Awang Tengah lawat stesen tenaga hidro Beauharnois

KUCHING: Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua merangkap Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah melawat stesen tenaga hidro Beauharnois yang terletak kira-kira 40 kilometer di barat daya Montreal, Kanada pada Selasa lalu.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia mengadakan lawatan sempena menghadiri Kongres dan Pameran Air Sedunia Persatuan Air Antrabangsa (IWA) yang bermula dari 19 hingga 24 September 2010 di Montreal. Stesen tenaga hidroelektrik Beauharnois yang mempunyai kapasiti 1,903 megawatt (MW) dimiliki dan dioperasikan oleh Hydro-Quebec (kemudahan elektrik milik kerajaan negeri Wilayah Quebec) merupakan hidro terbesar di Quebec.

Apabila Robert-Bourassa memulakan projek pembinaan di Wilayah James-Bay, projek yang dibina melalui tiga peringkat di mana pembinaan bermula pada 1929 dan terakhir pada 1962, stesen tenaga Beauharnois merupakan yang terbesar di Quebec sehingga 1979.

Awang Tengah telah diberi taklimat oleh Penasihat Komunikasi Hydro-Quebec Guy Lavoie mengenai sistem operasi dan sejarah hidro.

Hadir sama isteri beliau, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Sylvester Entri dan Setiausaha Tetap Kementerian Ubaidillah Latip (kanan) dan Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Korporat (Sarawak Energy Berhad) Zuraimy Kushaili.


September 23, 2010, Thursday

Posted by Lawasian on Isnin, September 27, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: