Gelanggang sukan di semua bahagian
KUCHING: Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) menimbang untuk membina gelanggang-gelangang sukan rakyat di seluruh negeri sebagai mendekati masyarakat pelbagai kaum melakukan aktiviti beriadah.
Menterinya, Dato Sri William Mawan Ikom berkata pembinaan gelanggang-gelanggang pelbagai jenis sukan di tempat letak kereta Dewan Suarah Kuching merupakan batu loncatan buat kerajaan membina gelanggang-gelanggang sukan yang sama di seluruh negeri.
“Ini adalah satu landasan untuk kita bagi mengumpul masyarakat terutamanya golongan generasi muda untuk menyertai pelbagai acara sukan yang disediakan menerusi kemudahan-kemudahan terbabit.
“Selain dapat berinteraksi antara satu sama lain, fasiliti ini dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat dengan mengadakan pelbagai majlis dan acara-acara sukan,” demikian menurut beliau kepada pihak media di sini semalam.
Mawan ditemui ketika mengadakan tinjauan projek pembinaan gelanggang-gelanggang sukan seperti futsal, badminton, bola tampar, sepak takraw dan bola keranjang di tempat letak kereta Dewan Suarah Kuching, semalam.
Hadir sama Presiden Persatuan Tenis Sarawak (SLTA), Datuk Patrick Liew, Ketua Penolong Setiausaha Tetap KPSU Hamdan Sarbini, Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim) Sarawak, Wan Zain Syed Mohdzar dan pegawai-pegawai kementerian terbabit.
Menurut Mawan, perasmian gelanggang-gelanggang sukan itu bakal disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Mac depan.
Beliau berkata pelbagai acara diadakan termasuk acara utama, Jom Berbasikal 2011 yang akan diadakan di gelanggang terbabit sempena perasmiannya nanti.
“Saya yakin gelanggang-gelanggang sukan terbabit mampu menjadi kemudahan sukan dan rekreasi terbaik kepada masyarakat kita di sini,” katanya.
TINJAU: Mawan dan Patrick (kanan) meninjau projek pembinaan gelanggang sukan di Kuching.
Kerajaan negeri timbang pembinaan gelanggang sukan di semua bahagian
Posted on February 15, 2011, Tuesday

Posted by Lawasian
on Selasa, Februari 15, 2011.
Filed under
Pembangunan,
Projek
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
Tiada ulasan: