Awang Tengah kunjungi Gabenor Tamil Nadu

KUCHING: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan kunjungan hormat terhadap Gabenor Tamil Nadu K. Rosaiah di kediaman rasminya.

Datuk Amar Awang Tengah mengetuai rombongan delegasi seramai 70 orang termasuk menteri muda, ketua jabatan dan pihak swasta bagi lawatan ‘Sarawak Investment and Timber Selling Mission’ selama tiga hari.

Menurut kenyataan semalam beliau menyuarakan objektif dan misi untuk mendapatkan maklumat berkaitan industri balak dan pembinaan di India, selain mempromosikan kayu jenis baharu seperti papan lapis, papan gentian ketumpatan sederhana dan kayu bergergaji.

Turut menngiri beliau adalah Datuk Daud Abdul Rahman, Datuk Naroden Majais, Datu Len Talif Salleh, Julaihi Narawi dan Datuk Peter Nansian.

Turut hadir adalah Penasihat di Jabatan Ketua Menteri Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Industri Pembalakan Sarawak Datu Sarudu Hoklai dan Lembaga Pengurusan STIDC Prof Datuk Dr Yusuf Hadi.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/13/awang-tengah-kunjungi-gabenor-tamil-nadu/#ixzz1qEvQch4p

Posted by Lawasian on Selasa, Mac 13, 2012. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: