Konsert Syukur 2010 merupakan yang terbesar setakat ini: Mortadza

KUCHING: Konsert Syukur 2010 bakal menampilkan seramai 365 orang peserta dengan 26 buah lagu yang merupakan bilangan terbesar penyertaan konsert itu berbanding dua tahun lalu.Pengarah Pelajaran Negeri Mortadza Alop berkata daripada jumlah terbabit seramai 32 orang adalah guru, 331 orang pelajar dan dua orang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Gabungan antara pelajar, guru, dan ibu bapa dalam membuat persembahan adalah satu gabungan yang sangat ideal dalam usaha mewujudkan persefahaman antara ketiga-tiga pihak demi mewujudkan kecemerlangan pendidikan,” katanya pada sidang media berhubung Konsert Syukur Jabatan Pelajaran sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di sini, semalam.

Konsert itu akan diadakan pada 25 September ini bertempat di Stadium Perpaduan Kuching bermula pada jam 8.30 malam yang turut menjemput Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga penaung konsert Syukur 2008,2009 dan 2010 selain Tun Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah sebagai tetamu khas.

Mortadza berkata dijangka seramai 3,500 penonton yang dijemput terdiri daripada ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, ketua kaum, pengerusi PIBG, para ibu bapa, pengetua, guru besar, guru dan pelajar dengan konsert yang bertemakan ‘Selalu Tulus Kepada Mu’.

Bagi konsep persembahan pula, tahun ini berbeza dengan Konsert Syukur pada 2008 dan 2009 kerana tahun ini ia dipengaruhi oleh bilangan penonton yang lebih banyak, serta saiz dewan yang agak besar.

“Konsep pada tahun ini lebih menekankan untuk mempelbagaikan genre lagu supaya lagu-lagu dapat melibatkan audien beriteraksi dengan penyanyi orkestra berbanding 2008 dan 2009 lebih bersifat konvensional,” katanya.

Beliau menambah konsert juga merupakan flatform atau wahana yang terbaik untuk memupuk perpaduan dan persefahaman antara generasi muda iaitu dalam kalangan murid atau pelajar.

Mengulas mengenai sejarah penubuhan Orkestra Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPN) Mortadza berkata idea untuk menubuhkan sebuah orkestra di JPN Sarawak telah diilhamkan oleh Pengarah Pelajaran (2004) Datu Adi Badiozaman Tuah.

Selepas pelancaran orkestra pada tahun 2006, orkestra telah membuat persembahan di majlis-majlis yang dianjurkan JPN Sarawak seperti majlis persaraan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran dan Pengarah pelajaran Sarawak.

“Hanya pada tahun 2008, Orkestra JPN Sarawak yang kemudian disebut sebagai OrPes telah membuat persem-bahan sulung kepada orang awam dalam Konsert Syukur 2008 yang pertama, kemudian kedua pada tahun 2009.

“Kedua-dua konsert diada-kan di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri lama yang menyaksikan audien seramai 400 orang kenamaan, ketua jabatan dan termasuklah pengetua dan guru-guru besar. Tetamu khas ialah TYT selain Ketua Menteri,” katanya.

Matlamat penganjuran konsert antaranya adalah untuk menyatakan rasa kesyukuran semua warga pendidik kepada TYT sempena sambutan hari jadi beliau selain menyediakan ruang bagi guru dan pelajar meng-amalkan ilmu muzik di luar bilik darjah.

Mengenai sumber dana bagi penganjuran itu, Mortadza berkata jabatan amat beruntung kerana berjaya menda-patkan dana daripada kerajaan negeri sebanyak RM250,000 setiap tahun.

“Dana digunakan untuk kos penganjuran serta kos membaikpulih alat-alat muzik yang rosak dan membeli alat-alat baru diperlukan tapi belum dimiliki selain untuk mengadakan bengkel muzik dikalangan guru,” ujar beliau.

Katanya pada permulaan penubuhan orkestra JPN Sarawak, mereka telah menerima sumbangan daripada usahawan tempatan Tan Sri Ting Pek Khing sebanyak RM250,000 untuk membeli sebahagian peralatan orkestra dan laitahn pemain di kalangan guru manakala sebahagian lagi dibeli dengan dana yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.

Hadir sama Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Sarawak Awangku Merali Mohamed dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Ellen @ Manium Engang.



September 22, 2010, Wednesday

Posted by Lawasian on Rabu, September 22, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: