Projek Air Trusan: Polis lambat bertindak
Kami difahamkan bahwa projek tersebut telah lama tergendala dan kerajaan mengalami kerugian berjuta ringgit hanya disebabkan oleh angkara seorang penduduk tempatan yang tidak berpuas hati walaupun sudah dibayar pampasan.
Selain membuat halangan, beberapa jentera berat serta rumah pekerja turut dibakar dan pekerja-pekerja projek seringkali diugut. Lebih dari itu mereka dikatakan sangat berani kerana mendapat sokongan dari pihak PKR. Individu ini juga dilapurkan seringkali mengunakan senapang untuk mengugut pekerja di projek tersebut.
Pihak kontraktor juga telah banyak kali membuat lapuran polis tetapi tidak diketahui apa tindakan pihak polis dalam hal ini. Polis wajib bertindak dengan cepat dan berani kerana projek ini berkepentingan rakyat. Lebih 20 ribu penduduk terjejas kehidupan mereka angkara tergendalanya projek yang maha penting ini.
Tindakan membakar jentera dan rumah adalah jelas satu perbuatan kriminal dan pihak polis seharusnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. Diberitakan juga pihak polis mahu mengambil jalan pintas dengan menasihatkan kontraktor supaya projek ini diberhentikan.
Diharap pihak polis menjalankan tugas mengikut undang-undang dan jangan bermain politik. Nasihat supaya projek diberhentikan adalah satu tindakan yang anti-rakyat
Susahla kalau ada segelintir rakyat yang masih berfikiran kolot....Pembinaan projek air tu adalah untuk memenuhi keperluan dan permintaan rakyat lawas juga...jadi fikir2kanla....
BalasPadamApa saja kerajaan buat, semua salah. Menang Piala Suzukipun pembangkang kata rasuah. Beri cutipun dipolitikan PKR. Bagi cuti salah. Kalau tak bagi cuti, nanti PKR marah. Inilah namanya mentaliti "Anjing tersepit". Tak dilepas dia bising menyalak, kalau dilepas dia gigit. Kalau Confucious masih hidup, mesti dia cakap 'Nama saya sudah ditukar kepada Confuse'.
BalasPadammcm mana mau maju ini macm ...
BalasPadamPKR memang ajing. Salak sana salak sini. Tengok org2 dia... semua buat bising.
BalasPadamtak payah teruslah projek air tu, org2 lawas semuanya baik2, projek air dah bertahun2 terbelangkai pun diorg masih boleh sabar, kalau ade air pun air keruh mcm air karat,lawas ni maju mcm zaman 40 an, zaman jepun pakai selipar jepun. LAWAS TERBAIK!!!
BalasPadam