Pusat Latihan Islam di Lawas siap tahun ini

KUCHING: Pusat Latihan Islam (PLI) di Lawas akan siap sepenuhnya pada tahun ini dan dijangka akan mula ber-operasi tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata PLI yang dibina di atas tanah seluas 10.83 hektar di Lawas sudah 70 peratus siap.

Menurut beliau pembinaan PLI Lawas yang menelan belanja sekitar RM8 juta itu merupakan inisiatif kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk menye-diakan tempat latihan yang sempurna kepada masyarakat Islam.

“Di pusat latihan ini, pemimpin masyarakat yang terdiri daripada pendakwah dan sebagainya berpeluang untuk mendalami ilmu berkaitan keagamaan mereka dengan mengikuti program se-perti kursus jangka pendek yang ditawarkan.

“PLI ini juga merupakan antara pilihan terbaik para pelajar lepasan Sekolah Menengah untuk menyambung pengajian mereka dalam pengajian Islam,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) semalam.

Tambah beliau, PLI Lawas juga akan menjalankan sebahagian kursus yang dijalankan di PLI Kuching dan ia adalah lebih kepada program latihan penerapan nilai-nilai Islam.

Terdahulunya beliau dalam ucapanya juga memberitahu bahawa penubuhan IKMAS dan PLI akan dapat menjadi platform yang kukuh untuk golongan muda melanjutkan pengajian mereka dalam bidang yang diperlukan.

Justeru beliau mengharapkan agar kerjasama dapat dieratkan lagi bagi memastikan penubuhan IKMAS dan PLI dapat meningkatkan syiar Islam.

Beliau juga memberitahu kerajaan akan terus memastikan kehidupan rakyat di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak mendapat manfaat daripada program-program yang dijalankan.

“Manfaat ini bukan sekadar dari sudut pembangunan fizikal malahan pemba-ngunan modal insan,” katanya.


Posted on July 13, 2010, Tuesday

Posted by Lawasian on Selasa, Julai 13, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

1 ulasan:

  1. salam...sekadar pandangan peribadi...pembinaan PLI di lawas adalah 1 usaha ke arah memajukan masyarakat ISlam di sarawak khususnya di lawas...dan ianya boleh diibaratkan sebgai satu wadah bagi masyarakat setempat untuk menimba sbrpa bnyak lg ilmu2 agama...jadi algkah bersyukurnya jika PLI ini di buka khas utk masyarakat setempat dari segi pengmbilan pljr mahupun kakitgn nya...ini kerana masyarakat lawas amat2 memrlukan PLI bg memastikan ank2 bgsanya mmpunyai didikan agama yg bertrusan dan mampu memimpin masyrakt Lawas mengikut acuan Islam yg sebenar...

    BalasPadam