Sub editor didakwa kerana buat lawak menyakitkan hati
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Seorang penyunting akhbar tempatan, Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen bersifat palsu pada Mac lepas.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dia didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu bertajuk “TNB to sue WWWF over earth hour” di laman web http:nose4news.wordpress.com dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(3)(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda sehingga RM50,000 dan penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Tiada ulasan: