Jangan guna laman sosial bangkitkan isu perkauman

KUCHING: Liputan Internet yang semakin meluas kini dan dilayari masyara-kat pelbagai kaum terutamanya laman sosial yang amat popular di kalangan masyarakat tidak harus digunakan sebagai medan untuk membangkitkan sensitiviti perkauman.


Internet untuk manfaat diri bukan timbulkan perbalahan kaum

Menteri Muda Alam Sekitar Tan Joo Phoi berkata masyarakat berbilang kaum di Sarawak dan Malaysia amnya, harus menghindari daripada menyentuh isu mana-mana kaum meskipun mempunyai kebebasan bersuara.

“Saya berharap khususnya golongan belia masa kini supaya menggunakan sebaiknya kemudahan Internet untuk manfaat diri dan bukannya untuk perkara negatif terutamanya yang melibatkan sensiviti perkauman.

“Ini kerana sekarang timbul banyak usul yang me-nyentuh isu perkauman baik menerusi klip video, gambar, blog dan sebagainya, yang boleh membangkitkan perbalahan antara kaum,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-13 Annie Production di sini, malam kelmarin.

Jelas beliau, sensitiviti perkauman tidak harus dibangkitkan dalam apa jua kaedah oleh mana-mana pihak demi mengekalkan keharmonian rakyat keseluruhannya.

Justeru itu, beliau menya-rankan pihak badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan dan pertubuhan supaya berganding bahu demi merealisasikan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum.

“Paling penting setiap kaum dapat bersatu padu, hidup harmoni dan bekerja-sama dalam pelbagai bidang budaya dan pendidikan.

“Dengan ini, negara kita akan mempunyai pelbagai sumber untuk terus ditransformasi dan menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Sementara itu, Tan turut menyuarakan kebanggaannya terhadap Annie Production yang menitikberat-kan seni budaya pelbagai kaum.

Annie Production merupakan sebuah pertubuhan yang ternama di negeri ini, yang memberi peluang kepada golongan muda daripada pelbagai kaum mengikuti latihan tarian, nyanyian dan sebagai-nya dengan menonjolkan kepelbagaian dan keunikan seni budaya yang ada di negara ini.

Pada majlis tersebut, Annie Production turut me-nyampaikan dana pendidikan sebanyak RM2,000 kepada SJK Chung Hua Batu 10 dan SJK Chung Hua Sungai Tapang Hilir.

Hadir sama ialah pemilik Annie Production, Annie Yap Chuai Eng


Pix: SUMBANGAN IKHLAS: Annie (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM2,000 kepada wakil penerima dana pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina. Turut kelihatan ialah Tan (kanan) dan ibu bapa Annie.

by Nick Fletcher
September 14, 2010, Tuesday

Posted by Lawasian on Selasa, September 14, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan: