SUPP selar laman sosial dan blog yang memburukkan imej calon BN

MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr Goerge Chan menyelar tindakan se-setengah pihak yang menggunakan laman web sosial serta blog mereka sebagai medan untuk memburukkan imej calon pada pilihan raya negeri.

Beliau memberitahu, terdapat sesetengah pihak mempergunakan laman sosial untuk berkempen seterusnya memburukkan imej calon yang berpontensi dari komponen Barisan Nasional (BN).

“Kebanyakan laporan yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam blog adalah tidak benar malahan ia bukan cara terbaik untuk mereka menang dalam pilihan raya negeri,” kata-nya.

Beliau memberitahu bahawa kerajaan mempunyai pasukan untuk menolak semua kenyataan palsu dalam laman sesawang dan cubaan mereka untuk menjatuhkan imej calon BN adalah sia-sia dan membuang masa.

Dr Chan yang juga Tim-balan Ketua Menteri berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menyaksikan penyerahan projek menaik taraf jalan di 22 lokasi di sini semalam.

Menurut beliau, kerajaan tidak akan melayan semua dakyah palsu yang dipaparkan dalam laman sesawang sebaliknya akan membalas kenyataan itu dengan memperbetulkan fakta kepada rakyat.

“Hampir kesemua informasi yang dikeluarkan pihak tertentu dalam laman sesawang adalah tidak berasas dan palsu dan ia terpulang kepada rakyat untuk menilai laporan terbabit,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan akan turut padang dan memberi penjelasan yang tepat kepada rakyat supaya semua idealogi atau politik kotor yang diwujudkan sesetengah pihak dapat dikikis sepenuhnya.

“Kita tidak mahu membuang masa untuk menjawab semua pertuduhan dalam laman sosial, sebaliknya kita akan terus menyediakan pembangunan untuk rakyat dan biarlah rakyat sendiri yang membuat penilaian,” jelasnya.

Dr Chan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau turut mengecam pihak yang menyebarkan fitnah dan memperkecilkan usaha kerajaan untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

“Bagi mengelakkan rakyat daripada menjadi mangsa pembohongan pihak tidak bertanggungjawab, maka mereka disaran tidak terpengaruh dengan idealogi yang terdapat dalam laman sosial,” katanya.

“Kita tidak takut untuk menyatakan kebenaran dan sumbangan kerajaan BN kepada rakyat selama ini di peringkat akar umbi dan kita percaya rakyat sudah bijak membuat penilaian,” jelasnya.

Beliau juga percaya penduduk Miri sudah bijak menilai janji-janji palsu pembangkang dan yakin pembangkang tidak dapat menunaikan semua janji menjelang pilihan raya.

Posted on March 17, 2011, Thursday

Posted by Lawasian on Sabtu, Mac 19, 2011. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: