Kerajaan akan siasat kaum Penan kahwin keluarga sendiri

KUCHING 14 Mei - Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri akan menyiasat secara menyeluruh mengenai kejadian sekumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan Ulu Baram dekat sini yang mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Menterinya, Datuk Fatimah Abdullah berkata, pihaknya tidak boleh menghakimi perbuatan masyarakat tersebut sebelum mendapat butiran fakta yang sebenar.

"Saya tidak boleh mengulas mengenai perkara tersebut sebelum mendapat maklumat yang terperinci.

"Kita juga akan memastikan sekiranya tindakan mereka itu didapati menyalahi undang-undang atau boleh menimbulkan permasalahan lain, kita juga akan berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya mengulas laporan akhbar tabloid tempatan yang baru-baru ini melaporkan kejadian di utara Sarawak mendapati kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang.

Posted by Lawasian on Selasa, Mei 15, 2012. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: