Sarawak pastikan BN memerintah

K’jaan harus syukuri jasa baik penduduk negeri ini dan hulur lebih banyak pembangunan: Shabery

BEKENU: Sarawak antara negeri yang paling berjasa dalam memastikan ke-rajaan Barisan Nasional (BN) terus mentadbir ne-gara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pada pilihan raya parlimen yang lepas, Sarawak dan Sabah telah menyumbang jasa yang besar berikutan ramai penduduk-nya mengundi kerajaan (calon BN).

Justeru katanya, kerajaan harus mensyukuri segala jasa baik yang telah diberikan oleh penduduk di negeri ini dengan menghulurkan lebih banyak pembangunan sebagai imbalan atau membalas jasa mereka.

“Oleh yang demikian, ba-nyak projek pembangunan telah diluluskan untuk Sara-wak dan Sabah sebagai mensyukuri dan membalas jasa baik mereka semasa pilihan raya yang lepas,” ujar beliau lanjut.

Shabery memberitahu demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan banjir kepada seramai 49 orang penerima dari Kampung Hunai di sini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Borhan Dollah, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lambir, Datuk Aidan Wing dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Mohd Salihin Kachon.

Dalam ucapan lanjutnya, Shabery turut menegaskan bahawa kerajaan yang baik adalah kerajaan prihatin, bertanggungjawab dan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan rakyat.

“Aspek keprihatinan yang membezakan mana satu kerajaan yang baik dan yang buruk. Justeru rakyat harus yakin bahawa kerajaan yang baik hanyalah kerajaan BN,” tegas beliau lanjut.

Sehubungan itu katanya, rakyat di negara ini harus sentiasa bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan aman di samping diterajui oleh sebuah kerajaan yang baik.


Gambar: Shabery menepung tawar seorang penduduk di Kampung Hunai sebelum menyerahkan bantuan banjir kepadanya.

Borneo Post: 5 Feb2010

Posted by Lawasian on Ahad, Februari 06, 2011. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: