Teoh tidak dibunuh dan tidak membunuh diri

Lebih setahun mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar. Namun kerana tiada bukti kukuh, Mahkamah Koroner memutuskan satu keputusan terbuka bagi kematian Teoh Beng Hock.

Koroner, Azmil Muntapha Abas menjelaskan kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri ataupun dibunuh, selain menolak pembabitan pihak ketiga. Koroner Azmil menjelaskan ada beberapa sebab mengapa keputusan itu dibuat.

Beliau berkata keterangan pakar hanya menyatakan nota bunuh diri ditulis Teoh, namun tidak membuktikan tahap kewarasannya sebelum ditemui mati.

Keterangan ahli keluarga mendiang sebaliknya, menolak kemungkinan Teoh membunuh diri.

Bagi pembabitan pihak ketiga pula, ia kurang kukuh kerana keterangan tidak mempunyai sebarang nilai sebagai bukti.

Sekadar hanya 'mengagak-agak' mangsa jatuh dari bangunan.

Teoh, 30 tahun ditemui mati 16 Julai 2009 di tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi kenyataan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Inkues yang didengar sejak 29 Julai 2009 diadakan kerana kematian Teoh menimbulkan persoalan.

Mendiang mati beberapa jam selepas disoal siasat SPRM berhubung dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.

Teoh Lee Lan / Adik Mendiang Teoh Beng Hock: "Kami sangat tak puas hati dengan keputusan hari ini. 'Open verdict', adakah ini jawapan yang kita nak?! Kami mahu minta keputusan. Siasat bagaimana inkues dijalankan."

Gobind Singh Deo / Peguam Pemerhati: "Saya rasa mereka perlu membuat siasatan lanjutan mengenai kes ini."

Prosiding inkues dikendalikan peguam dilantik kerajaan, Tan Hock Chuan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas.

Sementara SPRM diwakili Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Datuk Abdul Razak Musa.

Karpal Singh dan Gobind Singh Deo hadir sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga Beng Hock.

Posted by Lawasian on Khamis, Januari 06, 2011. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: