Banjir Besar Lawas 2009


Hujan lebat yang berterusan pada 6 Februari 2009 telah mengakibatkan 70% kawasan bandar Lawas ditenggelami air. Kawasan yang teruk terjejas adalah kawasan sepanjang tebingan sungai Lawas. Bekalan air telah terputus, manakala letrik terpaksa dimatikan demi keselamatan awam.

Keadaan banjir seperti ini juga pernah melanda Lawas sekitar Tahun 1976. Sekiranya hujan terus turun berlarutan, keadaan akan lebih teruk lagi akibat air pasang tinggi. Sekitar tengahari air telah beransur surut dan para mangsa terjejas telah mula membersih kawasan masing-masing.










Posted by Lawasian on Sabtu, Ogos 08, 2009. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: