Ronnie Liu tidak hormat undang-undang - Noh Omar

SHAH ALAM 17 Jan. - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu (PR) yang mengarahkan agar larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak ditarik balik sebagai tidak menghormati undang-undang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, ini kerana larangan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tersebut berdasarkan Seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain.

"Yang keduanya kalau semua orang nak bertindak macam DAP nak campur tangan dalam soal-soal agama orang lain maka dia akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Nota:

Posted by Lawasian on Isnin, Januari 17, 2011. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: