The Lost World of Lawas
Setelah berakhirnya Pesta Lawas dan program Sejiwa Senada, bandar Lawas kembali seperti sediakala. Hiruk-pikuk sudah tidak kedengaran lagi. Pelancung luar ataupun warga lawas yang bermastautin di luar kawasan daerah yang datang sudah beredar dengan penuh kenangan.
Sungai Lawas yang menjadi tumpuan utama semasa pesta kembali tenang dan hanya sekali-sekala dikocak oleh bot tambang. Jalanraya yang senantiasa sesak sepanjang pesta kembali lengang. Inilah gambaran Lawas yang terhimpit diantara Negeri Sabah dan Negara Brunei.
Inigin saya rakamkan bahawa ramai yang berkunjung ke bandar ini merasa terkejut dengan pembangunan yang ada. Seorang pengunjung dari Serian mengatakan Bandar Lawas mempunyai pembangunan yang 'tidak disangka' memandangkan dengan kedudukannya yang terpencil.
pengunjung dari Kuching pula menyamakan pembangunan bandar Lawas dengan Bandaraya Kuching terutama sekali tersergamnya Hotel Sri Malaysia, Indahnya Lawas Waterfront, Uniknya Panggung Udara dan cantiknya 'Padang Merdekanya'. Malah Tamu Lawas menyamai Pasar Mingguan Satok walaupun dengan skala yang kecil.
|
Sungai Lawas |
|
Hotel Sri Malaysia |
|
Sebahagian dari infra Lawas Waterfront |
|
Panggung Udara Lawas |
|
Bungapi Malam Pesta Lawas |
Posted by Lawasian
on Selasa, Februari 15, 2011.
Filed under
Feature,
Gallery,
Pilihan Editor,
Prasarana
.
You can follow any responses to this entry through the
RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
Harapan untuk daerah lawas agar pembangunan dari segi pelancongan akan dapat dinaiktaraf lagi supaya boleh menambah pendapatan peniaga-peniaga rezeki yang lebih.Dan juga dari segi kemudahan untuk penduduk-penduduk daerah dapat dinaik taraf dalan kehidupan yang lebih maju lagi dimasa yang akan datang. Kerja sama untuk semua lapisan amatlah diharapkan.Agar Lawas akan menjadi daerah yang lebih mambangun lagi.
BalasPadamrasanya baru 6 bulan sy meninggalkan kampung halaman setelah balik bercuti pada hari raya yang lepas,masa itu sy hanya sempat melihat Hotel Sri Malaysia yg hampir siap berdiri megah,kini bila sy layari 1Lawas.com ini sudah ada mercu tanda yang lain seperi Lawas Waterfront,panggung udara dan entah apa lagi pembangunan dan kemajuan bandar Lawas termasuk kampung halaman sy sendiri akan dapat sy lihat bila balik hari raya nanti.apa yang sy harapkan pembangunan dan kemajuan bandar Lawas mahupun kampung halaman sy itu nanti digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya serta kemajuan dan pembangunan ini akan dapat diagihkan kepada rakyat dengan seadilnya,kekayaan dan kemewahan yang diperolehi daripada pembangunan ini akan diagihkan kepada setiap golongan di Lawas, agar tidak ada yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin. ciptalah peluang kepada setiap golongan
BalasPadam