sibu, semalam.
by Andy Sabang. Posted on April 8, 2011, Friday

Posted by Lawasian
on Sabtu, April 09, 2011.
Filed under
DUN2011,
Feature,
Pilihan Editor,
Politik
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
Tiada ulasan: