Sambutan merdeka ke-53 catat sejarah
Ketua Negara |
Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet dan tetamu kenamaan mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
Semua lapisan Masyarakat |
Anak Merdeka |
Acara bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke stadium tersebut.
Satu Malaysia |
Menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) serta duta-duta asing adalah antara kenamaan lain yang turut hadir.
Perbarisan Kehormat |
Keunikan amat terserlah dengan penggunaan imej, kad serta penataan cahaya yang boleh disifatkan sebagai amat mengagumkan terutama ketika memberi mesej mengenai dasar-dasar terbaru kerajaan seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Pelan Transformasi Kerajaan.
Secara umumnya terdapat lapan segmen persembahan iaitu Gagasan 1Malaysia; Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10); NKRA; kreatif dan inovatif; Model Baru Ekonomi (MBE); kejayaan negara; kepantasan bertindak dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Pada setiap segmen ditonjolkan beberapa gerakan para peserta dengan digabungkan dengan koir, kumpulan bercerita berirama, imej, kad serta penataan cahaya.
Meskipun pada sambutan kali ini tidak ditonjolkan perarakan kelengkapan ketenteraan dan anggota keselamatan lain, persembahan oleh lebih 2,000 anggota tentera, polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak kurang hebatnya.Ini termasuk tempur tanpa senjata (TTS), gerakan anti pengganas serta kawat senyap.
Paling mencuri tumpuan ialah drama aksi terjunan dari Unit Lawan Keganasan yang cuba menyelamatkan tebusan menerusi segmen Kepantasan Bertindak.
Rais ketika ditemui selepas sambutan itu berkata, pihak kementerian amat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh semua peserta dalam menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
Tiada ulasan: