KONSPIRASI PEMBUNUHAN MJ

Dia melupuskan banyak harta dia untuk kebajikan , dia berjuang untuk persamaan taraf orang Afrika di Amerika, mangsa AIDS, membenteras penyalahgunaan dadah, penguguran bayi, dan secara diam-diam menyalurkan kebanyakan hartanya untuk budak-budak miskin diseluruh dunia. Dia membuat Neverland dimana semua kanak dari semua bangsa atau keturunan boleh datang. Michael telah diketahui umum sebagai manusia yang paling penyayang.

Tetapi hanya satu kesilapannya yang akibatnya terlau berat untuk ditanggung. Pada pada tahun 1989, Michael mengemparkan dunia terutama orang kristian Amerika , "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."

Sejak itu, hidup MJ sudah mulai bergelodak. Propaganda memburukkan peribadinya mulai rancak ditakongtawakkan. Dia dituduh memperkosa kanak-kanak dan semua yang dia buat dianggap salah dimata media barat.Tujuan barat ialah supaya pengikut benci terhadapnya kerana dia sangat berpengaruh.

Dia berpindah dan beberapa tahun menatap di England kerana memerlukan motivasi dari kawan lamanya, Cats Steven (Yusuf Islam) dan bergaul dengan penulis lirik Zain Bhikha yang membantu pembuatan lirik lagu “GIVE THANKS TO ALLAH”

Akhirnya, dia balik ke Los Angeles dan pada November 2008 dia secara rasmi memeluk Islam dan sebulan kemudian dia menunaikan ibadah haji bersama Raja Bahrain.

Pada siding akhbar March 2009, MJ mengumumkan "Ini ada konsert saya yang terakhir… jumpa anda sekalian pada Julai...."

Sebenarnya MJ telah merancang untuk mengumumkan bahwa itu adalah pementasan terakhir baginya dan sekaligus akan mengumumkan dia akan hanya menyanyi bersama Yusuf Islam dan kawan dan pada penghujung pementasanya , MJ bercadang akan menyanyi "GIVE THANKS TO ALLAH" bersama Yusuf Islam. Itulah sebabnya mengapa beliau memilih London dan bukan USA untuk konsertnya yang terakhir. Dia sangkakan dia terlepas dari ancaman Amerika.

Pada 12.30am, 25 June 2009, selepas latihan konsert di rumahnya, dia memeluk pengurus nya dan berbisik, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..." (setelah 2 bulan berlatih, saya ahkirnya amat bersedia untuk konsert ini..) Sebelum ke kamar tidurnya, beliau melambai kepada penari-penarinya, "Selamat malam semua dan jumpa lagi esok..." Dan pada 2.26 pagi itu dia didapati meniggal.

Apabila dihubungi pihak kecemasan banyak soalan yang sengaja ditanya untuk melalaikan masa dan seolah-oleh mereka tidak tahu di mana rumah Michael Jackson. Lebih memeranjatkan, pihak hospital mangambil masa 2 bulan untuk mengumumkan keputusan autopsi beliau. Menghairankan, sedangkan Malaysia yang tidak semaju dan semoden Amerika boleh mengetahui keputusan dalam 2 minggu.

Menyedari sesuatu yang tidak kena, keluarga MJ mengarahkan autopsi berasingan yang keputusannya boleh didapati dalam 4 hari. Keputusannya – MJ telah di beri dadah yang berdos tinggi yang boleh mematikan denyutan jantung seseorang.

Ironinya, perut Michael didapati tidak mengandungi dadah tetapi darah beliau penuh dengan dadah – serupa kes kematian Marilyn Monroe. Doktor persendirian menjumpai banyak kesan jarum yang seolah-olah MJ dipaksa.

Seminggu selepas itu, Presiden Barack Obama semasa ditemurah berkata. "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."

Persoalannya mengapa harus Presiden Amerika menidakkan konspirasi sedangkan keputusan rasmi autopsy belum lagi dekeluarkan. Seolah-olah mereka takut kepada bayang-bayang sendiri.

MJ telah diketahui umum sebagai seoang yang kuat menentang penyalahgunaan dadah. Apa logiknya dia harus ketagih? Dan kalau dia mahu membunuh diri, mengapa dia berlatih bersungguh-sungguh pada malum itu?

Tidak semua manusia di dunia ini bodoh. Amerika boleh memperbodohkan kita tentang kematian Marilyn Monroe, Martin Luther King dan Puteri Diana. Tetapi dalam kematian MJ terlalu banyak persoalan yang belum terjawab.

Sehingga kematian beliaupun, keluarga mendapat ancaman dari laknat Amerika. Apabila keluarga Michael berniat acara pengkabumiannya dibuat secara Islam dengan bantuan Brotherhood of Islam, CIA mengancam Katherine, (emak MJ) akan kehilangan segala harta dan hak penjagaan cucu kepad Debbie Rowe.

Akhirnya CIA setuju MJ dikebumikan secara Islam dengan syarat dikebumikan secara senyap sehari sebelum pengkebumian rasmi dan pengkebumian rasmi ditunjukan kepada umum secara pengkebumian Kristian. Apa yang disiarkan secara langsung dari Staple Centre sebenarnya lakonan atau propaganda Amerika untuk menunjukan kepada dunia yang MJ dikebumikan secara kristian dan tidak pernah memeluk Islam. Itulah sebabnya mengapa keranda itu ditutup dan jenazah MJ tidak ditunjukkan. Keranada kosong!

Peristiwa ini berlaku sebab AS terlalu takut kepada bertambahnya penduduk muslim diseluruh dunia.Adakah AS akan gentar apabila rahsia konspirasi ini diketahui?

Posted by Lawasian on Khamis, Julai 30, 2009. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: