Trusan Bukan Lagi Pekan Koboi



Dalam tempoh lebih sedekad Trusan mengalami banyak perubahan daripada sebuah pekan "koboi" kepada pekan yang bangkit dari tidur lena. Pekan ini pernah menjadi tumpuan pedagang-pedagang yang datang dari negara Brunai kerana sungai Trusan adalah yang paling strategik dan sebagai mode perhubungan dari empat penjuru iaitu dari Sundar dan kampung-kampung persisiran (utara), Lawas (Timur), dan perkampungan Lun Bawang di sepanjang Sungai Trusan (Selatan) dan Limbang dan Brunei (Barat.

Zaman Gemilang Trusan
Atas kedudukan strategiknya sebagai 'trading centre', Trusan mempertemukan dan mengasimilasikan etnik-etnik yang terdapat di sekitar Daerah Lawas iaitu Melayu, Kedayan, Lun Bawang, Cina dan Tagal. Assimilasi disini dimaksudkan khas mengenai budaya dan pertuturan diantara etnik.

Sejarah juga membuktikan, bahawa daerah yang mula-mula ditakluki oleh James Brooke ialah kawasan lembah Trusan pada 1885.

Pada awal70an, Trusan sudah menjadi pusat persingahan antara sempadan Malaysia-Brunei keranan di sinilah terdapatnya pangkalan speedboat sebelum diambil alih oleh Punang pada pertengahan tahun 70an.

Kejatuhan Trusan
Apabila Punang mengambilalih peranan sebagai pusat perhubungan Brunei-Lawas pada pertengahan 70an, Trusan terus longlai dan ramai anak-anak muda yang berhijrah ke negara jiran untuk menyara hidup. Semangat Pekan ini bertambah ranap setelah ranapnya deretan kedai oleh satu kebakaran besar pada Januari 1982.

Pada pertengahan 80an Punang juga menerima nasib yang sama setelah Lawas membangun dengan pesatnya dan dengan terus mengendali pehubungan sempadan Lawas-Brunei.

Lanskap Baru
Tetapi sekarang, Trusan, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sempadan Sabah-Sarawak, bukan sahaja menjadi laluan penghubung antara Sarawak-Sabah, bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Lawas-Temburong-Limbang- BSB Brunei melalui Jambatan yang sepanjang 420X10.2 meter.

Dengan siapnya pembinaan Jambatan baru pada September ini, adanya pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam (CIQ), ramai yang melihat landskap Trusan bakal berubah dengan lebih pesat.

Selain sebagai nadi perhubungan, Trusan juga akan menjadi talian hayat bagi seluruh Daerah Lawas. Siapnya nya Logi Rawatan Air di sini akan menrealisasikan selesainya masalah air.

Seorang penduduk tempatan yang kagum dengan perubahan yang dilalui di TRusan berkata kepada Bernama, dengan kehadiran pembangunan itu rakyat dapat menikmati peluang pekerjaan dan tawaran kehidupan yang lebih berkualiti.

Usaha  mengubah landskap Trusan sudah lama berputi disanubari pemimpin. Projek seperti membina benteng sungai, pembinaan rumah kedai baru, pembinaan Jalan raya Trusan-Sinampuan. Trusan juga pesat membangun dengan adanya ladang kelapa sawit serta bantuan infrastrukturnya.

Sila layari TRUSANKITANI untuk lebih lanjut

Ihsan Trusankitani: Wharf Trusan Tahun 70


Permulaan Pembangunan Jambatan

Posted by Lawasian on Sabtu, Ogos 14, 2010. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

1 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 16, 2010

    Penulisan yang kritis lagi membina. Walaupun kurang data kurang lengkap tetapi memuaskan. Harap rencana begini diteruskan.

    BalasPadam