Jambatan dan Lapangan Terbang saling memerlukan di Lawas

TPM, pada 23 Disember 2010, telah membawa berita baik kepada penduduk Lawas dengan menghadiahkan RM315 juta bagi program pembangunan infrastruktur pada RMK-10. Dari jumlah itu, RM68 juta akan digunakan untuk membaiki dan membesarkan beberapa buah sekolah. Untuk keperluan masa kini TPM dalam lawatan sulungnya mengumumkan RM10 juta untuk membaiki dan membina semula jeti-jeti berdekatan kawasan sekolah dan penempatan ditebingan sungai di daerah ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjanjikan lapangan terbang yang lebih besar dan keperluan ini akan diperinci secepat mungkin.

Antara infra yang kita idam-idamkan ialah pembinaan jambatan yang menyeberangi Batang Lawas bukan saja untuk memacu pembangunan tetapi memperluaskan kawasan untuk dibangunkan. Soalanya, di mana jambatan harus dibina? Bagi saya Batang Lawas memerlukan dua buah jambatan iaitu di kawasan Bandar Lawas dan di kawasan Kuala Lawas.

Jambatan di kawasan Bandar Lawas, bukan saja mempercepatkan perjalanan ke sempadan tetapi memacu pembangunan di kawasan kampong Ladang dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Saya syorkan biarlah jambatan Kuala Lawas dibiayai oleh kerajaan negeri Sarawak kerana infra itu berfungsi menyambung jalan Pan-Borneo yang sedang dibina sekarang.

Tetapi Jambatan tidak banyak faedahnya jika tidak terbinanya lapangan terbang. Bagi daerah Lawas jambatan dan lapangan terbang tidak dapat dipisahkan kerana dengan adanya kedua infra ini, Lawas boleh bungkas menjadi pusat komunikasi bagi Sabah dan Sarawak. Penduduk Sabah dari Beaufort, Westen, Sipitang dan kawasan sempadan pastinya akan mengunakan lapangan ini kerana ianya lebih dekat daripada LTAKK. Dan jangan hairan, jika rakyat Brunei dari kawasan Temburong juga akan mengunakan perkhidmatan di sini. Jumlah penduduk dari kawasan Trusan hingga ke kawasan Beaufort dianggarkan menjangkau 300 ribu orang dan jumlah ini berpotensi menjana ekonomi tempatan.

Keranan pembinaan dua infra ini boleh mempercepatkan dan memudahkan pergerakan, banyak lagi spin-off boleh diketengahkan oleh pemimpin kita seperti pembinaan Maktab atau institusi kemahiran, kem Khidmat Negara, kilang-kilang pemprossesan dan sebagainya untuk memberi pekerjaan kepada penduduk Lawas.

Saya ucapkan Tahniah kepada penduduk Lawas terutama sekali pemimpin yang dihormati Datu Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan kerana telah membawa daerah ini ke tahap yang berbeda.

Posted by Lawasian on Jumaat, Disember 24, 2010. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

1 ulasan:

  1. IrfanShah@CNApril 07, 2011

    Hidup DA Awang Tengah .....Reformasi Lawas.

    BalasPadam