Malaysia mampu bina jambatan hubungkan sempadan Brunei

LIMBANG 22 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan berkemampuan untuk membina jambatan menyeberangi Sungai Pandaruan bagi memudahkan lalu lintas antara sempadan Malaysia dan Brunei.

Beliau bagaimanapun berkata, dalam hal itu ia memerlukan perbincangan yang lebih khusus antara kedua-dua negara memandangkan ia membabitkan urusan sempadan negara jiran Brunei.

''Kita anggarkan jambatan tersebut tidak menelan kos yang begitu tinggi antara RM15 hingga RM20 juta. Jika kita mahu bina sendiri ada kemampuan untuk melaksanakannya," kata beliau berucap di Majlis Jamuan Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di sini malam ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan.

Masalah jambatan itu dibangkitkan oleh Awang Tengah memandangkan penduduk menghadapi masalah untuk menyeberangi sungai selebar 30 meter yang memisahkan Pandaruan, Limbang dan Temburong, Brunei yang hanya boleh dihubungi dengan feri.

Ini menyebabkan kesesakan teruk ketika hari Jumaat dan cuti umum memandangkan ramai rakyat Brunei yang bercuti ke Lawas.

Perkhidmatan feri tersebut dikendalikan secara kerjasama syarikat Malaysia dan Brunei secara bergilir-gilir dan kadar tambang yang dikenakan ialah RM10 untuk sehala bagi kereta.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin membidas pakatan pembangkang yang mahu merealisasikan janji dalam tempoh 100 hari memerintah.

''Contoh mereka ialah dalam 100 hari bentuk kerajaan, guru-guru akan dinaikkan gaji sebanyak RM500 sebulan. Kita ada 400,000 orang guru dan kerajaan akan menanggung kos lebih RM2 bilion setahun.

''Jika guru naik gaji, kakitangan lain juga mahukan gaji mereka dinaikkan dan ia akan menelan kos yang lebih besar dan ia akan merosakkan ekonomi negara," katanya lagi.

Posted by Lawasian on Sabtu, Disember 25, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

3 ulasan:

  1. utk projek lebuhraya ke, jambatan ke, cepat lulus, mengapa ya? tapi utk bina hospital utk kperluan harian rakyat dah bertahun2 tak lulus jgk. fikirlah masak2 org lawas? jgn masih diperbodoh2kan.

    BalasPadam
  2. Inilah orangyang bercakap buat andaian. Orang yang buat andaian memang pembohong. Hospital sudah lama lulus tetapi didapati tapak yang ada sekarang terlalu kecil. Kerajaan sedang mengenal pasti tapak yang baru. Besar kemungkinan dekak kampung Ladang. Orang yang menuduh tanpa fakta namanya membodohkan diri - bodoh sombong!

    BalasPadam
  3. Dari apa yang didengar kerajaan pusat telah menyediakan peruntukan untuk membina hospital baru lawas.Terpulanglah kerajaan negeri mencari tapak yang sesuai.Jadi apa lagi....kerajaan negeri kene cepat la bertindak.Jangan ambil masa lama untuk mencari tapaknya.Lawas masih luas bah......

    BalasPadam