Tsunami Kebangkitan DAP menghina Islam
Ahli Parlimen DAP kawasan Serdang, Teo Nie Ching memberi ucapan di Rumah Allah |
Tindakan Ahli Parlimen DAP kawasan Serdang, Teo Nie Ching masuk ke ruang solat sebuah surau di Kajang minggu lalu dan beberapa kejadian melibatkan umat Islam, menjadikan negara dalam keadaan hiruk-pikuk seolah-olah bermulanya tsunami untuk mencemarkan kemuliaan dan kesucian agama Islam.
Ramai, termasuk penulis, kurang pasti mengenai hukum-hakam memasuki rumah-rumah ibadat. Tetapi yang pasti seseorang mesti menghormati tempat beribadat dan mesti menghormati tatasusila berkunjung. Contohnya kalau pergi ke kuil Hindu, pelawat mesti membuka kasut dan masuk Masjid seseorang wanita mesti menutup aurat dan suci dari haid, kerana Masjid adalah rumah Allah.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, perkara seperti itu semakin membimbangkan dan umat Islam diingat agar berwaspada terhadap anasir yang mahu merosakkan negara melalui cara
Baru sahaja kita kecoh dengan kes nama Ketua Menteri Pulau Pinang disebut dalam khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, kemudian timbul pula kes simbah cat dan melempar botol arak di sebuah surau di Negeri Sembilan dan sekarang di Selangor pula. Kalau dilihat beberapa kes ini, seperti ada satu tsunami yang hendak merosakkan agama Islam.
Mantan Perdana Menter berkata "sebagai wakil rakyat atau pemimpin masyarakat mesti tahu agama, adat dan tatasusila sesuatu bangsa atau kaum, terutama sekali mengenai sensitiviti agama yang dianuti pelbagai kaum di negara ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan kebimbangannya dengan perbuatan menjemput orang bukan Islam ke dalam surau atau masjid untuk tujuan memberi ceramah serta menyampaikan bantuan di dalam rumah Allah, jelas menunjukkan ketaksuban mereka terhadap perjuangan politik.
Harussani bimbang, tindakan yang dilakukan itu akhirnya hanya akan memudaratkan institusi agama Islam dan masyarakat keseluruhannya. Katanya perbuatan yang sengaja mencemarkan Islam seperti ini sepatutnya dihentikan kerana orang kafir sentiasa mencari peluang untuk memburuk-burukkan Islam.
Kejadian itu menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau berkenaan.
Kita tidak tahu apa keadaan sebenar tetapi pegawai-pegawai masjid berkenaan harus bertanggungjawab jika ianya benar-benar mencemarkan ugama suci kita.
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.
Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya. Lelaki dan perempuan juga tidak dibenar mendedah aurat dalam rumah ibadat. Pegangan DAP masih lagi ideologi sosialis. Orang Islam tidak akan miskin jika DAP tidak beri bantuan dan sumbangan. Mereka sudah berkempen sampai dalam surau dan masjid untuk bertazkirah, memberi sumbangan dan meraih undi daripada orang Islam. Ingat, mereka ada agenda yang tersendiri. Jika orang Melayu tidak sokong DAP, nescaya DAP tidak akan boleh berkuasa. DAP hanya mahu kuasa melalui undi orang Melayu. Hari ini mereka akan berlakon baik, bila berkuasa nanti terserlahlah sikap sebenar DAP. Berhati-hatilah bangsaku. Apa yang Khmer Rouge buat pada orang Islam di Kemboja perlu diambil iktibar.
Lapuran Berita Harian 28 Ogos 2010
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berduka cita berikutan kejadian di Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lalu yang menyaksikan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memberi ucapan di situ.2010/08/28
Berikutan itu, baginda mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau berkenaan.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan media kepada Berita Harian, semalam berkata berikutan itu pihaknya akan menghantar surat amaran kepada Teo berikutan tindakannya memasuki ruang solat di Surau Al-Huda, untuk memberi tazkirah.
Katanya, MAIS sudah memanggil pengurusan surau berkenaan semalam untuk menjelaskan isu terbabit.
“Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat itu di dalam dewan solat surau, berlaku seperti dilaporkan.
Sebelum ini, pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.
Mohamad Adzib berkata, MAIS juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam selain menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata adalah menjadi tanggungjawab MAIS untuk menyiasat dan mengambil tindakan berkaitan perbuatan Ahli Parlimen Serdang itu.
“Kita serah kepada Majlis Agama Islam untuk ambil tindakan. Apa-apa tindakan, dia (MAIS) berkuasa penuh dalam tindakan ini. Kalau dia anggap bertentangan Islam dan sebagainya, kita minta ambil tindakan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam.
Oleh Rafidah Mat Ruzki/edisimingguan@bharian.com.my
Posted by Lawasian
on Jumaat, Ogos 27, 2010.
Filed under
Agama,
Breaking News,
Jenayah
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
Tiada ulasan: