Buku: World On Fire
Buku ini telahpun berada di pasaran seawal tahun 2004. Tesis utama yang dibawa oleh pengarangnya, Amy Chua adalah sistem demokrasi pasaran bebas yang dilaksanakan pada hari ini, khususnya di negara-negara kumpulan minoriti menjadi dominan , mampu mencetuskan ketegangan antara kumpulan minoriti dan majoriti. Sebagaimana yang pernah dihujahkan oleh Francis Fukuyama lewat karyanya The End Of History bahawa seakan-akan sistem kapitalisma-pasaran bebas akan menjadi sistem terakhir yang akan menjadi the order of the day, garapan Amy Chua sebaliknya mendedahkan keburukan yang akan berlaku di negara-negara yang mempunyai latar belakang seperti yang telah dijelaskan.Bermula daripada tragedi pembunuhan ibu saudaranya di tangan penduduk peribumi Filipina akibat rasa benci terhadap etnik minoriti Cina yang menguasai ekonomi di Filipina, Amy Chua terus cuba menampilkan beberapa pola yang sama di seluruh dunia. Beliau berjaya mendedahkan pola sama yang sedang berlaku di Indonesia, Bolivia, Rusia , Burma dan Rwanda. Apa yang perlu diambil iktibar adalah dalam latar belakang sosio ekonomi yang menyaksikan kaum minoriti, lazimnya kaum pendatang berjaya menguasai ekonomi dan menjadi dominan, kemungkinan akan tercetusnya pergaduhan kaum adalah satu faktor yang tidak boleh ditolak.
Tiada ulasan: